Sunday, March 13, 2011

Serangga Misteri

Well... Aku nak cakap misteri sebenar nyer. Tapi its actually just a camouflage. Tapi identiti serangga tersebut tidak diketahui. So bole la ia dipanggil sebagai serangga yang misteri. Misteri, tapi tak pelik. Peristiwa ni berlaku beberapa minggu yang lepas. Baru ari ni aku berkesempatan nak wat entri pasal ni.

Aku terserempak ngan serangga ni kat bawah pouch rumah aku. Tu pun aku tengah sibuk transfer barang ke kereta. Nak balik Kulim time tuh.

Mula2 aku tak perasan serangga ni. Sebab bentuk dia cam ranting kayu yang kecik2 tuh. Serius macam ranting kayu. Kalo korang tengok sekali imbas, memang tak perasan la. Disahkan oleh SIRIM. Aku perasan pun sebab nampak serangga ni terkuit2...

Nak tengok serangga tu macam mana? Sila rujuk gambar kat bawah...


[Nampak tak? Ke korang pun tak perasan lagi?]


[Pose yang laen. Korang dah perasan tak?]


[Aku dah label siap2 untuk korang]


Cik Vanilla cakap serangga ni mungkin adalah mentadak. Tapi dia sendiri tak pasti. Korang rasa serangga ni sejenis mentadak gak ke? Anyway, camouflage dia 100% berjaya. Kalo manusia pun bole tertipu, apatah lagi pemangsa2 yang laen. Di bawah ni aku upload kan video yang aku tangkap.


video


So apa pendapat korang? Korang kenal serangga ni?

2 comments:

vanilla said...

mcm kayu..huhuhuuh

aswadz said...

haaa.. kan2... kalo tengok mesti tak perasan. mesti anggap menatang ni ranting kayu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...