Monday, March 28, 2011

Kisah Hati, Otak, Mata, Badan, Kaki dan Tangan

Pada suatu malam yang tak bape nak sunyi dan sejuk pun biasa2 saje, terdapat la seorang makhluk Tuhan yang cuba melelapkan diri...

Sambil bermonolog di dalam hati sendiri, "Tiba lah waktu untuk aku tidur..." Monolog dalaman oleh tuan empunya badan, resonate pada hati nyer. Hati yang menyedari yang tuan empunya "hati" ingin melelapkan mata, hati pun memberi signal kepada otak via perkataan yang tidak diucapkan dengan kata2 (???).

Hati yang sememang nyer baek hati dan prihatin terhadap tuan empunya badan, pun memberitahu kepada otak, "Wahai si otak, tuan kita hendak masuk tidur. Sudah tiba masa nyer beliau untuk zzzzzzzzzzzzzzzzz."

Otak yang sememang nyer dipenuhi dengan macam2 pengaruh daripada apa yang tuan empunya badan lihat, dengar dan cakap, membalas balik jawapan hati. "Baek yooo... Akan gua bagitau segenap anggota badan yang ada..."

Orang pertama yang otak hubungi adalah mata. Kira yang paling penting skali lah. Kalo anggota laen senyap, kalo mata tetap celik, tak dapat tidur gak kan... "Wassup mata. How are you doing... Hey, tuan empunya badan mahu melelapkan mata nyer skarang..." Tapi tidak diendahkan mata. Maka celik saje lah mata tuan empunya badan...

Tidak diendahkan, otak beralih pula kepada badan. "Hey badan, tuan empunya badan sudah mahu masuk tidur." Sekali lagi, otak tidak diendahkan. Badan asyik menukar posisi nyer. Kejap mengiring. Kejap terlentang. Kejap terbungkam. Maka bertukar posisi aje lah sepanjang malam ye tuan empunya badan...

Tidak berpuas hati, otak berpaling pula kepada tangan. "Yo tangan. Dengar ini gua mahu cakap. Tuan empunya badan sudah mengantuk, ingin tidur..." Sama seperti yang laen, tangan turut tidak mengendahkan otak. Disuruh diam, tapi dia tidak. Kejap diletakkan atas kepala. Kejap diletakkan di bawah bantal. Kejap di atas dada. Kejap di atas... Err... Err...

Setelah hampir nak berputus asa, otak memilih untuk mencuba wat kali terakhir lak. Kali ni dia ingin persuade kaki lak. "Keykie... Lama tak nampak (padahal satu badan)... Gua ada benda mahu ceri...ta?" Belum sempat otak menyelesaikan kata2 nyer, kaki terlebih dahulu tidak mengendahkan nyer. Sambil2 kadang mengangkang. Kadang2 mengepit. Kadang2 menyilang...

--Selang 30 minit--

Hati kembali berkomunikasi dengan otak via perkataan yang tidak diucapkan dengan kata2. Tapi nampak nyer giliran otak pulak untuk tidak mengendahkan siapa2. Kesimpulan nyer, kepada tuan empunya badan, tak dapek la den nak nolong...


[Entri yang entah apa2 daripada tuan empunya blog]


p/s: entri khas pasal tak dapat tidur semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...