Wednesday, December 8, 2010

Proton Lima Pahlawan Melayu

Memandangkan entri aku pasal Pameran Motor Paris 2010 menjadi agak popular sejak kebelakangan ni, so aku ingin mengambil inisiatif ni untuk wat entri pasal pameran kereta lagi. Cuma kali ini pasal kenderaan keluaran Malaysia lak.

Baru2 ni, pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS 2010) telah diadakan. Yang menjadi perhatian aku untuk entri kali ni adalah kereta jenis konsep keluaran Proton yang agak menarik untuk diperkatakan.

Tak laen tak bukan, concept car yang menggunakan nama lima pahlawan melayu yang tak asing lagi di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa gambar kereta konsep ciptaan Proton ni.




Proton Tuah - Pengganti Persona.




Proton Jebat yang ditambah baek daripada model Proton Insipra.




Proton Lekir - Kesinambungan daripada model Satria GTI.




Proton Lekiu - Ubah suai daripada Exora.




Proton Kasturi - Saga BLM yang dah upgrade.

Sumber gambar: Arena Kereta


Antara banyak2 kereta konsep ni, aku rasa Proton Jebat ngan Proton Lekir gak yang nampak mantap. Tapi aku sker gak bahagian belakang Proton Tuah. Pastu, korang perasan tak lampu depan Proton Lekiu tu macam mata Spiderman? Hehehe...

Selaen daripada Proton, apa kata aku tunjukkan gak concept car hasil ciptaan Perodua. Perodua Bezza nama nyer...






So, antara banyak2 kereta konsep ni, yang mana korang minat? Agak2 kereta mana yang akan menjadi realiti, dikomersialkan pada masa akan datang?


3 comments:

vanilla said...

nak city gak..xkire :P

░♥si lampu neon♥░ said...

nak sebijik !! GILER BESSHHHH

aswadz said...

vanilla: beli vios je la...

neon: kereta ni bukan utk dijual. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...