Thursday, December 30, 2010

Taman Buaya Sarawak

Ingat lagi tak pasal entri conference ICSSST kat Sarawak yang aku ada gi Sarawak Cultural Village tu? Entri ni kira nyer kesinambungan kepada entri2 tersebut. Sebenar nyer ada lagi tempat yang kitorang lawat aka melancong. Salah satu nyer Taman Buaya. Aku tak ingat nama tempat buaya ni, so aku gelar kan Taman Buaya Sarawak je la ek.

Besar taman ni biasa2 je. Tapi apa yang menarik nyer, kita bole tengok diorang bagi buaya makan. Dan kebetulan time kitorang sampai tu, waktu feeding time. Langkah kanan kami di situ. Tapi aku tak ingat la pulak sama ada aku langkah masuk taman tu guna kaki kanan ke kaki kiri.

Antara buaya yang besar kat sini. Bujang Sudin nama nyer.


Buaya2 berkumpul. Its feeding time beybeh...


Sebenar nyer gambar kat atas ni hanya sebahagian je daripada buaya yang tengah berkumpul. Ada banyak lagi kelompok2 yang tengah berkumpul kat bahagian yang sama. Banyak gak la buaya kat sini. Cuma tak paham nape ada sesetengah buaya yang duduk dalam kurungan yang asing, macam Bujang Sudin tadi tuh. Diorang akan gado ek kalo bubuh skali...


video
Video buaya tengah ngap makanan yang tergantung.


Sekor lagi buaya yang keseorangan. Ada sape2 nak teman?


Ingat lagi tak kisah buaya Bujang Senang yang dah banyak membaham manusia, termasuk sorang kanak2. Aku pun tak ingat tahun bila. Tapi dah lama gak la. Kat sini ada pamer tengkorang buaya tersebut. Pastu ada gak letak gambar2 dan keratan akhbar pasal kes Bujang Senang ni. So sape2 yang berminat bole la datang sini.




Tapi sori la sebab aku tak ingat detail2 macam mana nak gi tempat ni. Yang aku tau, dia lebih kurang 30-45 minit perjalanan daripada bandar Kuching. Agak jauh gak la. Tapi aku pasti kalo tanya orang kat sana, especially tourist guide, mesti diorang tahu.

2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

WEHH TAKUUTTT WEHHH =( huhuhu gerun aa buayaa buaya nii

aswadz said...

lagi takut time jalan atas titi, kat bawah tu ada buaya... haaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...