Tuesday, December 7, 2010

Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum. Ari ni kita menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Islam. Jadi aku ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram, tahun 1432 Hijrah. Jadi, apa azam korang untuk tahun baru ni?




Ok, apa kata kita terus kan ngan motif sebenar entri ni. Sape yang pernah gi Sarawak, tapi tak pernah gi Sarawak Cultural Village? Rugi woo kalo tak pergi. Kalo korang pergi sini, secara fantasi nyer, korang dah melawat seluruh negeri Sarawak. Amacam? Exaggerate tak ayat aku? Hehehe...

Sarawak Cultural Village ni menempatkan kesemua rumah kaum yang terdapat di Sarawak. Iban, Bidayuh, Penan dan macam2 lagi. Jadi, kira nyer korang bole lawat la replika rumah2 diorang kat sini. Replika ni bukan replika mini tau. Memang dia wat sebijik la. Alaaa... Macam taman yang kat Melaka la. Yang ada rumah2 orang Melayu dlu2 tu.

Oh ye. Sebelum korang sampai kat Sarawak Cultural Village ni, korang kena tempuh perjalanan selama 45 minit dari Kuching. Korang akan lalu banyak roundabout yang besar dan payah nak jumpa traffic light. Mungkin tanah diorang luas sangat. Tak yah bubuh traffic light. Bubuh je roundabout besar2.


Salah satu roundabout yang ditempuhi ketika perjalanan.


Then baru la korang akan sampai kat Sarawak Cultural Village. Berdekatan ngan Damai Beach Resort. Ada laut wooo... Tapi kitorang tak singgah la. Sebab masa mencemburui kami.


Welcome to Sarawak Cultural Village.


Passport sebagai guide time kat dalam village.


Sarawak Cultural Village ni gak kadang2 dipanggil sebagai "The Living Museum". Menempatkan 7 rumah pelbagai kaum di Sarawak dan terletak di kaki Gunung Santubong. Kalo nak dapatkan lebih banyak maklumat, korang bole lawat laman web diorang. Harga tiket RM 60 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak2.


Gambar kat halaman.


Gambar kedai dan kafeteria (kena naek tangga baru nampak).


Sejuk je mata memandang bila sampai sini. Hijau je... Cuma time kitorang sampai tu, cuaca mendung. Pastu hujan yang antara renyai2 ngan lebat. Tapi sebab dah datang kan. Tak kan nak balik sebab hujan. Duit pun dah bayar. So kitorang pun gerak la ke destinasi pertama, iaitu rumah orang Bidayuh.


Ni bukan rumah. Ni tempat diorang tayang mesin proses tebu zaman dlu2.


Bidayuh ni merangkumi 8.4% jumlah populasi di Sarawak. Kadang2 diorang ni dipanggil Dayak Darat sebab tinggal kat kasawan yang bergunung-ganang terutama nyer di lereng bukit. Sebab apa? Sebab nak elak kan serangan penyamun. Time kitorang masuk rumah ni, kitorang sempat tengok tarian kaum Bidayuh.


Rumah Bidayuh.


Extension rumah orang Bidayuh.


Lepas tu kitorang gi rumah kaum Iban lak. Kalo Bidayuh tadi dikenali sebagai Dayak Darat, Iban lak dikenali sebagai Dayak Laut. Diorang slalu nyer akan bina rumah kat tebing sungai. Diorang akan bercucuk tanam dan berpindah selepas tanah kat tempat diorang duduk tu dah tak subur. Kat dalam rumah ni, ada banyak perhiasan2 kaum Iban. Korang juga bole sewa baju orang Iban kalo nak bergambar sambil berpakaian macam orang Iban.


Kat dalam rumah kaum Iban. Tak sempat nak tangkap gambar keselurahan rumah sebab hujan.


Destinasi ke-3 adalah rumah kaum Penan. Tapi ternyata, pemain bola sepak Jermaine Pennant bukan berasal dari suku kaum Penan. Kaum Penan mengamalkan cara hidup nomad, iaitu berpindah-randah. Diorang gak pakar bab hasilkan bilah sumpit. Kat sini, korang bole try menyumpit. RM 1 untuk 3 kali sumpit.


Rumah kaum Penan.


Orang Ulu atau dikenali sebagai "up-river dwellers" merangkumi 5.5% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Ketika zaman dlu, diorang ni popular ngan teknik forging pedang, atau bahasa inggeris nyer, sword-smith. Rumah Orang Ulu ni tinggi wehh... Korang tengok ar sendiri.


Rumah Orang Ulu yang tinggi...


Pemandangan daripada rumah Orang Ulu.


Pastu kitorang gerak ke rumah kaum Melanau. Melanau ni dlu2 tinggal kat kawasan berdekatan ngan laut. Sebab tu rumah diorang pun agak tinggi jugak, untuk elak kan serangan lanun. Orang Melanau ni lagi sker makan sago daripada makan nasi. Popular ngan tarian aluk2 atau tarian buluh.


Rumah suku kaum Melanau.


Tarian buluh.


Destinasi terakhir. Rumah orang Melayu. Haaa... Ni masuk2, lebih kurang macam rumah nenek aku je. Jadi, aku pun tak nak citer banyak la pasal rumah ni. Masuk2 je, ada 2 orang nenek akan dendang kan lagu zaman dlu2 untuk korang dengar. Pastu ada bilik pengantin dan macam2 la.


Rumah Melayu Sarawak.


Sebenar nyer ada lagi satu rumah. Rumah Cina. Tapi kitorang tak sempat masuk sebab nak kejar tayangan dan persembahan. Kalo tak caye, tengok la gambar kat bawah.


Salah satu persembahan kat dewan teater Sarawak Cultural Village.


So takat tu je la entri aku untuk wat masa ni. Amacam? Ada rasa berminat nak datang?

2 comments:

pepel said...

nak222

aswadz said...

laen kali abg bwk ida skali ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...