Monday, December 27, 2010

Skema Itu Nerd

Dan nerd itu skema. Full stop. Dan entri ni takde kena mengena ngan blog Skema Itu Hot mahu pun blog dia ada kena mengena ngan entri aku. Apatah lagi nak ada kena mengena ngan aku kan. Hehehe... Kalo korang perasan kat tajuk blog aku, ada caption "and people said that I'm a nerd". So ari ni aku akan citer kan perihal ayat caption tersebut.

Amende tu skema sebenar nyer. Dah sah. Tidak syak lagi (tengok ayat aku bukan maen skema lagi). Sape2 yang tak tau maksud skema ni memang still menetap di bangku sekolah rendah lagi. Iye. Menetap. Well, macam aku cakap tadi. Skema itu nerd dan nerd itu skema. Wahahaha...

Okay, skema yang dibincangkan ni bukan skema jawapan mana2 peperiksaan. Tapi more on penampilan dan personaliti seseorang. Kalo tak caye, tengok la gambar kat bawah ni.


Contoh budak skema jawapan. Eh...


Student2 yang ulat buku bole dikategorikan sebagai budak skema. Bergantung kepada cara diorang jadi ulat buku. Student yang menjadi "ulat buku" dengan membaca buku dengan tekun tu, sah2 tergolong dalam kategori budak skema. Student yang menjadi "ulat buku" dengan membela ulat dalam buku atau yang sker "naek bulu" time baca buku (especially time kat dalam library) dah sah bukan budak skema.

So, dari mana datang nyer quote "and people said that I'm a nerd". Nape mesti "people said"? Nape tak "I said"? Atau "Aku kata"? Nape mesti "Orang kata"? Wahh... Banyak lak tanda soal dalam perenggan ni. Sebelum aku cakap apa2, apa kata kita usha baek punyer gambar kat bawah ni. Teliti elok2...




Perrghh... Hensem dan bergaya giler mamat kat atas ni kan. Pakaian ada style. Pose pun agak macho gak la. Tali pinggang pun terjuntai. Stylo tu. Naseb baek pakai kasut, tak pakai selipar. Jadi, tang mana yang skema tu? Cuba bagi tau aku sket...

Aku pun kira sama gak la ngan mamat kat dalam gambar tu. Aku rasa penampilan aku takde la menggambarkan yang aku ni skema. Memang takde langsung la tanda2 ke"skema"an korang bole tengok secara fizikal nyer. Cuma rambut la kot yang agak skema. Sama ada belah tengah atau tepi, ikut mood atau kependekkan rambut aku.

Tapiiiii... Still orang bole detect aku ni skema. Hehehe... Giler hebat la diorang ni. Tapi aku akui. Aku memang agak skema ketika melakukan kerja2. Hey, skema2 aku pun, ada orang gak yang minat kat aku kan. Hehehe...

Kalo dlu skema time bergelar pelajar. Skang skema time bergelar pekerja. Tapi skema2 aku pun, takde la nerd sangat sampai jadi ulat buku. Skema2 aku pun, aku layan gak video game, PC game. Buku pun jarang nak sentuh. Cuma sentuh bila diperlukan je. Hehehe...

Jadi skema ni bagus hape. Bila korang jadi skema, dengan serta merta nyer hidup korang akan jadi teratur. Korang akan lebih organize dalam sumer benda yang korang wat. So takde la celaru sampai haru-biru jadi nyer.

Pastu, takde la hipokrit sangat time bekerja. Bila ada bos baru nak tunjuk rajin. Takde bos, haraammm nak wat keje. Membuta je. Tak pun ber-facebook-ing kat tempat keje. Memang takde chance la nak naek pangkat...

Tapi yang penting, jangan terlalu skema sangat. Sampai sumer benda nak skema. Sampai orang laen pun nak kena ikut ke"skema"an kita. Sumer benda nak kena ikut rules. Lagi pun, rules were made to be broken. So kalo sometimes kita broke the rules, tak salah kan. Asal kan tak membawa kepada jenayah yang membawa padah.

So, ada sape2 yang minat nak jadi budak skema? Hehehe...

6 comments:

Mrs Nurul said...

ko nerd ke weh? huhuhu takpe skang dah tak nerd nampaknye

aswadz said...

nerd yg x bape nak nerd pun. tp org dok kata aku nerd. muahaha...

pepel said...

nerd gilakkk

aswadz said...

nerd, tp x gilak...

pepel said...

"Sumer benda nak kena ikut rules. Lagi pun, rules were made to be broken. So kalo sometimes kita broke the rules, tak salah kan" >>>ni kan ayat ida selalu bagi kat abg..baru sedar ke ke'best'an break the rules..hahaha

aswadz said...

hehehe... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...