Saturday, December 11, 2010

Kalo ye pun polis...

Aku mulakan entri kali ni ngan membawa korang ke satu alam fantasi, di mana korang kena bayangkan yang diri korang ni adalah karekter citer yang aku baru je nak bagitau nih... Ok? Dah sedia tak? Tak kan tak sedia kot... Alaaa... Kejap je... Bayangkan ok...

Korang bayangkan diri korang sebagai tauke sebuah kedai makan. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam yang benda yang goreng2 korang ada jual. Sebelah kedai korang, ada satu lagi kedai makan gak. Apa yang korang jual, dia jual. Apa yang korang ada, dia pun ada gak. Korang ada meja, dia pun ada meja. Korang ada kerusi, dia pun ada kerusi. Korang ada TV flat screen, dia pun ada... Kira nyer rival la nih...

Nak dijadikan citer, ada satu malam ni, datang la 2 orang pegawai polis. Baru abes sesi meronda2 kota raya. Diorang singgah la. Nak makan, lepaskan penat lelah. Walaupun aku tengok tak bape nak lelah la sangat... Tup tap tup tap, diorang duduk kat meja, kepunyaan kedai korang...


Bukan budak kecik macam ni tau.


Apa lagi kan. Sebagai tauke kedai makan yang berkaliber, korang ngan sendiri nyer mengambil order. Bukan pekerja korang ok. Korang sendiri yang amek... Baru je korang nak amek order, bole lak polis tu cakap, "kami dah order dah ngan kedai sebelah..."

Eh, bole lak diorang order ngan kedai sebelah. Padahal duduk kat meja kedai korang. Nak kata meja kedai sebelah penuh, aku tengok banyak je lagi yang kosong. Dah sah la... Duduk meja kedai korang sebab nak layan citer Ninja yang korang bukak, kat channel StarMovies... Kedai sebelah bukak citer cintan-cintun...

Eh, bole lak gitu... Duduk kedai korang, layan citer kat TV korang. Tapi order makan kat kedai sebelah. Eh, bole lak gitu... Walaupun diorang tu polis, tapi... Eh, bole lak gitu...???

Well, apa pendapat korang? Wajar ke tak wajar?


Ada rasa nak marah tak?

4 comments:

mohammad said...

salam ziarah

vanilla said...

aaaaaaaaaaaaaaaa.ape nih...sengal nye polis...

░♥si lampu neon♥░ said...

KURANG AJAR GILE POLIS TU HAHAHA

aswadz said...

mohamamad: selamat dtg ke blog sy...

vanilla: tu la kan. sengal giler. tak pk perasaan org.

neon: jd kita kena la ajar diorang erti budi bahasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...