Dah lama aku tak update blog. Ye, aku tahu. Cuma belum sampai tahap tak update sampai sebulan. Yang tu kalo bole aku hindarkan la kalo bole. Tapi kalo terjadi gak, nak buat macam mana kan. Sebenar nyer aku menghilang kejap nih sebab busy dengan something. 22 Disember lepas, aku ada handle event dinner untuk tempat keje aku kat Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang.
So, aku ngan beberapa AJK yang laen dah start busy dengan preparation seminggu sebelum tuh. Memang agak busy dan kalut sebab kebanyakan aktiviti time dinner tu banyak yang melibatkan aku seperti gimmick opening dan juga beberapa persembahan. Terutama nyer adalah sketsa, yang memerlukan banyak latihan (walaupun sketsa tu miming je sebab dialog sumer dah rakam terlebih dahulu). Tak dapat gambar lagi, so tak bole nak share kat sini. Hehehe...
Sepanjang preparation tuh, hampir setiap hari balik malam. Kadang2 tu dah tengah malam baru balik. 2-3 hari sebelum event, memang tak cukup tdo. Lepas abes event tuh, baru dapat tdo puas2. Sempena cuti krismas nih, aku dapat gak cuti 3-4 hari. Memang aku bantai tdo puas2. Hari ni baru nak menggagahkan diri untuk update blog.
Ok la. Aku nukilkan takat ni dlu. Tengah terkial2 mencari idea nak menaip nih. Ahakzz...
15 comments:
Kalau dah lama tak update blog mmg payah nak cari idea lagi. Hihii..
hahaha... btol2.
teringin nak handle event jugak.. mesti best kan even penat nak meninggal..hehehe..
sebenarnya klu rajin snap gambo aktiviti setiap hari letak kat blog , beri sikit komen , dah blh jadi entry . Tak perlu rasanya nak tggu semua gambar n cerita details baru nak post . tapi klu aswadz pentingkan yg sempurna , tu yg lambat post .
biasalah . selamat tahun baru ! hihi
good...teruskan menaip....kitew bru nak mula balik...haha
patut la senyap je.. busy dengan event rupanya..
teringat masa involve jadi MT dinner kolej dulu.. berminggu2 tak cukup tido.. bila dah habis event, ambikkkk, macam takde hari esok. bangun makan, mandi, solat, tido balik. haha!
bila dah busy dan tak cukup tido memang tak ingat dah nak update blog...tulah yang terjadi kat puteri sampai 2 minggu bercuti..haha
Knp ayat pertama tu?
Hihi..
Busy banget kamoo sekarang ini. Haha. Biasala beb, handle event ni penatnya dah macam jadi bapak pengantin handle kenduri anak. Lagi tak settle, lagi tu tak dapat nak tidur puas.
patut le bz sgt. Kira ko org penting la ye utk event tu.
@husna: best mmg best. cuma penat giler la, especially kalo x cukup org.
@vee: x penting kan kesempurnaan sgt pun. tp tu la, pgg kamera pun x sempat. kamera hp x cantik sgt gmbr.
@bolat: selamat tahun baru...
@tirah: azam baru tirah patut nyer, merajinkan diri semula utk berblogging. hehehe...
@aiza: a'ah. x sempat nak online sgt.
@aisya: sama la. lps abes je event, rasa mcm best je tdo.
@puteri: sama la kita kan...
@aien: aku dah btol kan. hahaha... tajam mata anda.
@pha is: selamat tahun baru.
@sylarius: lps abes event, confirm tdo lena.
@lyd: kira mcm org penting gak la. ahakz...
Post a Comment