Sunday, December 15, 2013

Cameron Highlands - Rose Valley

Musim cuti sekolah ada lagi setengah bulan. So, macam mana ngan cuti sekolah korang? Err... Maksud aku, bagi yang bersekolah la kan. Yang mana bekerja tuh, aku tau korang still bekerja. Dan yang masih sambung belajar, aku tau korang still kena gi kuliah macam biasa. Cuti pun time weekend je kan. Hahaha...

Dalam banyak2 entri pasal Cameron Highlands yang aku pernah buat, aku ada ter"miss" satu entri. So hari ni baru aku nak publish. Hehehe... Sebenar nyer, ada satu lagi tempat yang menarik bole korang kunjungi kat Cameron Highlands. Even aku pun first time melangkah kat tempat nih. Tempat di mana bunga2 ros kembang mekar tanpa risau ada orang petik. Rose Valley nama tempat nih.


rose valley, rose valley cameron highlands


Kat sini ada macam2 jenis bunga ros. Kecik besar kecik besar je bunga dia aku tengok. Merah, kuning, putih, kelabu asap. Sumer ada lah. Kalo korang rasa ada yang takde, sila bagitau tuan punyer Rose Valley. Hehehe...


rose valley, rose valley cameron highlands
[Bunga dia ada yang berbau, ada yang takde]


bunga ros, rose valley, rose valley cameron highlands
[Bunga idaman para wanita mungkin?]


Tapi bukan setakat bunga ros je ada kat sini sebenar nyer. Bunga laen pun ada gak. Rose Valley ni bole tahan besar gak sebenar nyer. Tak larat nak berjalan. Ada gak tempat2 untuk orang berehat. Tempat jual2 barang cenderahati dah tentu ada la kan.


rose valley, rose valley cameron highlands


fountain, rose valley, rose valley cameron highlands
[Foutain pun ada... Err... Abaikan aku yang selekeh tuh]


Asyik2 datang Cameron Highlands je, pergi Strawberry Farm. Pergi Bee Farm. Pergi Boh Sungai Palas. Pergi Cameron Valley. Apa kata pergi Rose Valley pulak. Baru ada kelainan sket.


12 comments:

NJihe.am said...

Salam akak,wah, bestnya! Studioous.blogspot.com/

Mizz Aiza said...

tak pernah lagi sampai cameron highland.. teringin juga nak pergi satu hari nanti..

Shahrul Yusof said...

Rose Valley ni memang tempat yang menarik untuk bawak isteri berdating. Sure bau bunga ros semerbak kat situ kan.

LydSunshine said...

ada ke? kat belah mana? kenapa aku tak tau ni? erm... terpaksa la pegi lagi skali ke cameron ni.

Unknown said...

mest blink2 je mata sebab byk bunga ros.. huhu.. bila ntah nak pergi ni.. sobs

vanilla said...

pasal lavender tu pun tak update lg kan? ke dah?

Pha Is said...

dah pergi dah tempat ni.. ada try naik papan gelongsor kat kolam tu tak? hehehe

Vee said...

saya blum sampai lagi . bila pi sana nanti , leh la cari tpt2 yg bro postkan nih ...

Unknown said...

sekali jer penrha jejak cameron highlands..itupon masa umo 12 thun dulu.. hahaha..

Mime MF said...

belum pernah smp lg cameron highland..hehe insyaAllah mgkin nt smp gak kesana..huhu teringin gak!:P

aswadz said...

@njihe: errr... saya lelaki. awek dlm gmbr tu wife saya. ahakkzz...

@aiza: ada masa nnt pergi la.

@sylarius: hehehe... tp jgn petik lak bunga kat situ bg kat wife.

@lyd: aku pun x reti nak explain kat mana sbb aku blom mahir lg peta cameron.

@aisya: dekat belah sabah-sarawak xde?

aswadz said...

@vanilla: dah update dah psl tuh.

@pha is: ada2. tp x cuba la. sbb cam horror je. hahaha...

@vee: silakan.

@husna: masa tu cameron masih lg sejuk.

@mime: insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...