Sunday, October 17, 2010

Pameran Motor Paris 2010

Sebenar nyer aku dapat idea untuk wat entri pun lepas dapat ilham baca Utusan online, yang bertajuk "Teman di Kota". Lepas aku baca2, aku rasa tertarik untuk letak kan kat blog aku ni. Tapi of course la, with some improvement. Dalam artikel ni cuma menyentuh tentang compact car yang dipamerkan di Pameran Motor Paris 2010. So aku ada la wat research sket, add kereta2 yang juga dipamerkan di pameran ni. Cuma tak kesemua nyer la. Tapi, still korang dapat info gak kan. Mana la tau, kot2 ada yang tengok nanti, terus berazam nak simpan duit untuk beli. Hehehe...


1. Nissan Townpod






 Unik tak kereta ni? Nak bukak bonet kereta pun dah macam bukak pintu kereta. Cuma sayang, bahagian depan kereta dah macam muka ikan dalam citer Finding Nemo pun ada. Hehehe... Townpod ni merupakan kereta cilik keluaran Nissan yang bukan sahaja sebagai kereta, tetapi juga sebagai van dan merupakan kenderaan tanpa pelepasan asap. Townpod juga dikatakan mempunyai banyak persamaan ngan Nissan Leaf  yang akan diperkenalkan di pasaran US Disember ni.


2. Renault Twizy




Another compact car. Lebih berupa motor beroda empat. Mempunyai 2 tempat duduk dan menggunakan bateri seberat 100 kg beserta motor eletrik 15 kW. Kelajuan maksimum adalah 75 km/ jam. Lagi skali aku nak tekan kan. Ni KERETA, bukan motor. Hehehe...


3. BWM Concept 6 Series Coupet




Ni kereta cam biasa2 je, walaupun confirm mahal. Biasa la, standard ar kereta BMW. Dilengkapi dengan sistem iDrive Control yang berfungsi sebagai alat penghubung untuk segala benda yang ada dalam kereta ni (tak tau la btol ke tak)


4. Jaguar C-X75




Kalo mengikut sumber yang aku rujuk ni, kelajuan kereta Jaguar ni bole mencecah 330 km/ jam dan menjadikan kereta ni kereta elektrik yang terlaju setakat ini (setakat ni je la, sok2 ada la kereta elektrik yang lagi laju). Ye, ia kereta elektrik. Dan kereta ni serius stylo.


5. Nissan GT-R Facelift




Satu lagi keluaran Nissan. Kereta ni dilancarkan pada pameran ni, dengan rekaan bumper depan dan belakang telah diubahsuai berbanding dengan GT-R yang sedia ada. Bumper depan direnovate untuk air-intake improvement penambahan daytime running light (amende tu?). Bumper belakang lak diubahsuai dengan penambahan diffuser untuk meningkatkan kestabilan kereta terutama ketika mengambil "corner baring" dan juga selekoh berbahaya.


6. Lotus


Lotus Esprit


Lotus Elan


Lotus Elite


Lotus Eterne


Lotus Elise


Kelima2 kereta kat atas ni merupakan concept car yang tujuan nyer adalah untuk menukar sumer imej untuk model kereta lotus yang ada skang ni. Dijangka akan kuar pada tahun 2013.


Lotus City Car


Lotus juga memperkenalkan kereta konsep berbentuk hybrid iaitu Lotus City Car. Mempunyai 3 pintu, 4 seat, enjin berkuasa petrol dan motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Mempunyai kemampuan untuk memecut sehingga 100 km/ jam dalam masa 9 saat.


Ok la. Setakat ni je la info yang aku bole bagi. Untuk gambar yang lagi detail, korang search sendiri la ye. Tak dapek la eden nak nolong...

2 comments:

vanilla said...

rinduuuuuuuuuu kat awak

aswadz said...

hehehe.. tiba2 lak anda nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...