Wednesday, October 20, 2010

Buletin Utama ke Buletin UMNO?



UMNO terus mara...


Untuk rakyat Malaysia...


"Skang kami bersiaran langsung daripada..." Itu merupakan salah satu berita yang dipaparkan di Buletin Utama semalam. Bukak2 je TV3 nak tengok berita, kena mengadap pasal persidangan UMNO la, persidangan sayap2 UMNO la. WHAT HELL?? Come on la. Aku bukak Buletin Utama nak tengok berita, bukan nak amek tahu sangat pasal persidangan UMNO tu. Adoiii la haiii... Aku tak kisah la kalo benda ni nak dijadikan salah satu berita. Tapi stakat satu berita je dah la. Kalo ada hal yang penting2 sket, bole la make it two. Three is still acceptable. Tapi kalo dah daripada 8.00 pm until 8.30 nak penonton hadam berita persidangan tu, apa ke hal nyer... Siap ada set sendiri lak tu just untuk wat liputan persidangan UMNO.

The truth is, kalo program berita tu, wat la macam program berita. Aku nak tengok berita. Nak tau perkembangan semasa luar dan dalam negara. Aku rasa banyak lagi berita2 luar sana yang bole dipaparkan kat slot Buletin Utama instead of persidangan UMNO tu. Kalo betol2 nak wat liputan pasal persidangan UMNO tu, sila wat satu program yang spesel, khas untuk persidangan UMNO tu. Wat la lepas waktu berita ke, apa ke. Aku tak kisah sebab aku rasa aku tak kan tengok pun. Takde manfaat dapat kat aku. Laen la kalo aku tengok, UMNO nak bagi aku duit. Hehehe...

Mungkin ada yang akan cakap, "Alaaa, ko kan bole surf je internet kalo nak tau berita2 laen." Tak dinafikan, memang btol aku bole wat macam tu. Tapi aku bukan cakap on my behalf aje. Tapi aku juga menjadi suara kepada bapak2, emak2, nenek2, datuk2, mentua2 dan yang seangkatan dengan nyer (sounds like politician lak aku ni), yang tak bape pandai nak surf2 internet ni aka buta IT.

Anyway, aku rasa better la wat program khas untuk liputan persidangan tersebut supaya tak mengganggu penonton2 yang nak tengok berita yang sebenar2 nyer berita. Kalo tak, mungkin lepas ni Buletin Utama akan ditukar ke Buletin UMNO lak pasni. Sebab penonton2 lari tengok berita tv laen lak.


p/s: well, yang aku cakap2 kat atas ni yang semalam nyer (19 Oct 2010). untuk hari ni, dalam masa 20 minit kita bole find out...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...