Monday, February 28, 2011

Jom Sambut Earth Hour 26th March 2011



"Live Green: One Switch at a Time!"


Moto untuk Earth Hour 2011. Last time aku follow Earth Hour ni masa final year kat UniMap dlu. Masa tu duduk kat Wang Ulu. Time tuh kitorang akan tutup sumer lampu konon2 nyer nak selamatkan Bumi la. Kata Earth Hour.

Nak kata seluruh Wang Ulu gelap, tak gak. Sebab ada je orang yang ignore Earth Hour nih. Aku pun takde la  nak join sangat. Tapi bila tengok ramai yang tutup lampu, especially blok depan bilik aku (which is blok girls aka junior) sumer dah bergelap, housemate ngan roomate aku tetiba lak bersemangat waja untuk turut serta dalam misi mem"black-out"kan rumah dan bilik kitorang.

Duration? Sejam. Tapi lampu rumah je la yang kitorang tutup. Laptop on sesaje. Berani nak tutup laptop aku? Tutup la. Kang kena penampar sedas. Lampu rumah kalo nak tutup sampai besok pagi pun takpe. No hal punyer la. Laptop? Owh, jangaannnn... Mati kebosanan nanti.

Bila fikir2 balik, seronok gak wat benda2 gitu. Tapi masa kat universiti je la bole layan. Kalo kat rumah ngan famili, try la wat. Silap haribulan kena maki. Hahaha... Maki tu takpe lagi. Kalo kena penampar?

Berbalik kepada Earth Hour 2011, WWF-Malaysia menggesa seluruh penduduk di Malaysia untuk mengambil langkah setapak ke hadapan dari setakat tutup lampu sejam pastu bukak balik. So apa korang kena buat?


1. Tutup sumer lampu pada 26hb Mac 2011 sempena Earth Hour starting pukul 8.30 malam (kalo pagi bukan Earth Hour nama nyer).
2. Sign-up kat www.org.my dan memberi komitmen terhadap "Live Green: One Switch at a Time".
3. Maintain korang nyer tindakan lebih daripada Earth Hour saje...


There you have it. Aku dah simplify kan untuk korang. Anyway, untuk tahu lebih lanjut, korang bole baca sendiri kat SINI.


Earth Hour 2011: Growing Beyond the Hour: Pledge to "Live Green".

2 comments:

vanilla said...

love our earth!

aswadz said...

yeah... sokong 100%. cik vanilla ada buat dlu2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...