14 Februari 2010.
Di suasana pagi yang kurang keheningan nyer. Setelah selesai touch-n-go kad kad pekerja aku. Berjalan menuju ke lif dalam keadaan yang biasa2 aje. Tak lemah dan tak longlai. Tak tak juga ceria bak channel NTV7. Depan lif, aku berhenti. Sebab pintu lif tak bukak lagi, macam mana aku nak melangkah masuk. Apa raaa...
Then hadir kelibat 2 orang gadis. Identiti dirahsiakan. Begitu juga ngan status diorang. Lif terbuka. Kami masuk. Dalam lif, bermula la sesi sembang2.
Girl 1: Eh, Aswad tak cuti ke?
Memahami situasi dan persoalan yang ingin ditonjolkan di situ, aku menjawab.
Aku: Aku tak sambut. Lagi pun semalam aku kerja. Korang tak cuti?
Girl 1: Ni tak nampak kami datang keje? (sambil Girl 2 tersenyum2)
Owh, terkena aku kat situ. Dia tanya aku jawab. Aku tanya balik, aku yang terkena. Untuk sape2 yang masih tak tau, ari ni adalah hari Valentine's Day. Aku dan Cik Vanilla tak sambut pun Valentine's Day ni.
Kalo nak kata menyambut Hari Cinta, tiap2 ari pun kami anggap Hari Cinta. Sebab tiap2 ari bergayut kat telefon je. Takde hari istimewa untuk menyambut percintaan kami. Kalo ada pun, besday dia, besday aku ngan ulangtahun kami bercinta.
Bagi aku, aku pernah sambut skali je kot Valentine's Day ni. Masa aku muda2 dlu, ngan ex aku. Tu pun sambut sebab time tu 1st time bercinta. Sumer benda nak sambut kan. Jakun kata orang. Tapi masuk tahun ke-2 percintaan, tak sambut dah.
Anyway, kepada yang menyambut, selamat menyambut Valentine's Day. Dan kepada yang tak menyambut, diam2 sudey...
"Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10hb Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika dilihat daripada segi perubatan, anda dinasihatkan untuk tidak mencuba perkara ini dengan semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)."
Sumber: coretanhatisetanku
Sumber: coretanhatisetanku
4 comments:
ooooooooooooooooooooooooooooooooo
oooooo??
aids weh ! scary heheheh !
btol2...
Post a Comment