Sunday, August 18, 2013

Sambutan Raya 2013

Dah seminggu lebih kita beraya. Kalo hari tuh aku update ucapan hari raya, hari ni baru nak menyusul citer pasal sambutan hari raya. Hari Raya tahun nih dekat Kelantan dlu sebab tahun lepas dah beraya dekat kampung aku. So tahun ni kampung wife aku la pulak. Raya ke-3 baru balik kampung aku.


hari raya, hari raya 2013
[Gambar gelap sebab ada "nur" kat belakang]


Raya pertama macam biasa la. Lepas semayang raya, bersalaman sesama family. Minta maaf mana yang patut. Kemudian sesi bergambar. Tahun ni yang sulung je yang dah kahwin. So tahun nih, memang cukup korum family diorang. Tahun lepas tak cukup sorang dua orang.


hari raya, hari raya 2013
[Warna tema tahun nih, hijau]


Abes je sesi bergambar, dah sah2 sesi berjalan ke rumah sanak saudara rakan taulan. Hari raya pertama tamat dengan penat lelah dan kekenyangan. Masa yang selebih nyer dihabiskan kat depan TV atau kat atas katil.


hari raya, hari raya 2013


Hari Raya ke-2 lak sesi beriadah bersama family. Destinasi pilihan. Pantai Irama kat Bachok. Sebab apa nama Pantai Irama? Sebab bila korang sampai je, korang dapat dengar alunan irama daripada ombak2 yang seolah2 menyambut kedatangan korang. Okay. Aku tipu. Sebab tak dengar pun deruan ombak sebab orang ramai sangat kat sana. Bising. Hahaha...


hari raya, hari raya 2013


Raya ke-3 pulak dah balik rumah aku. Tapi tak sempat nak jumpa kakak aku sebab aku sampai lambat. Dia pun nak balik beraya rumah mentua dia gak. Yang ada tinggal mak ngan adik aku je. Kakak aku yang lagi sorang tu memang tak balik raya tahun ni. Jumpa dia pun masa puasa ari tuh. So takde la sesi bergambar sekeluarga tahun ni. Eh, ada. Tapi takde aku la. Hehehe...


9 comments:

Unknown said...

best jugak beriadah di hari raya kan.. hehe

Shahrul Yusof said...

Dengar cerita, jalan masa nak keluar dari Kelantan jem giler masa lepas raya tu.

Mizz Aiza said...

seronok dapat beriadah.. :D

Jahirah said...

syoknya p pantai....nak g pantai xpg2 lg ni..heheh

Miza Idgihat said...

Perkara paling indah bila dapat luangkan masa bersama keluarga tercinta :D

LydSunshine said...

Selamat ari raya aswad. Kelas kau, ari raya jalan2 kat pantai. Aku pun takde tu semua.

Lelaki said...

haha..ade nur yer...

aswadz said...

@aisya: kalo x jem, insyaAllah akan lagi best. hehehe...

@sylarius: raya ke-3 pun dah start jem sket, sbb orang nak ke kampung yg lagi satu kot.

@aiza: btol2.

@aishah: sila la pergi. seronok wooo...

@chokie: couldn't agree more.

aswadz said...

@lyd: ngehehe... aku tukang ikut diorang je.

@lelaki: hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...