Showing posts with label masa muda. Show all posts
Showing posts with label masa muda. Show all posts

Sunday, January 17, 2016

Jual Topup

kedai topup, jual topup


Member: Nampak tak kedai Celcom tu (sambil tuding jari). Tu la kedai tempat aku ambil upah jual topup. Zaman dulu mana ada jual handphone.

Aku: Kalau time tu takde jual handphone, untuk apa hang jual topup.

Member: Silap2. Maksud aku, topup takde yang jual online masa tu.


p/s: pantang salah cakap sket, memang kena terus. itu baru member sejati. hahaha...


Sunday, May 12, 2013

Roti Canai Melayu vs Roti Canai Mamak

Ari ni kita bincang topik pasal makanan. Kepada mana2 yang tengah kelaparan tuh, harap sila pergi penuhkan perut dengan makanan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang pengaliran air liur yang terkawal daripada organ anda yang bernama mulut.

Masa zaman muda belia aka zaman kecik tak sedar diri, slalu nyer time hujung minggu abah aku akan bawak satu family pergi breakfast kat mana2 kedai makan Melayu. Time ni kedai mamak belum berleluasa lagi. Bukan nyer takde. Tapi tak banyak. Even masa aku meningkat remaja pun, bilangan still countable.

Bila makan kat kedai Melayu, of course menu utama tak laen tak bukan adalah nasi lemak ngan roti canai. Perut orang Melayu ni kalo takde 2 menu nih, mesti rasa macam tak selera je nak makan. Tapi aku tak nak citer pasal nasi lemak. Nanti korang naek lemak. Hahaha... Okay, tak lawak.




Apa yang aku sker dengan roti canai yang orang Melayu buat adalah kuah dia. Dengan kuah kari. Pastu ada sambal lak tengah2. Perghh... Memang sungguh sedap sekali sampai menjilat jari. Ingat makan KFC je sampai menjilat jari. Makan roti canai pun bole baq hang.

Masuk matrikulasi. Masuk universiti. Makin kurang dah makan roti canai kat kedai Melayu. Balik2 lepak kedai mamak. Balik2 kedai mamak. Sampai tauke mamak tu pun kenal muka sekor2. Bila dah slalu makan roti canai kat kedai mamak, lupa langsung kesedapan roti canai Melayu.

Bila dah keje pun sama. Still makan kat kedai mamak gak. Lagi2 skang ni pertumbuhan kedai mamak amat memberangsangkan skali. Dalam satu bandar tu, kalo takde at least 5 kedai mamak, memang tak sah. Tak caye cuba korang kira. Hehehe...

Tapi yang tak best nyer, kedai mamak kat area tempat aku tinggal nih, kebanyakan nyer sumer biasa2 je. Roti canai okay. Tapi kuah dia kurang menyengat. Ni kalo kena kena sengat ngan lebah, bisa lebah tu lebih menyengatkan daripada kuah diorang. Naseb baek la aku jumpa kedai Melayu yang buat roti canai dengan kuah yang sedap. Cuma kedai dia bukak belah pagi je la. Kalo nak makan roti canai belah petang, kena pergi kedai mamak juga ler jawab nyer.


[Kalo awek yang tebar roti, mesti lagi sedap kan. Ekeke...]


Apa pun, pendapat aku roti canai yang orang Melayu buat jugak yang sedap di hati perut. Roti canai mamak lak bukan setakat sekadar biasa2 aje di perut, malahan bole membuatkan korang memerut kalo kebersihan kedai diorang tak terjaga.

Pendapat korang macam mana? Roti canai Melayu ke roti canai mamak? Ane, teh tarik satu!!!


p/s: idea datang time makan roti canai sorang2 kat kedai mamak, sambil persoalan bermain di minda, pasaipa roti canai depa tak sedap.


Saturday, April 13, 2013

Generasi Ku



Tadi tertengok video ni kat blog Kak Di. Memang mengimbau kejap zaman persekolahan masa budak2 dlu. Zaman bawa air minuman dalam bekas air mineral je. Up sket bawak botol air yang lawa sket. Beg sekolah lah kalo bole memang nak ada gambar kartun2. Tapi masuk darjah 5, matang sket. Beg sekolah pun takde gambar kartun2 dah. Plain je. Takde nyer nak warna warni. Beg sekolah takde nyer nak jenis yang tarik2. Galas je sumer.

Waktu rehat lak, maen konda-kondi, galah panjang. Kalo budak perempuan lak, maen batu seremban. Kalo malas nak maen kat luar, maen lawan pemadam kat dalam kelas. Up sket, maen jentik penutup tin. Kadang2 je ada orang bawak dam haji ngan board game laen macam dam ular atau chess.

Zaman sekolah korang lak macam mana? Korang sama generasi macam aku ke atau korang generasi moden?


Tuesday, April 10, 2012

Bakat Terpendam Si Cilik

Korang masa kecik2 dlu ada bakat terpendam tak? Masa korang umur 7 tahun, apa bakat korang yang terserlah? Menyanyi dalam bilik air tak dikira sebagai bakat terpendam ye. Aku sebagai bebudak normal yang menjalani kehidupan yang serba-serbi normal, takde bakat yang terpendam mahu pun perasaan yang terpendam di dalam hati.

Tapi ada sorang budak dari Jersey City ni, umur 7 tahun dah pandai baling2 dough pizza. Ye, baling. Dah dalam English nyer dough-tossing technique. Mesti la dalam BM istilah tu jadi teknik membaling dough kan. Hahaha... Yeah, I know its weird.




p/s: makan apa bebudak ni sampai pandai cenggitu?

Saturday, August 27, 2011

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum.

Apa khabar sumer? Sihat? Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti korang dah siap prepare baju raya beberapa helai kan. Elehhh... Macam la aku tak tau. Hehehe...

Korang ada yang masih bekerja ke? Kalo still bekerja, jangan asyik termenung ingat nak raya lak. Bos marah nanti. Aku dah balik kampung aku dah Rabu lepas. Seminggu aku cuti. Tu pun kalo diikutkan, 2 minggu lepas dah bole balik kampung dah. Bercuti sampai raya.

Suasana menantikan Hari Raya tahun ni tak macam tahun lepas. Aku ingat lagi tahun lepas, time dah nak dekat raya, aku still tengah keje lagi. Dok wat grinding ngan polishing sample. Busy la sket sebab nak kena prepare sample untuk SEM. Dah la jadual untuk aku btol2 lepas aku masuk keje. So tak sempat dah nak prepare time tuh. Terpaksa la aku settle kan sebelum cuti.

Time tu ada 2-3 hari lagi nak raya. Ofis ngan lab memang dah lengang dah. Takde orang. Ada la beberapa orang yang still bekerja, termasuk aku. Macam heaven pun ada masa tuh. Yela. Orang tak ramai. Aku pun bole wat keje ngan relax. Masa aku wat grinding polishing tu, aku layan anime. Perghhh... Memang menggamit memori la waktu tuh, layan anime sorang2 dalam lab. Anime Nodame Cantabille. Takde sape kacau aku tengok.

Yang lagi best, ada satu hari tu ada sorang member ni ada. Kira ada geng la aku nih. Dia pun tak balik kampung lagi time tuh. Tengah hari tu, aku kuar ngan dia. Pi Jusco Perda. Shopping baju raya. Ngehehe... Time hari keje lak tuh, walaupun time lunch hour. Kitorang balik ofis tu agak lewat sket la. Tapi since sebab nak dekat2 raya ni, pak guard takde la strict sangat.

Tapi suasana sebelum raya tahun ni, berbeza dengan tahun lepas. Bulan ni aku banyak berehat kat rumah. Sebab terkena sakit mata. Dah 2 minggu dah. Ni masuk minggu ke-3 (tapi skang dah ok la). Sepatut nyer malam semalam baru aku balik kampung. Tapi since Rabu lepas doktor bagi MC 2 hari sampai Khamis, dan2 tu gak la aku balik. Jangan jeles ek. Hehehe...

Anyway, Hari Raya nak dekat. Tapi puasa jangan tinggal pulak ye.


**********************************************************************************


#WhoLikeConfuse guys have come forward!!! @jasonlo1 #TuneTalk



********************************************************************************** 

Friday, August 19, 2011

Gambar Langit yang Awesome

Aku sejak kecik lagi minat astronomi. Minat pasal planet2. Tapi bila dah besar, takde lak cabang2 ke arah benda2 camni, melaenkan angkasawan. Astronomi aku minat. Angkasawan tidak. Sebab aku minat astronomi, jadi bila aku terjumpa benda2 yang berkaitan pasal astronomi, aku rasa tertarik untuk share kat blog aku, macam aku share pasal Planet Gliese 581g bulan lepas.

Kali ni aku nak share gambar langit pada waktu malam yang sememang nyer awesome. Sebab ada gambar yang korang bole tengok Milky Way, galaksi kita. Aku tak pernah nampak langit macam ni kat Malaysia. Kalo ada, mungkin aku nak gak snap satu.


[A Starry Night in Iceland]


[Isfahan Milky Way]


[Galactic View from Planet Earth]


[Beauty of Northern Sky]


[Venus Above Reunion Island]


Ni sumer merupakan gambar yang terlibat dalam contest Night Sky Sparkle Showcase. Bila tengok balik gambar2 kat atas tu, aku skali lagi terfikir. Kat Malaysia ni takde ke tempat yang bole amek gambar nampak galaksi Bima Sakti sekali. Hhmmm...




**********************************************************************************


Siapakah penyampai ERA yang anda ingin ajak ke rumah terbuka anda tahun ini?



********************************************************************************** 

Thursday, August 11, 2011

Pengalaman Memancing



 Baca je tajuk entri ni, tentu korang nak kata aku ni reti memancing. No no no. Just hold your thought. Sebab aku tak reti. Iye... Tak reti...

Hekeleh mamat ni. Tak reti memancing, tapi nak citer pengalaman memancing.

Nak citer pasal pengalaman memancing, tak semesti nyer ko sendiri kena pancing. Ko teman member2 ko memancing pun, dah kira pengalaman memancing gak kan. Definisi "pengalaman memancing" tu terlalu luas skop nyer. Kalo aku nak citer pengalaman memancing member aku, yang diciterkan dia kepada aku, tarak hal punyer kalo nak guna title "Pengalaman Memancing".

Eh, tiba2 entri jadi macam emo je. Hahaha...

Ari tu aku ada buat entri pasal ikan sebelah kan. Pengalaman memancing sendiri tu, memang takde la. Sebab aku sendiri memang tak minat memancing2 nih. Buang masa dowh. Lagi pun aku ni memang malas bab2 nak menunggu ni. Hatta menunggu orang ke, bas ke. Kalo setakat tunggu 10 minit tu takde hal. Tapi kalo dah sejam ikan tak naek2?

Seumur hidup aku, aku pernah 2 kali je gi memancing. Sekali ngan arwah abah aku. Sekali ngan famili abang ipar aku.

Ngan arwah abah aku, aku tak ingat sangat. Sebab kecik lagi. Sekolah rendah kot, kalo tak silap aku. Tempat memancing pun aku tak ingat. Cuma aku ingat tepi laut. Tapi bukan pantai laa... Tak pakai joran, tak pakai jala. Pakai tali pancing je. Gulung2 ngan tin. Arwah abah aku memang kreatif sket. Sama macam aku. Hehehe... Aku tak ingat dapat ikan ke tak.


 [Kalo dapat memancing kat atas bot gini, mesti lagi best]


Ngan famili abang ipar aku lak, masa aku praktikal dlu. Cuti Tahun Baru Cina. Aku tak involve pun pancing memancing nih. Tolong tengok2 je. Yang penting ada makan2. Buat ungun api. Maen nyanyi2. Hahaha... Takpe. Famili abang ipar aku sporting.

Haaa... Tu je la pengalaman memancing aku. Pendek kan. 2 perenggan je. Hehehe... Pengalaman korang lak macam mana?


***********************************************************************************


Be the transporter for Jojo Struys, Yasmin Hani and Diana Danielle



********************************************************************************** 

Saturday, July 30, 2011

Cikgu Sekolah

Agak lama gak aku amek masa nak buat entri susulan kepada entri Selamat Hari Guru yang aku buat pada Mei lepas. Rasa macam tak kena gaya lak aku tulis pasal guru skang nih. Tapi tak kesah la. Aku nak tulis gak topik nih. Sebab aku dah janji dah ngan korang sumer aku nak tulis pasal zaman sekolah aku masa kecik2 dlu. Janji harus dikotakan.

Masa zaman sekolah rendah, ada 2 orang cikgu je aku remember the most. Puan Rahimah dan Puan Angelica. Puan Rahimah ni aku dah tak ingat sangat dah dia mengajar apa. Tapi aku ingat dia pernah jadi guru kelas aku masa aku darjah 2 atau 3. Masa tu sesi petang la kan. Yang paling aku ingat skali, dia pernah rotan aku. Hahaha...




Bab kena rotan tu aku paling ingat skali. Pasal tu je la the 1st and the last aku pernah kena rotan dalam seumur hidup persekolahan aku. Sebab apa aku kena rotan pun aku dah tak ingat. Aku baek kot masa sekolah dlu. Skang pun baek gak. Hehehe...

Mesti korang ingat Puan Rahimah ni garang kan. Well, dia memang garang pun. Tapi baek. Dia baek ngan aku. Rasa cam jadik pelajar kesayangan dia pun ada. Aku still ingat lagi, dia pernah ucapkan tahniah kat aku masa aku dapat 5A UPSR dlu. Dia masih ingat kat aku walaupun dia cuma ajar aku sesi petang je.

Puan Angelica lak ajar kelas English ngan Muzik, masa darjah 6. Puan Angelica pun baek gak orang nyer. Takde marah2. Kalo ada pun, kadang2 je. Dia slalu kata muka aku berbentuk oval... Aku tahu. Dia ber"double meaning" dengan aku. Nak kata aku hensem la tuh...


 [Bentuk muka oval adalah bentuk muka idaman? Baru skang aku tau...]


Move on to sekolah menengah.

Somehow, aku tak leh nak recall nama2 cikgu masa sekolah menengah dlu. Cuma cikgu BM je yang aku ingat. Puan Saimah nama nyer. Dia ni pun baek ngan aku. Kalo time ngajar BM, asal ada sajak atau syair je, mesti sruh aku yang baca. Macam takde orang laen je. Aku tau la suara aku sedap... Tapi masa tu aku remaja lagi. Malu nak baca kuat2...

Tapi aku tau dia pun segan asyik nak sruh aku je yang baca. Maklum la. Dalam kelas aku ada 3 je melayu. Yang laen sumer chinese. Mana pandai sangat nak bersajak bersyair nih... Kalo bagi diorang baca, mungkin jadi rap lak.

Walaupun nama Puan Saimah je yang aku ingat, tak semesti nyer aku tak rapat ngan cikgu yang laen. Aku sker ngan cikgu Matematik aku, cikgu Pendidikan Jasmani aku, cikgu English aka guru kelas masa form 5. Cuma nama je tak leh recall...

Cikgu pendidikan jasmani aku best. Satu2 nyer cikgu lelaki yang aku ingat. Well, cikgu lelaki memang tak banyak pun yang ajar aku. Dia ajar subjek Sejarah gak. Sebab pe aku kata dia best. Sebab dia sporting. Relax je leh lepak ngan kitorang. Time pendidikan jasmani lak, lepas wat stretching, terus bagi bola, sruh maen. Kadang2 dia siap join kitorang maen skali.




Cikgu Matematik ngan cikgu English aku, dua2 pun baek. Tapi tu la. Tak leh nak recall nama diorang. Sori ek cikgu...

Masa kat matriks dlu, kadang2 aku balik ke sekolah menengah aku. Dengan rakan2. Jumpa balik cikgu2 yang banyak berjasa mendidik aku.

Jadi, begitu lah al-kisah nyer zaman aku sekolah dlu. Zaman skang ni, ramai sangat pelajar yang dah tak hormat dengan guru. Apa nak jadi dengan diorang agak nyer?


***********************************************************************************



Sneak Peak into Fright Night trailers & videos!




********************************************************************************** 

Saturday, June 25, 2011

SNSD dan Kisah Semalam

Perghhh untuk ari nih. Terima kasih kepada ujian kecergasan yang SIRIM Bhd lakukan kat AMREC Khamis lepas, aku telah mula merasai lenguh2 otot pada kaki dan abdomen aku. Terasa cam abdomen aku ni kena stretch je kadang2. Ni mesti pasal semalam tak dapat nak rehat. Hehehe...

Eh, lupa lak aku. Korang mesti tertanya2 kan apa yang dah berlaku semalam. Adakah aku terserempak dengan SNSD semalam, sampai menulis entri dengan tajuk yang sedemikian rupa. Ecece... Sori lah sebab buat korang sumer tertanya2. I'm sorry... (sila baca guna nada Amir Raja Lawak nyer style)

Semalam the whole waktu siang aku, aku telah spent kan dengan berjalan2 kat Ipoh. Semayang Jumaat pun kena singgah rumah sedara, semayang kat masjid area umah sedara aku.

Actually, pagi semalam aku gi Puspakom skali ngan adik ngan mak aku. Kereta aku kena wat ujian Puspakom. Alhamdulillah. Lulus. Naseb baek tak lama. Pastu belah petang lak, lepas Semayang Jumaat, mak aku nak kena gi bangunan TM lak, ada mesyuarat pasal khairat kata nyer. Maklumlah, mak aku dah jadi ahli seumur hidup Telekom (nama dlu).

So... Sementara nak tunggu tuh, aku ngan adik aku berjalan2 kat sekitar kawasan tu. Sebab malas nak drive pusing2, aku ngan adik aku menapak aje la. Tapi tu lah masalah nyer. Sekitar tu takde tempat menarik pun. Cuma ada shopping complex Yik Foong je. Memang dah lama giler aku tak menjejak kaki kat situ. Masa muda2 (zaman sekolah menengah) dlu slalu ar.


 [Shopping complex Yik Foong. Ni gambar dlu kot.
Skang ni nampak macam dah lusuh sket]


Untuk korang yang tak tau, kat Yik Foong ni ada banyak kedai komputer. Berlambak giler la. Kedai jual CD games pun banyak gak. Memang tempat aku beli CD games masa zaman dlu kala.

Tapi Yik Foong skang ni tak macam dlu. Macam dah downgrade giler. Aircond pun takde. Pasaraya TF pun ada aircond okeyh...

Okay. Here's the part yang korang tunggu2 dari tadi....

Masa aku jalan2 kat dalam shopping complex tu, aku terserempak ngan SNSD. Selalu gak aku terserempak ngan diorang. Asal menapak sket je, jumpa diorang. Sat lagi aku menapak lagi 2-3 langkah, jumpa diorang lagi.

Yela... Diorang kan skang ni dah jadi model iklan untuk Intel Asia. Asal aku jumpa je kedai komputer, nampak poster diorang. Menapak 2-3 langkah, jumpa kedai komputer lagi, nampak diorang lagi. Ada yang tampal poster SNSD. Ada yang pasang video SNSD kat laptop/ PC.


[SNSD duta Intel Asia]


Hehehe... What do you expect? Aku terserempak dengan real SNSD kat shopping complex yang dah downgrade? Tak kot... Kalo jumpa kat Jusco Ipoh tu, mungkin ada keberangkalian gak kan. Hehehe...

Nape? Rasa tertipu ke? Hik3...

Untuk meredakan perasaan "tertipu" korang, apa kata korang layan video diorang nih...




***********************************************************************************
MTV World Stage is happening Live in Malaysia at iCity Shah Alam on 24th July 2011.


***********************************************************************************

Wednesday, June 1, 2011

Video Kucing Kelaparan

For your information, I adore cats. Aku memang sker kucing. Cuma setakat ni tak pernah bela satu. Well, technically pernah. Tapi sebenar nyer bukan la membesarkan kucing tersebut. Just macam jaga dia daripada kecik sampai menjadi remaja. Tu pun jaga beramai2 kat hostel kitorang.

Punca aku tak bela kucing sebab aku ni jenis pemalas. So bagi orang yang pemalas macam aku nih, kalo kucing tu kencing berak merata2, confirm aku malas2 nak cuci kan. Aku rajin bermain2 ngan kucing je. Jadi sebelum berlaku nyer perkara tersebut, adalah lebih baek aku tak bela satu. Tunggu la aku rajin dlu baru aku bela. Hehehe...

Hari ni aku nak share satu video kucing yang cute. Masa ni kucing2 tu tengah tunggu tuan dia sediakan makanan. Apa kata korang layan kerenah kucing2 yang tengah kelaparan tuh.


Wednesday, May 4, 2011

Friendster Nak Delete Content

Sape ada akaun Friendster? Aku dlu ada. Skang pun still ada. Beza nyer, dlu aktif. Skang langsung tak pernah bukak. Hahaha... Aku bukan slalu pun layan Friendster ni. Dlu ada pun, serupa je macam takde. Aku tak tau nak wat apa ngan laman web sosial tu. At least Facebook ada game dan application yang menarik.




Baek la. Let us continue with the main conversation. Apa yang aku nak citer kat sini adalah pasal Friendster yang nak delete content2 sempena diorang nak upgrade version yang ada skang. Tapi diorang bukan nak delete akaun korang. Akaun korang still ada.

Akaun korang diorang tak usik. Email login dan password korang still sama. Tak ubah. Cuma segala gambar, mesej, komen, testimonial, blog, forum dan laen2 content yang akan kena delete. Cuma friend list ngan basic information je yang akan dikekalkan.

Tapi korang jangan risau. Friendster ada bagi application untuk korang download gambar2 atau data2 yang korang nak simpan.


Sumber: Yahoo! News

Monday, April 18, 2011

Makan Slow Sesangat

Baek la, hari ni Chef Ce-Citer-Ce-Citer ingin memperkenalkan resepi masakan terbaru chef iaitu... Eh... Hhmmm... Ehemmm... Maaf jika rapuan saya sebentar tadi berjaya mencuit atau mencirit isi hati kamu sumer. Entri ni bukan entri pasal makanan, resipi mahupun pasal secret recipe. Tapi entri ni berkait rapat dengan ketiga2 benda yang aku sebut tadi.

Baca tajuk entri pun dah tau kan yang aku nak citer pasal makan dan tahap kelajuan makanan tersebut masuk ke dalam perut beserta suatu sensasi yang dinamakan sebagai kekenyangan. On this occasion, aku nak citer perihal memakan sesuatu makanan dengan kadar kunyahan yang agak perlahan.


 [Ini bukan makan slow nama nyer. Ini gelojoh...]


Aku rasa aku makan slow (ya, ini ler main point entri ni. hehehe...). Ramai yang tegur, especially Cik Vanilla dan adik-beradik nyer. Kalo makan ngan diorang, confirm diorang abes makan dlu (walhal sekor2 amek nasi separuh). Silap haribulan air diorang pun dah abes minum, tapi aku still tak abes makan lagi.

Tapi bila kuar makan ngan member2 se-ofis aku, aku takde la rasa aku lambat. Well, mungkin lambat sket la. Tapi takde la sampai air diorang abes, aku baru abes makan nasi...

Diorang cakap aku kunyah ikut sunnah Nabi S.A.W., kunyah 44 kali. Yes, aku tau kunyah 44 kali baek untuk sistem penghadaman. Tapi aku tak pernah kira lak aku kunyah bape kali. Korang ada? Non-hado nyer korang nak kira...

Tapi aku ada terbaca satu artikel ni. Dia bagitau, makan slow and steady nih membantu tubuh untuk kekal kurus. No wonder la aku kekal kurus selama nih. Hahaha... Tak caya, korang bukak artikel tuh, korang tengok under bahagian "savor your food".


 [Senang citer, nak kurus, nikmati makanan korang slow2]


Sebenar nyer aku pun tak perasan sejak bila aku makan slow2 nih. Sebab masa kat universiti dlu, aku makan kira laju la gak. Takde la laju macam 5 kali kunyah dah telan. Senang citer, average la. Sama je kadar kelajuan dengan korang (kecuali kome2 yang makan slow macam aku skang).

Anyway, Cik Vanilla, sabo ek kalo abang makan perlahan sangat... Hehehe...

Saturday, April 9, 2011

Hantu Mak Cik Karipap

Eh, betul tak nama hantu ni? Ke hantu karipap je? Hhmmm.. Ahh... Mana2 je la. Asalkan korang bole paham apa yang aku ingin sampaikan... Anyway, aku nak ucapkan tahniah kepada hantu ni sebab menjadi hantu yang pertama menjalankan perniagaan di dunia manusia... Tahniah diucapkan...

Korang pernah terserempak tak? Kalo korang tanya aku, sah2 aku jawab tak pernah... Hantu ni masa kecik2 memang tak pernah dengar kisah dia. 1st time dengar masa kat matriks dlu. Masa tu heboh beberapa orang dikacau oleh hantu jual karipap.

Konon2 tingkap bilik diorang kena ketuk dan hantu mak cik karipap ni nak jual karipap kat diorang. Yang pelik nyer, bilik diorang kat tingkat 2 ke atas, bukan nyer ground floor yang orang bole senang2 je nak ketuk tingkap. Ni kena terapung baru bole ketuk...

Tapi walaupun kat matriks aku masa tuh kecoh pasal mende tuh, tapi kadang2 aku tdo lambat, tak pernah lak kena kaco... Maybe sebab bilik aku kat tingkat 4, mak cik tu tak larat nak terapung tinggi2 sangat. Agak nyer la kan. Hehehe...

Tak pun mak cik tu memang tak berminat nak jual kat aku. Maklumlah, muka aku bukan hensem sangat pun. Dia tak berkenan la kot nak meminang aku untuk anak dara dia. Kih3...

Anyway, tiba2 teringin wat post pasal hantu mak cik karipap ni lepas tengok kumpulan Balas wat lawak pasal hantu ni kat Maharaja Lawak minggu pertama ari tuh.


Monday, February 28, 2011

Jom Sambut Earth Hour 26th March 2011



"Live Green: One Switch at a Time!"


Moto untuk Earth Hour 2011. Last time aku follow Earth Hour ni masa final year kat UniMap dlu. Masa tu duduk kat Wang Ulu. Time tuh kitorang akan tutup sumer lampu konon2 nyer nak selamatkan Bumi la. Kata Earth Hour.

Nak kata seluruh Wang Ulu gelap, tak gak. Sebab ada je orang yang ignore Earth Hour nih. Aku pun takde la  nak join sangat. Tapi bila tengok ramai yang tutup lampu, especially blok depan bilik aku (which is blok girls aka junior) sumer dah bergelap, housemate ngan roomate aku tetiba lak bersemangat waja untuk turut serta dalam misi mem"black-out"kan rumah dan bilik kitorang.

Duration? Sejam. Tapi lampu rumah je la yang kitorang tutup. Laptop on sesaje. Berani nak tutup laptop aku? Tutup la. Kang kena penampar sedas. Lampu rumah kalo nak tutup sampai besok pagi pun takpe. No hal punyer la. Laptop? Owh, jangaannnn... Mati kebosanan nanti.

Bila fikir2 balik, seronok gak wat benda2 gitu. Tapi masa kat universiti je la bole layan. Kalo kat rumah ngan famili, try la wat. Silap haribulan kena maki. Hahaha... Maki tu takpe lagi. Kalo kena penampar?

Berbalik kepada Earth Hour 2011, WWF-Malaysia menggesa seluruh penduduk di Malaysia untuk mengambil langkah setapak ke hadapan dari setakat tutup lampu sejam pastu bukak balik. So apa korang kena buat?


1. Tutup sumer lampu pada 26hb Mac 2011 sempena Earth Hour starting pukul 8.30 malam (kalo pagi bukan Earth Hour nama nyer).
2. Sign-up kat www.org.my dan memberi komitmen terhadap "Live Green: One Switch at a Time".
3. Maintain korang nyer tindakan lebih daripada Earth Hour saje...


There you have it. Aku dah simplify kan untuk korang. Anyway, untuk tahu lebih lanjut, korang bole baca sendiri kat SINI.


Earth Hour 2011: Growing Beyond the Hour: Pledge to "Live Green".

Thursday, February 17, 2011

Lelaki dan kaen pelikat

Lelaki. Kaen pelikat. Lelaki. Kaen pelikat. Sounds familiar? Iye, memang familiar. Kat laki pakai kaen pelikat. Gi semayang pakai kaen pelikat. Gi mandi pakai kaen pelikat. Tapi tak applicable untuk mana2 lelaki yang mandi berbogel atau kaen pelikat terlondeh ketika mandi. Juga tak applicable kepada lelaki yang pakai kaen pelikat, tapi kat dalam pakai seluar atau boxer.




Nape aku tiba2 bukak citer pasal kaen pelikat? Bukan benda menarik pun nak dibincangkan pun. Hari2 bole tengok kalo korang gi masjid. Tapi, aku bukan nak citer pasal jumpa orang berpakaian kaen pelikat kat masjid. Taaaaapiii... Pasal orang yang berpakaian kaen pelikat, baru balik dari masjid.

Peristiwa ni berlaku kat kedai makan area kawasan rumah aku. Waktu tu aku tengah menjamu selera. Nyum2... Melantak nasi goreng thai sambil pekena nescafe tarik. Perghhh... Tapi again... Aku bukan nak bercerita pasal apa yang aku makan dan apa yang aku minum.

Berbalik kepada "orang yang berpakaian kaen pelikat baru balik dari masjid" tadi. Brader ni (brader la aku panggil, sebab takde la nampak tua sangat) masuk la kedai makan yang aku tengah melantak nasi goreng thai sambil pekena nescafe tarik tadi.

Yang aku heran tuh, dia masuk2 sambil mengangkat2 kaen pelikat yang dia pakai tuh. Aduhh laaa... Kalo dia angkat just sebab nak elak lecah kat luar kedai tu (sebab baru lepas ujan), acceptable la gak. Ni dah dalam kedai pun, dok angkat2 kaen tu, apa kes? "Burung" anda kepanasan ke? Eye sore sungguh. Huh...

Dia berdiri aje, sebab datang bungkus makanan je. So kalo sambil mengangkat kaen dan duduk, mungkin akan nampak sesuatu yang tak patut kita nampak.

Berciter pasal kaen pelikat ni, aku bukanlah manusia yang familiar memakai kaen pelikat. Kalo nak diikutkan, memang hampir tak la. Sampai aku pun tak ingat bila aku last time aku pakai kaen pelikat. Yang aku ingat cuma time aku bersunat zaman kecik2 dlu. Tapi yang tu terpaksa. Kalo tak terpaksa, confirm tak pakai.




Bukan apa. Aku yang tak biasa pakai2 kaen ni. Sejak kecik pakai seluar. Bukan tak pernah cuba. Aku pernah mencubakan diri aku untuk memakai kaen pelikat ni. Tapi asyik tak confident je. Akan ada perasaan insecurity timbul dalam hati aku. Perasaan takut2 yang kaen pelikat aku akan terlondeh.

So bila ada perasaan insecurity yang tak sudah2, kerja laen pun payah nak wat kan. So aku discard kan kaen pelikat aku ngan perasaan insecurity tu skali. Tapi tak bermakna aku berbogel. Mesti la aku akan pakai seluar. Akai ada ka?

Eh, ada lagi satu sebab aku tak berminat nak pakai kaen pelikat. Ni budak2 matriks aku nyer pasal ni. Budak2 generasi aku ni, perangai sekor2 cam lahanat. Masa bergurau, tahap lahanat diorang akan meningkat tinggi tahap gaban.

Kalo korang pakai kaen pelikat, confirm kena sentap dan korang secara tak langsung menjadi bottomless. Kalo korang topless time tuh, digabung ngan bottomless, maka terhasillah scene berbogel kat situ. Jadi, trauma untuk memakai kaen kat situ. Hehehe...

Korang ada pengalaman macam kat atas?

Sunday, February 13, 2011

Buku itu, buku ini

Kamu ulat buku? Sker baca buku? Ketagih baca buku? Tak? Takpe. Aku pun sama. Dari kecik lagi kita diperkenalkan dengan buku oleh mak bapak kita.

Dari buku citer, up sket buku teks sekolah. Yang berduit sket, beli komik Sin Chan, Doraemon, Dragonball. Tak pun Keluang Man. Melangkah zaman remaja, start kenal buku2 yang lagi advance. Fizik, Kimia, Biologi dan macam2 lagi buku yang ntah aku still ingat kandungan dalam buku tu ntah tidak.




Masuk universiti lak. Up lagi sket. Thermodynamic, Materials Engineering. Fluid Mechanic. ______. ______.  (Fill in the blank ngan jawapan masing2) Macam2 lagi la. Kalo aku nak sebut, sampai Subuh korang tak abes baca lagi. Tak pun sampai Subuh aku tak abes taip lagi. Hahaha...

Tapi bagi kaum Hawa, korang kureng nak up berbanding ngan kaum Adam. Sebab kaum Adam ni, buku dia ada yang lagi "up" dari tadi. Buku porn. Eh? (Untuk lelaki: apa sengih2?)

Hehehe... Dlu masa kecik2, aku rajin baca buku. Buku citer, majalah. Memang aku minat baca. Tapi for some reason, makin meningkat dewasa ni, makin kurang minat nak baca buku. Even nak layan komik pun dah kureng.

Pernah aku beli Kreko, last2 tak baca abes pun. Majalah Ujang je kot kalo aku beli confirm baca sampai abes. Tapi jarang beli. Hehehe...

Aku ingat lagi waktu kecik2 dlu. Time tu sekolah rendah lagi. Masa sekolah rendah dlu, kan ada program buku nilam or what-ever-the-name-is. Aku pun tak bape ingat. Tapi lebih kurang macam tu la nama program tu. Ada nilam-nilam dalam nama program tersebut.




Kira sape baca paling banyak buku dan catitkan dalam buku khas yang diorang kasik, akan dapat habuan. Masa muda, mesti la teruja kan bila sebut bab2 dapat habuan2 ni. Sumer kalo bole nak sapu.

Beskal, periuk nasi, gameboy, main-stesen (baca: playstation). Owh, time tu takde playstation lagi. Dan hadiah periuk nasi adalah ridiculous untuk bagi kat budak2. My mistake...

Sebagai seorang budak yang nerd, jakun dan macam2 lagi perangai waktu budak2 dlu yang aku sure korang pun agak sama tapi tak serupa jugak ada buat, mesti la akan participate dengan bersungguh2 nyer. Baca buku tu ada. Tapi salin sinopsis kat belakang buku adalah lagi banyak berbanding yang dibaca. Ada kot dalam nisbah 20:1. Hahaha...

Eh, tu tak cukup lagi tuh. Pinjam buku member lagi. Apa yang dia tulis, kita pun tulis. Cuma edit2 sket je. Time nih aku dah memang pandai mengedit dah, tak nak bagi cikgu tahu punyer pasal. Hebat tak aku. Sampai last2 penuh 2 buku program Nilam tu.

Tapi tak menang2 gak sudah nyer. Pasal ada yang lagi hebat daripada aku. Ntah bape banyak buku ntah dia hantar. Yang pasti, confirm lebih daripada 2 kan. Kalo tak, camne dia leh menang dan bukan aku yang menang.

Dan yang pasti menjadi tanda tanya, agak2 berapa orang member yang dia tiru. 100 maybe? Ini persoalan untuk korang jawab. Aku nak lupakan sejenak perkara sedih ni. Sob2...

Pastu masuk zaman persekolahan menengah. Kalo masa sekolah rendah aku sker baca citer penyiasatan, bila masuk sekolah menengah beralih genre lak. Citer seram. Goosebump, Fear Street. Well, kebanyakan buku tulisan R. L. Stine. Sebab apa? Sebab citer dia best.




Walaupun in English, tapi layan gak baca. Dah nama pun aku sekolah kat sekolah omputih, tak kan la nak baca buku Bahasa Melayu lak. Jatuh standard aku. Hahaha (ketawa dengan riak).

Tapi ada satu buku ni aku daripada dlu nak baca. Sampai skang2 tak dapat baca. Buku ni pun macam takde je kat pasaran Malaysia skang. Nama tajuk buku tu Lone Wolf kalo tak salah aku. Buku ni cam interaktif nyer style.

Macam buku citer lawan2 ngan monster. Tapi bila sampai babak pertempuran tu, korang akan decide sendiri dengan menilik nombor2 kat belakang (kira macam dadu la), dan rujuk kat satu page ni untuk tengok result pertempuran korang. Lebih kurang macam tu la.

Sampai skang aku tak jumpa buku ni. Ada sape2 ada buku ni yang bole aku pinjam?

Tuesday, August 31, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi



"1Malaysia Menjana Transformasi" merupakan moto Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Agak2 sape yang tak tau tu, bole rendam kepala anda dalam besen air selama 10 minit. Sape yang berjaya hidup lepas tu, anda dikira sudah merdeka daripada sikap ignorance anda. Hehehe... Aku ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Aku ingat lagi masa kecik2 dlu abah aku bawak satu famili gi Stadium Perak. Gi countdown kul 12 tengah malam, nak sambut Merdeka nyer pasal. Biasa la. Masa kecik2, suasana camni kira best la kan. Ada persembahan macam2, pertunjukan bunga api lagi. Pastu ada brother2 jual kacang putih la, minuman la. Jadi seronok la kan. Keesokan hari nyer, pegi tengok perarakan pulak. Tapi bila dah besar ni, takde nyer niat nak gi tengok kat stadium ke hape. Rasa malas yang amat sangat. Lagi2 la kalo nak gi sendiri. Memang tak dapat la. Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku malas.

1. Susah nak cari parking kereta.

2. Sesak. Ramai sangat orang. Nak kena mencelah2 lak. Dibuat nyer bersentuhan ngan awek2 cun ke, tak ke Cik Eeda marah....

3. Malas nak bangun awal2 semata2 nak menempuh perkara 1 dan 2 seperti yang tertera di atas. Yela kan. Time cuti2 ni la nak bangun lambat2. Takde nyer aku rajin nak bangun awal.


Anyway, semalam aku countdown Merdeka ngan Cik Eeda dalam tpon. Actually, bukan countdown pun. Tengah dok bergayut, tiba2 terdengar bunyi orang maen bunga api dan mercun. Baru aku perasan, dah kul 12. Apa lagi, aku pekik la MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sambil Cik Eeda, dia senyap je. Mungkin dalam hati dia kata "Gilos apos balak aku ni?"

Hari Merdeka ni, aku teringat macam mana aku sambut Merdeka time kat universiti dlu. Universiti aku ni dia macam dah satu pesen je time tu. Asal nak mewajibkan kitorang gi sesuatu program yang diorang anjurkan, diorang akan mem"blackout"kan kediaman kitorang. Tak tau la kan sama ada kebetulan atau tak. Tapi aku anggap itu keje pihak universiti je la ek. Jangan marah. Hehehe...

Kejadian ni berlaku either time aku 2nd year atau 3rd year. Sebab yang aku ingat time tu duduk kat KKA Taman Aman. 1st year aku duduk Kg. Wai and Final Year aku duduk KKG Wang Ulu. Time ni kira sehari sebelum Hari Merdeka la. Kul 12 orang countdown kan. Dan2 je malam tu gak kena blackout. Last2 kitorang terpaksa la gi Stadium Kangar sambut merdeka. Dah la tengah blackout kan. So bersiap2 pakai baju apa sumer tu stakat ala kadar je la kan. Bukan nampak pun nak pakai segak2. Baju seluar pun maen suluh ngan handphone. Dah suluh, terus grab lalu pakai je. (Tapi sebelum tu memang dah pakai baju, jangan korang ingat laen lak)




Last skali, aku berharap sempena Hari Merdeka ni, rakyat2 Malaysia akan memerdekakan diri mereka dalam beberapa perkara.


1. Memerdekakan diri daripada kemalangan jalan raya mahupun kemalangan lebuh raya. Maklumlah, nak dekat raya dah kan. Kang tak pasal2 tak sempat sambut Hari Raya.

2. Untuk kanak2, memerdekakan diri anda daripada permainan mercun yang bukan2 dan yang membahayakan kesihatan fizikal tubuh anda. Meriam buluh lagi la jangan maen. Kalo nak maen gak, gi maen meriam kat Fort Cornwalis tu.

3. Untuk penunggang motorsikal lak, merdekakanlah diri anda daripada sikap menunggang di tengah2 jalan raya. Tunggang la kat tepi sket, bagi laluan kat kereta. Bukan hape, takut korang kena langgar je ngan kereta2 yang agak baran ngan sikap anda. Dan jangan lupa, kalo menunggang by group tu, tolong la jangan menunggang side by side, pastu sembang2, lupa kat belakang ada kereta. Kalo aku, nak je aku rodok motor kau.

4. Untuk pemandu kereta lak, merdekakanlah diri anda daripada skill memandu anda yang teruk tu. Hahaha... Dah la slow, tapi nak gak masuk dari simpang ke jalan utama time orang tengah bawak kereta laju2. Tak ke orang tu tak pasal2 kena emergency brake.


Anyway, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...