Sunday, May 30, 2010

Masalah radiator

Well, baru2 ini, atau lebih tepat lagi, Rabu lepas, kereta Kancil aku (well, kakak aku nyer sebenar nyer) mempunyai masalah radiator, yang menyebabkan temperature kereta aku naik mendadak. Time aku gi keje and balik keje, nampak takde masalah. Lepas aku balik dari keje, mandi2 kejap pastu nak gerak ke Rawang, tiba2 enjin kereta aku mati kat tengah jalan. Time tu kereta aku dalam gear dua. So pelik la kan mati time gear dua. Aku pun usha temperature. Jarum tu dah naek kat hot dah. Time tu aku baru je kat traffic light, takde la jauh sangat ngan rumah aku. Jadi, sempat gak la aku start kan balik enjin, terus parking kat kedai kat tepi jalan.

Time tu aku ingat nak bukak je penutup tangki radiator tu, tapi cuak lak. Kot2 air tersembur naek. Kang tak pasal2 kena muka aku yang hensem ni (hensem ke?). So, aku biarkan dalam 10 minit, baru aku check (10 min je, sebab aku bajet enjin takde la panas sangat sebab baru kuar je, bukan nyer dah bawak jauh2). Bukak punyer bukak, rupa2 nyer takde air pun. Aku check tangki air yang lagi satu, yang ada kaitan gak ngan radiator2 ni (aku tak ingat nama apa untuk tangki ni). Rupa2 nyer tangki tu pun kosong gak.

Tanpa membuang masa, aku terus amek botol kosong kat belakang kereta, aku isi air guna paip kat depan kedai makan tu (naseb baek dia bagi) lalu isi la radiator tu. Tapi sampai satu tahap tu, aku tengok ada air mengalir daripada salah satu bahagian enjin. Sah... Confirm saluran radiator aku ni bocor. Aku isi gak takat mana yang mampu, start enjin dan terus cari bengkel kereta. Naseb baek la temperature dia dah drop. Tapi memandangkan radiator dia bocor, cepat la temperature dia naek. Tapi alhamdulillah, sempat sampai kat Shell. Sebelah dia ada bengkel kereta. Aku pun bagi tau orang Shell tu, dia pun call tuan nyer bengkel.

Tunggu orang tu datang punyer la lama. Pastu dia datang lebih kurang kul 6.30 petang, check2 kejap, pastu dia blah. Kena tunggu lagi. Lebih kurang kul 7 lebih dia datang ngan motor, bagitau aku yang dia lupa bawak spanar, lalu mem"blah"kan diri dia lagi skali. Sah2 aku tau dia balik umah dlu, buat perkara 3M (makan-minum-mandi). Lebih kurang kul 8 baru da datang balik. Rupa2 nyer sambungan radiator aku tu patah. So, ganti la dengan yang baru. Pastu dia pun test2 dlu kot2 ada masalah laen. Settle...

Tapi sebenar nyer aku wat entri ni bukan nak citer pasal radiator aku ni repair ke hape. Aku nak citer kan simptom2 yang menunjukkan masalah2 ni akan berlaku. Tapi ni pada pendapat aku je la. Tak tau la btol ke tak, sebab aku bukan pomen, mahupun posmen. Baek la, aku dah nak start citer ni. Dengar elok2...

Sebelum kejadian sambungan radiator aku ni patah, aku perasan yang gear aku ni cepat sampai limit. Tak paham? Takpe, meh sini aku terangkan. Katakan la gear dua. Bila ko teran, enjin akan berbunyi/ menderam, tanda menunjukkan yang korang kena masuk gear tiga. Untuk kereta aku, slalu nyer dalam keadaan gear dua, enjin akan menderam bila halaju mencecah 30-40 km/sejam. Lepas masuk gear tiga, enjin akan menderam pada kelajuan 60 km/sejam sebelum aku masuk gear empat.

Tapi beberapa hari sebelum kejadian tersebut, enjin aku start menderam pada 20 km/sejam untuk gear dua dan 40 km/sejam untuk gear tiga. Korang perasan perbezaan nyer? Well, ni cuma pendapat aku je la, sebab aku tak tau btol ke tak. Nak tau btol ke tak, kena tanya pomen la. Tapi yang ni adalah kisah benar, yang aku citerkan pada anda sumer.

Yang penting, jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI...

Wednesday, May 26, 2010

Pendrive yang lama dijumpai

Dlu aku pernah hilang pendrive 4G, sebelum aku dapat keje kat AMREC. Time tu aku gi CC, nak print resume dan cover letter untuk mintak keje. Maklum la, umah aku takde printer yang bole digunakan. Yang ada sumer dah jahanam. Lepas aku dah abes print2 tu, aku balik la umah kan. Sampai2 je umah, baru aku perasan, pendrive aku takde dalam poket seluar. Mula la aku mencari2 satu rumah. Tak jumpa. Cari dalam kereta pun tak jumpa. Siap cari bawah seat lagi (tapi tak bape nak nampak la kan). Aku pun gi CC tu balik, tapi takde gak pendrive tu. Aku siap tanya lagi tauke CC tu, tapi takde gak dia kata. Sah, pendrive aku hilang. Mesti ada orang amek.

Pastu semalam, aku dok membersihkan seat2 kereta aku, sebab dah banyak lak sampah2 kat tempat kaki tu. Maklum la, Cik Ida bakal naek keta aku tu, jadi kena la bersih2 kan sket kan. Hehehe... Pastu, aku remove kan la karpet2 kat tempat kaki tu kan. Bole lak elok je pendrive aku yang hilang tu, kuar skali dengan karpet tu. Hahaha... Ingatkan kena curik dah. Jadi skang ni, aku ada 2 pendrive 4G.

Tuesday, May 25, 2010

Minggu yang memenatkan

Di sini, ingin aku menjelaskan bahawa minggu tersebut adalah bermula dari 17hb Mei hingga 22hb Mei (ok, tak cukup seminggu, tapi still considered as minggu tu gak la kan). Aku macam dah lama tak wat post baru. Sori2, busy sket ngan keje. Ni pun aku sempat berblogging sebab pagi ni ada ceramah pasal keselamatan di tempat keje, yang wajib untuk sumer staff SIRIM. Jadi sementara nak tunggu kul 9, sempat gak la aku blogging. Sedih gak bila tengok entry bulan ni cuma 6 je (masuk yang ni 7 la) compared ngan entry bulan lepas, 21. Jauh lak beza dia. Ni kalo wat KPI ni, rendah point aku ni. Wahahaha...

Aku sebenar nyer ada banyak gak nak citer. Tapi tu dlu la. Kot2 aku lupa dah amende yang aku nak citer. Jadi, aku ringkaskan je la ek. Nak citer banyak2 pun, lupa satu hal. Pastu masa pun tak mengizinkan aku tulis banyak2. Kalo nak tulis banyak, mau gak guna 1-2 jam. Jadi aku tulis yang simple2 je. Simple ringkas, pimples jerawat. Tau beza kan antara dua tu? Hehehe...


17-18 Mei 2010

Dua hari ni, aku ada lawatan ke R&R Tool Machining kat Ipoh, in fact kat Silibin je pun. Dekat je ngan kawasan umah aku. Cuma mula2 je aku tak tau kat mana. Kalo aku tau, bole la aku jadi pemandu arah kat diorang2 ni. Kitorang wat lawatan ni adalah untuk wat performance test kat kilang ni, di mana R&R Tool Machining ni merupakan salah satu company yang membuat collaboration dengan AMREC untuk projek aku. 

17hb tu, kitorang gerak kul 11 pagi, so sampai lebih kurang kul 2 kat Ipoh. Sampai2 je, terus gi check-in hotel kat Impiana Hotel (dlu dikenali sebagai Casuarina). Petang tu, kitorang bergerak ke kilang tersebut untuk discuss beberapa perkara dengan mereka. Tapi biasa la. Mostly kitorang diam je. Bos2 je yang cakap. Malam tu, takde benda nak wat. Jalan2 kat Jusco Ipoh, makan McD, pastu terus balik hotel lebih kurang kul 10. Memandangkan takde benda nak wat, aku ngan roomate aku, Cupin, melayan Naruto Shippuden the Movie yang ke-3. Hahaha... Sempat lak kami melayan Naruto time2 lawatan ni.


Ni pemandangan bilik hotel kami dari tingkat 8. Siap bole nampak kawasan lumba kuda lagi.


Pagi 18hb, baru la kitorang menjalankan aktiviti2 yang sebenar nyer. Performance test yang kitorang buat is just basically testing cutting tool insert yang pernah AMREC fabricate dlu. Mula2 ingat nak wat beberapa jenis cutting tool insert. Tapi memandangkan insert tu mengambil masa yang lama untuk failed, jadi tak cukup la masa untuk abeskan dalam masa sehari. Sempat buat satu jenis cutting tool insert je untuk 3 bacaan. Jadi, pada masa hadapan, mungkin akan mengadakan lawatan lagi ke R&R Tool Machining untuk testing other cutting tool insert.


19hb Mei 2010

19hb ni lak, aku terpaksa ke Perlis, untuk menjadi salah sorang yang akan diinterview oleh EAC, untuk akreditasi UniMAP. Mula2 aku ingat wat kat Kulim Hi-Tech. Rupa2 nyer kat Perlis. Memandangkan aku dah bersetuju, dan takde orang laen nak ganti dah. Nak tak nak, aku terpaksa la gi jugak. Walaupun penat, tapi terpaksa la berkorban untuk akreditasi nih. Last minute aku tpon head programme aku, mintak kebenaran untuk cuti. Naseb baek bos aku baek, dia kasi aku cuti. Aku bertolak kul 11.30 pagi, sampai Kangar lebih kurang kul 2. Aku tau ketua projek aku menjadi salah sorang panel jemputan untuk akreditasi ni. Saje je aku tak tpon dia, bagi tau aku cuti sebab nak gi interview akreditasi. Bagi surprise sket. Hehehe... Tapi tak surprise pun, sebab dia tak jadi panel untuk session aku. Mula2 cuak gak sebelum datang untuk interview tu. Ingatkan interview sorang2. Tapi rupa2 nyer by group. Kira ok la gak, memandangkan aku tak berkesempatan untuk bercakap banyak, sebab senior aku 2 orang tu lebih banyak bercakap. Maklum lah, diorang keje ngan Intel. Dasat tu. Aku sempat mencelah 2-3 kali je.

Balik dari Perlis, time tu dah waktu malam. Sebab aku sempat gak berjumpa ngan member2 lama, borak2. Ada yang aku bawak gi minum lagi. Ada satu benda yang aku nak citer, yang berlaku pada malam itu. Ia merupakan satu kebodohan yang dialami oleh pemandu yang aku nak citer kan ni. Aku tak tau la apa masalah ngan driver ni. Tangan dia gatal kot. Asyik bagi lampu tinggi je. Padahal aku tengok tak laju mana pun dia bawak. Time tu kat lane kanan highway la kan, lane memotong. Aku pun kat lane kanan. Dia bole bagi lampu tinggi kat aku (ala... macam tak biasa. hehehe...). Time tu kereta tu jaaauuuhhhh lagi. Macam biasa, aku pun bergerak la ke lane kiri lepas takde keta kat lane kiri. Tapi dia tak potong2 lagi. Aku siap masuk balik lane kanan, potong sebuah lori (time tu dia bagi lagi lampu tinggi kat aku) dan masuk balik lane kiri. Tapi dia tak potong2 aku gak. Aku siap masuk lane kanan, potong lori, masuk balik lane kiri sebanyak 3 kali. 3 kali tau. Bukan sekali. Tapi dia tak potong2 aku gak. Last2 aku tengok keta blakang dia lak bagi lampu tinggi kat dia, dan potong kereta dia. Time tu aku memang dah tergelak terbahak2 dah. Tak tahan lawak dek kebodohan dan kebangangan dia.


20-22 Mei 2010

Untuk 20-22 Mei ni, tak banyak aku bole citer. Sebab 20hb tu, memang dah rutin aku la balik Kuala Kangsar, umah aku. 21 Mei tu, ari Jumaat, aku ngan mak aku gerak ke Rawang, nak anta mak aku duduk ngan kakak aku. Lepas semayang Jumaat, aku, mak aku, kakak aku, abang ipar aku, anak buah aku (amboii... panjang la pulak) bergerak ke Port Dickson, sebab nak angkut barang2 adik aku. Sebab pengajian dia dah nak tamat kat politeknik PD tu. Jadi dia sruh kami angkut sumer barang2 dia dlu. Petang tu sempat gak singgah kat Teluk Kemang, makan petang. Lepas anta adik aku balik hostel dia, kami terus bergerak pulang ke Rawang.

Keesokan ari nyer, 22 Mei, aku pun bergerak pulang seorang diri. Singgah jap kat Kuala Kangsar, drop barang2 adik aku (separuh je la, tak leh nak angkut sumer), dan settle kan benda2 yang sepatut nyer. Petang tu aku gerak balik ke Kulim. Minggu ni, banyak gak duit aku abes untuk minyak dan tol. Hahaha... Cian Cik Ida yang nak datang 27hb ni. Sebab boyfriend dia dah tak bape nak ada pitis.


Friday, May 14, 2010

07 Ghost

07 Ghost. Hmmm... Aku payah sket nak citer pasal anime ni. Jalan citer dia still blur2 bagi aku. Tapi babak lawan2 dia agak menarik jugak walaupun cara berlawan agak pelik sket bagi aku. Kat tangan akan kuar perkataan yang berputar2 mengelilingin tangan si "caster". Pastu benda tu la yang akan hasilkan efek letupan dan segala macam efek la yang kuar. Nak tau lebih lanjut, apa kata korang donload sendiri dan tengok. Hehehe...




Alternative Title:
Душа 07 (Russian)
الأرواح السبعة (Arabic)
セブンゴースト (Japanese)

Genres: action, comedy, drama, fantasy
Themes: bishounen


"Set in a gothic fantasy world, this is the story of Teito Klein, an orphaned slave who became the top military academy student. However, an unexpected turn of events left him pursued by the forces of the Barsburg Empire. Now an escaping convict, Teito's sheltered by the church and it’s law of sanctuary. Here, he discovered many mysteries surrounding himself, the church, and the Empire itself. The fact that he might be connected to a dethroned king and the mystical stone of god, 'The Eye of Mikhael' made him the target of the empire more than ever. Fortunately the church is under the mythical 7 Ghost protection. But who are the Ghosts really. Will Teito be free from the military's clutch, And what of his said mission to uncover the history. And who is the military's Chief-of-Staff Ayanami exactly. Teito's future seems to have spiraled into an unexpectedly perilous path."





References: Anime News Network, YouTube

Wednesday, May 12, 2010

MPC menghilangkan suara

Pernah tak terjadi kat korang, media player classic (MPC) korang tiba2 je bole senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi ketika memainkan lagu atau pun video. Well, benda ni baru je jadik kat aku semalam. And yang pelik nyer, kalo file yang sama tu, kita bukak guna player yang laen, elok je. Cuma maen ngan MPC je takde suara yang kuar. At first, aku malas la nak wat apa2 kan. Lagi pun, time kena tu, dah kul 10 lebih kot. Jadi, malas sket nak fikir banyak2. Mula2 aku restart balik laptop aku. Kot2 la bole jadik elok balik kan. Tapi tak jadik pun. Jadi, kalo jadik macam masalah aku ni, korang tak yah la nak restart2 pc/ laptop, sebab takkan jadik nyer la. Melaenkan masalah korang tu tak sama macam aku. Bila aku restart2 tak jadi, aku pun terus tutup laptop aku, dengan harapan esok akan pulih seperti sediakala.


 Wahai MPC, nape la hang tiba2 bole jadi lagu ni...


Tapi ternyata harapan aku itu tidak menjadi kenyataan. MPC aku tetap tidak mengeluarkan bunyi apabila memainkan video atau pun lagu mp3. Balik je keje, terus aku memikirkan cara untuk mengembalikan bunyi pada MPC aku ni. Sebab apa aku nak sangat guna MPC nih sedangkan banyak lagi player laen yang ada kan. Sebab nyer, aku install MPC je kat dalam laptop aku ni. Hahaha... Sebab bagi aku, buat apa install banyak2 video player kan. Memberatkan laptop je. Kalo MPC bole play sumer format video, kenapa nak guna yang laen kan. Kalo nak guna window media player, tak best lak. Sebab dia lambat nak load. Kalo MPC kejap je. Click2 terus kuar.

Jadi, aku terus kan dengan misi "Save My MPC" aku. Mula2 tu aku check la setting dan configuration untuk audio ngan playback laptop aku. Kot2 la aku ada ter"mute" ke. Check2, ok. Takde yang ter"mute". Sebenar nyer semalam aku dah check, tapi aku check lagi skali. Double checking kata orang. Just nak confirm kan takde yang mute, untuk sumer application. Pastu aku check lak setting ngan configuration untuk MPC tu. Macam2 aku bukak kat option dia tu. Click sana, click sini. Tapi tetap tak menjadi. Siap bukak AC3 Filter ngan Codec Tweak Tool lagi. Tapi takde yang menjadi. Last2, aku amek keputusan untuk uninstall codec ngan MPC skali, pastu install balik. Tu pun tak menjadi.

Last2, aku cucuk broadband, terus online. Niat dihati nak online malam. Tapi MPC nyer pasal, petang tu gak aku online, nak resolve the problem nyer pasal. Cari punyer cari, last2 jumpa satu website, ada FAQ pasal media player classic. Address website tu http://www.codecguide.com/faq_mpc.htm. Tapi dalam entry ni, aku nak highligtkan yang problem aku ni je la.


Q:Sound suddenly stopped working in Media Player Classic, but still works in other players
A:First check if you did not accidentally enabled the audio mute button or have set the volume to 0.
Follow the instructions below very carefully.
  1. Open Windows Explorer and navigate to the folder where you installed the codec pack. On a 32-bit system that usually is:
    C:\Program Files\K-Lite Codec Pack\
    And on 64-bit systems it is:
    C:\Program Files (x86)\K-Lite Codec Pack\
  2. Open the folder Media Player Classic.
  3. Rename the file mpc-hc.exe to mpc-hc2.exe (untuk yang ni, nama file kat laptop aku ni adalah mplayerc.exe, tapi korang still bole rename dia ikut instruction ni)
  4. Double-click on mpc-hc2.exe and open a video through its File menu.
  5. Does the sound work now? If it works, then continue with the instructions below. If it still does not work, then your problem has some other cause.
  6. Rename the file back to mpc-hc.exe (ni kalo nama file asal mplayerc.exe, korang rename balik jadi mplayerc.exe la, jangan rename mpc-hc.exe lak)
  7. Open the Windows Registry Editor
  8. Start -> Run -> regedit.exe
  9. Navigate to this key:
    HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\LowRegistry\Audio\PolicyConfig\PropertyStore\
  10. Press Ctrl+F to open a search dialog.
  11. Search for: mpc-hc.exe (untuk yang nama file mplayerc.exe, korang search mplayerc.exe la ek)
  12. If you find a reference to mpc-hc it should look similar to this:
    {0.0.0.00000000}.{2986f787-648a-4afd-98bb-46ab1426f33f}|\Device\HarddiskVolume1\Program Files (x86)\K-Lite Codec Pack\Media Player Classic\mpc-hc.exe%b{00000000-0000-0000-0000-000000000000}
  13. Remove the subkey in which you found the reference. The subkey will have a name similar to 7bd5936a_0, but with different numbers and letters.
  14. If you do not find any references to mpc-hc.exe inside the PropertyStore key, then your problem has some other cause.
The solution above also works for other executables that have a similar sound problem on Windows Vista/7.
  

 Tapi untuk arahan 12-13  tu, korang delete je subkey tu. Sebab untuk aku, reference ngan subkey dia tak sama langsung macam dalam arahan tu. Dan sebelum aku lupa, ada lagi satu tips untuk korang. Sape2 yang guna vista, command run tu sah2 takde kat start, korang bole guna instruction yang kat bawah ni.


Be default, Windows Vista does not have RUN function in START menu. You can access RUN in two ways:
  • Press “Windows” and “R” keys simultaneously.

run
  • Customize the START menu, taking these steps:

  1. Right-click on the TASKBAR.
  2. Select “PROPERTIES
  3. Check “Run command“.
  4. Click OK.
And you’re done!














































Tuesday, May 11, 2010

Menjejak kaki di kampus kejuruteraan USM

Hari ni bermula dengan semangat kerja yang agak berkobar2. Masuk keje je, terus wat keje lab. Laptop tak bukak. Sampai2 je kat meja ofis aku, terus aku letak beg, capai lab coat dan bergegas ke lab. Konon2 rajin la kan. Hahaha... Tapi rajin takat 9.30 pagi je la. Pastu aku stop. Sebab aku tau kul 10 nanti ada talk yang akan disampaikan oleh bahagian Human Resources (HR) dari Shah Alam. HR Roadshow nama nyer. Nama program macam nama program jelajah dunia lak. Tak jelajah dunia, mungkin jelajah seluruh Malaysia.

Tapi mula2 tu, macam takde orang je yang nak gi. Terus aku lepak kat ofis, bukak laptop, update buku catatan harian aku. Tengah aku check2 emel, member aku lak call, ajak turun auditorium, dengar talk tersebut. Dah orang ajak, aku join da club je la. Alhamdulillah, siap ada bagi makan2 lagi sebelum program tu. Kenyang gak la perut time tu, walaupun aku makan 2 bijik kuih je. Nak kenyang sangat, tunggu makan tengah ari la.

Nak dicepatkan citer, lepas abes talk tu (tak nak citer talk tu cakap pasal apa, sebab aku bukan nak citer pasal talk tu kan), kitorang pun nak kuar la makan tengah ari. Tiba2 member aku bole ajak aku gi USM. Nak beli buku macam buku yang aku ada pinjamkan kat dia. So, dia ajak aku ikut sekali. Dia dah isi borang kuar, bos pun dah sign, siap add nama aku sekali dalam senarai (kami ni bertiga yang nak ke USM nih). Aku pun ok je, memandangkan aku tak pernah pegi USM Nibong Tebal. Dan aku juga nak tau jalan ke sana, sebab Cik Ida nak datang tak lama lagi, dan hajat nyer nak melawat USM, tempat dia belajar dlu. So, aku amek la kesempatan tu untuk mengenali jalan2 nak ke sana.

Jalan nyer mudah je. Takde la serumit yang aku sangkakan. Takde belok sana, belok sini. Ikut jalan Kulim-Bandar Baru. Lebih kurang 40 min kami sampai. Tu naek Viva. Kalo naek kancil aku, mungkin 50-60 min gak kot (tapi kalo takde lori, lagi cepat bole sampai). USM Nibong Tebal ni takde la besar sangat macam yang aku sangkakan. Mungkin sebab cuma melibatkan kampus kejuruteraan je. Tapi tak sure la kecik ke besar kan. Sebab kitorang bukan pusing keliling kampus tuh. Kat belah depan je. Kan nak gi koperasi USM je. Hehehe... Takpe2. Nanti Cik Ida bawak saya ronda2 ek. Mana la tau, kot2 USM Nibong Tebal tu lebih besar dari sangkaan saya. Hik3...

Time kitorang sampai, tak banyak orang pun kat sana. Mungkin exam dah abes dan pelajar pun ramai yang balik. Naseb baek koperasi bukak. Kalo tak, sia2 perjalanan kami ke situ. Tapi last2, tak jumpa pun buku yang kami cari2. Tapi sebagai pengubat pilu, member aku beli gak satu buku ni, yang aku consider berbaloi gak dia beli. Sebab apa yang dia nak study tu, ada gak dalam buku tu. Pastu, kitorang pun balik. Nak dekat kul 4 baru sampai tempat keje aku.


EXTRA:

Ni sebagai tambahan entri, yang takde kena mengena ngan entri ni. Saje je nak selit kat entri ni sebab malas nak wat post yang baru. Ni pasal kekalahan Malaysia kepada Jepun dalam Piala Thomas. Apa nak jadi ngan player2 Malaysia ni. Kalah 2-3. Apa la diorang ni. Harap kan Lee Chong Wei ngan beregu pertama Malaysia je (Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat). Yang laen sumer tak leh pakai. Ngan Jepun pun bole kalah. Macam mana nak menang ngan China dan Indonesia. Kalo camtu la maen, tak usah harap la nak bawak Piala Thomas balik ke Malaysia. Kalo maen macam tu, lawan ngan Denmark pun belum tentu bole menang. Apa pun, improve performance kalo betul2 berhasrat nak jadi juara.

Monday, May 10, 2010

Antara dua...

Sebagai penjelasan, tajuk post ni bukan la tajuk lagu nyanyian Farah AF. Apatah lagi isi post ini juga tidak ada kena mengena dengan lirik lagu tersebut mahu pun yang seangkatan dengan nyer. Sebenar nyer aku tengah konfius antara menyimpan di ASB atau menyimpan di Tabung Haji, mana satu yang lebih menguntungkan dari segi pemberian dividen. Dalam term yang lebih mudah, simpanan kita akan jadi lebih banyak la ngan pemberian dividen tersebut. Aku memang ada akaun ASB dan Tabung Haji. Tapi aku ingat nak fokus kan simpanan aku kat satu je. Tapi, bukan bermaksud aku tak simpan untuk akaun yang lagi satu. Dua2 aku guna, dua2 aku simpan. Cuma tak sama jumlah simpanan.

Mula2, memang la ingat ASB nyer dividen tu lagi tinggi dari Tabung Haji. Tapi baru2 ni abg ipar aku cakap simpan kat Tabung Haji pun not bad gak. Sebab dividen dia lebih kurang sama ngan ASB. Jadi, aku pun check2 la kat internet ari ni. ASB bagi dividen sebanyak 7.23% untuk tahun 2009 manakala Tabung Haji beri dividen sebanyak 5%, ditambah dengan bonus 2%. Jadi, Tabung Haji nyer total dividen pun lebih kurang 7% gak la. Jadi, macam mana ek? Agak2 anda, mana satu yang lebih menjadi pilihan hati? Sila beri komen anda...

Hhhmmmm...

To be honest, aku tak tau nak start tulis apa untuk blog ni. Tapi nak gak update blog, sebab dah lama tak bukak blog lepas banyak perkara yang berlaku. Sebelum ni, ada gak benda2 yang aku nak post kan kat blog aku ni, tapi wat masa skang ni, aku takde mood untuk buat entry yang serius2, yang berat2. Cukup lah stakat entry ringan2, seperti entry ni (entry ni ringan sangat2). Hehehe... Anyway, aku tetap akan post apa yang aku nak post kan tu. Cuma aku dah lupa apa yang aku nak post. Hehehe...

Saturday, May 1, 2010

Belanjawan

Sebelum aku start ngan entry aku, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada pekerja2 di luar sana, termasuk la Cik Ida dan diri aku sendiri. Nampak nyer tahun ni tahun pertama aku sambut hari pekerja. Harap2 lepas ni kerjaya aku akan berkembang dan rezeki aku bertambah. Dapat la aku kawen cepat. Hehehe...

Okay2, lets get back to our topic. Ari ni aku nak cakap pasal belanjawan. Kenapa tiba2 aku nak cakap pasal belanjawan sedangkan sebelum ni tidak? Eh, sker ati aku la kan. Hahaha... Memandangkan ari ni dah masuk bulan baru, so belanjawan yang baru pun haruslah dibukak kan. Ntah macam mana aku bole tergerak ati nak cakap pasal topik ni pun, aku tak tau. Mungkin sebab takde topik laen nak cakap kot. Tu yang maen belasah je. Topik apa2 pun jadi la...

Korang tau tak apa itu belanjawan? Tak tau? Kalo tak tau, gi cari kamus. Aku malas nak citer. Hahaha... Belanjawan yang aku nak citerkan ni adalah macam mana kita nak uruskan kita nyer duit, money in and money out. Untuk apa? Mesti la untuk mengawal perbelanjaan kita kan. At least kita dapat tau bape banyak yang kita dah spend dan bape banyak yang bole kita saving. Ni sumer untuk perancangan masa depan gak.

Aku ingat lagi masa aku mula2 masuk matriks. Ni dlu tak pernah ada belanjawan2 ni. Maen guna je duit pinjaman yang ada. Bila nak ujung2 semester, baru la terhegeh2 mintak mak abah duit untuk belanja. Sama gak la time aku masuk universiti. 1st year. Maen spend je duit PTPTN. Benda pertama yang aku beli, yang menggunakan amount yang banyak adalah membeli handphone baru. Walaupun handphone second hand je, tapi harga still bole tahan. RM200 lebih. Kurang sket je dari harga handphone first hand yang aku guna skang ni. Pastu, bila kita dah spend2, tanpa memikirkan masa depan, macam biasa, poket pun mula menjadi kering bila time nak hujung2 sem. Maksud nyer, pokaiii...

Hhhmmm... Aku pun tak bape ingat bila aku mula wat belanjawan ni. Yang aku ingat, masa aku 3rd year, memang aku dah wat la belanjawan2 ni. Especially time aku praktikal. Memang ada la belanjawan tu, sebab time praktikal tu, aku merancang nak beli laptop baru. Laptop dell aku yang skang ni la, hasil dari titik peluh time aku praktikal dlu.

Jadi, kesimpulan nyer, untuk mengawal perbelanjaan kita untuk membantu perancangan perbelanjaan masa depan, kita haruslah membuat belanjawan kita sendiri. Tak kira la korang nak amek kat internet ke, nak wat sendiri ke. Kalo macam aku, aku wat belanjawan sendiri je. Senang sket. Kalo ikut yang kat internet, macam2 lak nak kena wat. Complicated lak tu diorang nyer contoh belanjawan. Jadi, aku prefer wat sendiri, based on apa yang aku belanja.

Senang je nak wat belanjawan ni. Mula2, korang list kan perbelanjaan tetap yang korang confirm akan guna tiap2 bulan. Contoh: bil, sewa umah, topup dan sebagai nyer. Untuk perbelanjaan laen, korang bole just senaraikan anda laen2 perbelanjaan. Kalo macam aku, perbelanjaan yang aku guna untuk diri aku, seperti beli baju ke, beli kasut ke, aku akan list kan sebagai "personal expenses". Tapi terpulang la kan pada individu masing2. Tapi jangan lupa, bahagian saving pun kena ada. Untuk yang dah bekerja, ini adalah satu keperluan dan wajib ada. Tapi, untuk student, kalo takde pun takpe. Tapi kalo ada, lagi bagus kan. Untuk bahagian saving ni, terpulang kepada diri masing2. Contoh, aku cuma akan isi bahagian saving based on jumlah balanced yang ada untuk bulan tersebut. Balanced tu yang akan aku gunakan untuk saving. Macam Cik Ida, dia lebih selesa untuk save n spend. Maksud nyer, simpan dlu, baki nyer barulah dibelanjakan.


Jika kita tidak bijak menguruskan kewangan, duit kita akan mudah lesap dan poket akan kering
sebelum tiba hari gaji.

Sebalik nyer, jika kita bijak berbelanja, kita juga yang akan untung pada masa depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...