Saturday, May 1, 2010

Belanjawan

Sebelum aku start ngan entry aku, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada pekerja2 di luar sana, termasuk la Cik Ida dan diri aku sendiri. Nampak nyer tahun ni tahun pertama aku sambut hari pekerja. Harap2 lepas ni kerjaya aku akan berkembang dan rezeki aku bertambah. Dapat la aku kawen cepat. Hehehe...

Okay2, lets get back to our topic. Ari ni aku nak cakap pasal belanjawan. Kenapa tiba2 aku nak cakap pasal belanjawan sedangkan sebelum ni tidak? Eh, sker ati aku la kan. Hahaha... Memandangkan ari ni dah masuk bulan baru, so belanjawan yang baru pun haruslah dibukak kan. Ntah macam mana aku bole tergerak ati nak cakap pasal topik ni pun, aku tak tau. Mungkin sebab takde topik laen nak cakap kot. Tu yang maen belasah je. Topik apa2 pun jadi la...

Korang tau tak apa itu belanjawan? Tak tau? Kalo tak tau, gi cari kamus. Aku malas nak citer. Hahaha... Belanjawan yang aku nak citerkan ni adalah macam mana kita nak uruskan kita nyer duit, money in and money out. Untuk apa? Mesti la untuk mengawal perbelanjaan kita kan. At least kita dapat tau bape banyak yang kita dah spend dan bape banyak yang bole kita saving. Ni sumer untuk perancangan masa depan gak.

Aku ingat lagi masa aku mula2 masuk matriks. Ni dlu tak pernah ada belanjawan2 ni. Maen guna je duit pinjaman yang ada. Bila nak ujung2 semester, baru la terhegeh2 mintak mak abah duit untuk belanja. Sama gak la time aku masuk universiti. 1st year. Maen spend je duit PTPTN. Benda pertama yang aku beli, yang menggunakan amount yang banyak adalah membeli handphone baru. Walaupun handphone second hand je, tapi harga still bole tahan. RM200 lebih. Kurang sket je dari harga handphone first hand yang aku guna skang ni. Pastu, bila kita dah spend2, tanpa memikirkan masa depan, macam biasa, poket pun mula menjadi kering bila time nak hujung2 sem. Maksud nyer, pokaiii...

Hhhmmm... Aku pun tak bape ingat bila aku mula wat belanjawan ni. Yang aku ingat, masa aku 3rd year, memang aku dah wat la belanjawan2 ni. Especially time aku praktikal. Memang ada la belanjawan tu, sebab time praktikal tu, aku merancang nak beli laptop baru. Laptop dell aku yang skang ni la, hasil dari titik peluh time aku praktikal dlu.

Jadi, kesimpulan nyer, untuk mengawal perbelanjaan kita untuk membantu perancangan perbelanjaan masa depan, kita haruslah membuat belanjawan kita sendiri. Tak kira la korang nak amek kat internet ke, nak wat sendiri ke. Kalo macam aku, aku wat belanjawan sendiri je. Senang sket. Kalo ikut yang kat internet, macam2 lak nak kena wat. Complicated lak tu diorang nyer contoh belanjawan. Jadi, aku prefer wat sendiri, based on apa yang aku belanja.

Senang je nak wat belanjawan ni. Mula2, korang list kan perbelanjaan tetap yang korang confirm akan guna tiap2 bulan. Contoh: bil, sewa umah, topup dan sebagai nyer. Untuk perbelanjaan laen, korang bole just senaraikan anda laen2 perbelanjaan. Kalo macam aku, perbelanjaan yang aku guna untuk diri aku, seperti beli baju ke, beli kasut ke, aku akan list kan sebagai "personal expenses". Tapi terpulang la kan pada individu masing2. Tapi jangan lupa, bahagian saving pun kena ada. Untuk yang dah bekerja, ini adalah satu keperluan dan wajib ada. Tapi, untuk student, kalo takde pun takpe. Tapi kalo ada, lagi bagus kan. Untuk bahagian saving ni, terpulang kepada diri masing2. Contoh, aku cuma akan isi bahagian saving based on jumlah balanced yang ada untuk bulan tersebut. Balanced tu yang akan aku gunakan untuk saving. Macam Cik Ida, dia lebih selesa untuk save n spend. Maksud nyer, simpan dlu, baki nyer barulah dibelanjakan.


Jika kita tidak bijak menguruskan kewangan, duit kita akan mudah lesap dan poket akan kering
sebelum tiba hari gaji.

Sebalik nyer, jika kita bijak berbelanja, kita juga yang akan untung pada masa depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...