Aku sebenar nyer ada banyak gak nak citer. Tapi tu dlu la. Kot2 aku lupa dah amende yang aku nak citer. Jadi, aku ringkaskan je la ek. Nak citer banyak2 pun, lupa satu hal. Pastu masa pun tak mengizinkan aku tulis banyak2. Kalo nak tulis banyak, mau gak guna 1-2 jam. Jadi aku tulis yang simple2 je. Simple ringkas, pimples jerawat. Tau beza kan antara dua tu? Hehehe...
17-18 Mei 2010
Dua hari ni, aku ada lawatan ke R&R Tool Machining kat Ipoh, in fact kat Silibin je pun. Dekat je ngan kawasan umah aku. Cuma mula2 je aku tak tau kat mana. Kalo aku tau, bole la aku jadi pemandu arah kat diorang2 ni. Kitorang wat lawatan ni adalah untuk wat performance test kat kilang ni, di mana R&R Tool Machining ni merupakan salah satu company yang membuat collaboration dengan AMREC untuk projek aku.
17hb tu, kitorang gerak kul 11 pagi, so sampai lebih kurang kul 2 kat Ipoh. Sampai2 je, terus gi check-in hotel kat Impiana Hotel (dlu dikenali sebagai Casuarina). Petang tu, kitorang bergerak ke kilang tersebut untuk discuss beberapa perkara dengan mereka. Tapi biasa la. Mostly kitorang diam je. Bos2 je yang cakap. Malam tu, takde benda nak wat. Jalan2 kat Jusco Ipoh, makan McD, pastu terus balik hotel lebih kurang kul 10. Memandangkan takde benda nak wat, aku ngan roomate aku, Cupin, melayan Naruto Shippuden the Movie yang ke-3. Hahaha... Sempat lak kami melayan Naruto time2 lawatan ni.
Ni pemandangan bilik hotel kami dari tingkat 8. Siap bole nampak kawasan lumba kuda lagi.
Pagi 18hb, baru la kitorang menjalankan aktiviti2 yang sebenar nyer. Performance test yang kitorang buat is just basically testing cutting tool insert yang pernah AMREC fabricate dlu. Mula2 ingat nak wat beberapa jenis cutting tool insert. Tapi memandangkan insert tu mengambil masa yang lama untuk failed, jadi tak cukup la masa untuk abeskan dalam masa sehari. Sempat buat satu jenis cutting tool insert je untuk 3 bacaan. Jadi, pada masa hadapan, mungkin akan mengadakan lawatan lagi ke R&R Tool Machining untuk testing other cutting tool insert.
19hb Mei 2010
19hb ni lak, aku terpaksa ke Perlis, untuk menjadi salah sorang yang akan diinterview oleh EAC, untuk akreditasi UniMAP. Mula2 aku ingat wat kat Kulim Hi-Tech. Rupa2 nyer kat Perlis. Memandangkan aku dah bersetuju, dan takde orang laen nak ganti dah. Nak tak nak, aku terpaksa la gi jugak. Walaupun penat, tapi terpaksa la berkorban untuk akreditasi nih. Last minute aku tpon head programme aku, mintak kebenaran untuk cuti. Naseb baek bos aku baek, dia kasi aku cuti. Aku bertolak kul 11.30 pagi, sampai Kangar lebih kurang kul 2. Aku tau ketua projek aku menjadi salah sorang panel jemputan untuk akreditasi ni. Saje je aku tak tpon dia, bagi tau aku cuti sebab nak gi interview akreditasi. Bagi surprise sket. Hehehe... Tapi tak surprise pun, sebab dia tak jadi panel untuk session aku. Mula2 cuak gak sebelum datang untuk interview tu. Ingatkan interview sorang2. Tapi rupa2 nyer by group. Kira ok la gak, memandangkan aku tak berkesempatan untuk bercakap banyak, sebab senior aku 2 orang tu lebih banyak bercakap. Maklum lah, diorang keje ngan Intel. Dasat tu. Aku sempat mencelah 2-3 kali je.
Balik dari Perlis, time tu dah waktu malam. Sebab aku sempat gak berjumpa ngan member2 lama, borak2. Ada yang aku bawak gi minum lagi. Ada satu benda yang aku nak citer, yang berlaku pada malam itu. Ia merupakan satu kebodohan yang dialami oleh pemandu yang aku nak citer kan ni. Aku tak tau la apa masalah ngan driver ni. Tangan dia gatal kot. Asyik bagi lampu tinggi je. Padahal aku tengok tak laju mana pun dia bawak. Time tu kat lane kanan highway la kan, lane memotong. Aku pun kat lane kanan. Dia bole bagi lampu tinggi kat aku (ala... macam tak biasa. hehehe...). Time tu kereta tu jaaauuuhhhh lagi. Macam biasa, aku pun bergerak la ke lane kiri lepas takde keta kat lane kiri. Tapi dia tak potong2 lagi. Aku siap masuk balik lane kanan, potong sebuah lori (time tu dia bagi lagi lampu tinggi kat aku) dan masuk balik lane kiri. Tapi dia tak potong2 aku gak. Aku siap masuk lane kanan, potong lori, masuk balik lane kiri sebanyak 3 kali. 3 kali tau. Bukan sekali. Tapi dia tak potong2 aku gak. Last2 aku tengok keta blakang dia lak bagi lampu tinggi kat dia, dan potong kereta dia. Time tu aku memang dah tergelak terbahak2 dah. Tak tahan lawak dek kebodohan dan kebangangan dia.
20-22 Mei 2010
Untuk 20-22 Mei ni, tak banyak aku bole citer. Sebab 20hb tu, memang dah rutin aku la balik Kuala Kangsar, umah aku. 21 Mei tu, ari Jumaat, aku ngan mak aku gerak ke Rawang, nak anta mak aku duduk ngan kakak aku. Lepas semayang Jumaat, aku, mak aku, kakak aku, abang ipar aku, anak buah aku (amboii... panjang la pulak) bergerak ke Port Dickson, sebab nak angkut barang2 adik aku. Sebab pengajian dia dah nak tamat kat politeknik PD tu. Jadi dia sruh kami angkut sumer barang2 dia dlu. Petang tu sempat gak singgah kat Teluk Kemang, makan petang. Lepas anta adik aku balik hostel dia, kami terus bergerak pulang ke Rawang.
Keesokan ari nyer, 22 Mei, aku pun bergerak pulang seorang diri. Singgah jap kat Kuala Kangsar, drop barang2 adik aku (separuh je la, tak leh nak angkut sumer), dan settle kan benda2 yang sepatut nyer. Petang tu aku gerak balik ke Kulim. Minggu ni, banyak gak duit aku abes untuk minyak dan tol. Hahaha... Cian Cik Ida yang nak datang 27hb ni. Sebab boyfriend dia dah tak bape nak ada pitis.
1 comment:
hohhh...ur life sounds so complicated lak..muahahah
Post a Comment