Hari ni dan semalam adalah hari2 yang agak bz untuk aku. Semalam bz ngan keje, ari ni bz ngan benda yang takde kaitan ngan keje, tapi wat kat tempat keje. Haaaa... Dan dua2 ari ni adalah hari yang memenatkan. Rasa nak minum air je lepas wat keje tu. Naseb baek aku dapat melenakan diri kat meja aku time rehat. Hak3... Bos jangan marah ek...
Semalam, aku tolong bos aku ukur brake pad kancil. Brake pad ni adalah produk yang AMREC sedang dalam proses commercialize kan. In fact, brake pad yang kitorang ukur semalam ni telah pun dipasang pada beberapa keta kancil tahun lepas. So, lepas setahun, kitorang bukak balik untuk ukur ketebalan brake pad tersebut. Bole la tahu takat mana dah haus. Ni kira nyer on-road testing la. Jadi kalo ada sape2 yang nak keta kancil diorang dipasangkan ngan brake pad AMREC ni, bole la datang Kulim ni ek. Bos aku cakap free je brake pad ni. Korang bayar kos pasang je kat pomen tu.
Bila aku citer, tak rasa macam memenatkan je kan keje aku ni. Sebab just ukur je. Mungkin sebab aku terpaksa bergerak banyak kot during persiapan, testing dan sumer tu la. Tu yang penat kot. Tapi lepas testing tu, memang rasa penat woo... Kering bibir aku dibuat nyer. Tapi letih2, sempat gak aku join member aku gi kedai komputer. Dan sempat2 lak aku membeli kipas laptop ngan harga murah. RM10 je. Ada 3 kipas. Berbaloi kan. At least murah la compared ngan yang aku beli dlu. RM30++ ngan hanya 2 kipas. RM10 ni kalo kat PC Fair senang la dapat. Tapi memandangkan beg laptop aku tak muat nak bubuh benda ni skali, jadi aku letak kat ofis je la. Tak dapek eden nak usung ke sana ke mari.
Kipas laptop aku yang baru.
As for today, ari ni ada gotong-royong beramai2 kat tempat keje aku. Gotong-royong memasak bubur lambuk. Tapi mula2 tu aku tak terlibat la. Sebab budak pompuan yang wat keje. Bab potong2 sayur dan prepare ingredient2. Oleh itu, aku tolong sorting baju2 yang nak disedekahkan ke umah anak2 yatim. Yela, kena la asing2 kan baju kan. Baru la nampak organize. Pastu mana2 baju yang dah tak elok, kitorang kena la reject.
Bila yang tu dah siap, baru la aku terlibat ngan bubur lambuk lak. Time tu diorang dah nak siap dah kacau2. Aku tolong bahagian production line je la. Bungkus2 bubur lambuk. Hehehe... Tapi aktiviti2 ni sumer tak bergambar la. Sebab takde member2 yang tangkap gambar. Gambar official ada la. Tapi takkan nak mintak lak kan. Tapi kalo ada dapat nanti, aku letak.
Bubur lambuk. Alahai... Tak nampak la pulak....
Tak nampak ngan jelas lak gambar yang aku amek ni. Takpe2. Gambar tak penting. Yang penting, rasa nyer sedap. Hehehe... Daging ada, udang ada. Sodappp....
No comments:
Post a Comment