Saturday, September 27, 2014

Konfius dan Ayat Tak Lengkap

Konfius. Ayat tak lengkap. Apa kaitan nyer?

In before... Lama giler aku tak update blog. Hahaha...

Ehemm... Aku percaya ada sesetengah daripada kita yang selalu bila time bercakap, ayat mesti tak habis. Tergantung. Mengharapkan kawan kita faham terus. Well, kadang2 diorang faham je. Cuma mungkin la kadang2 tu diorang lambat tangkap kan.


Situasi
Perbincangan tentang pendaftaran mana2 event (malas nak fikir event apa)


Staff A: Ko dah bagi ke?

Staff B: ?????????


confuse, konfius



Kan senang staff B nak jawab kalo staff A tanya "ko dah bagi nama ke belum?"


Tapi... Admit it. Korang malas. Aku malas. Kita memang pemalas. Dan kita memang suka bagi orang konfius. Hahaha... Dan sometimes memang best kalo dapat troll orang yang cakap tak lengkap nih.


Situasi
Lebih kurang sama macam situasi di atas. List nama untuk sesuatu training di office aku.


Member: Nama ko ada?

Aku: Ada. Nama aku Aswadz.

Member: $@%&#&T%%$@$@#@


Saturday, September 13, 2014

The Heirs

Actually daripada bulan lepas lagi aku nak buat review pasal k-drama ni. Bukan drama baru pun. Tapi takde la lama jugak. Hehehe... Baru je lepas tengok bulan lepas. Tapi sebab kemalasan melanda, ditambah pulak dengan ingatan yang kejap ingat kejap lupa, terus tak buat sampai sekarang. Hari ni baru ada kerajinan untuk menaip review.




The Heirs ni lebih merupakan kepada kisah cinta antara Kim Tan (lakonan Lee Min Ho) dan Cha Eun-Sang (Park Shin-Hye) yang berbeza darjat. Kim Tan datang daripada keluarga yang kaya manakala Cha Eun-Sang pula hanya merupakan anak kepada orang gaji. Dan kebetulan, emak Eun-Sang bekerja dengan keluarga Kim Tan.

Drama ni juga turut memaparkan beberapa konflik yang berlaku di sekeliling Kim Tan. Konflik Kim Tan dengan abang nyer. Konflik Kim Tan dengan rakan2 nyer, lebih2 lagi bekas kawan baik nyer, Choi Young-Do (Kim Woo-Bin). Yang penting, semua konflik ini berlaku kerana Kim Tan dan rakan2 nyer yang lain merupakan waris kepada perniagaan keluarga masing2. Nak tahu jalan citer dia macam mana, kena la tengok sendiri.




Secara general, drama ni boleh tahan best. Up sket from average. Permulaan dia agak bosan sket, so momentum aku untuk tengok tu agak terbantut sket. Tapi bila dah sampai tengah2 sket, baru rasa macam best sket nak tengok. Bila dah start rasa best tuh, baru la syok melayan citer nih.




Friday, September 12, 2014

Tukutho

tukutho, tukul thor


Sebenar nyer perbualan di atas ni berlaku time aku ngan member2 aku dok tengah sembang2. Pastu terbuka pulak topik pasal X-Men. Pasal movie diorang yang baru keluar tahun nih. Kemudian sembang pulak pasal Magneto dan The Avengers, kalau Magneto lawan The Avengers, sape yang menang. Pastu ada sorang member aku ni tanya soalan.


"Senjata apa yang paling power di Asgard?"

"Tukutho!!!"


Okay. Sekarang ni mesti ada timbul 2 persoalan kat minda korang. Sama ada yang sorang kurang pendengaran atau yang sorang lagi ni pelat atau cakap bersepah. Oh ye. Bila sebut pasal bersepah, aku takde kena mengena langsung. Cuma aku saksi perbualan tersebut. And yes, memang aku gelak kaw2 lepas tuh.


Monday, September 8, 2014

Lucy

Bukan nama pelakon. Bukan nama model. Lucy yang aku nak ceritakan ni movie. Ye, movie. Mesti ramai antara korang yang dah tengok pun kan. Macam la aku tak tau. Korang tengok sebab Scarlett anak Johan tu kan... Yela, Scarlett Johansson (baca: Johan's son).


lucy, review, lucy 2014


Aku pun dah tengok 2 minggu lepas (jangan tanya kenapa ari ni baru nak baru publish, soalan cliche tuh). Memang best. Citer movie action yang disaratkan dengan scientific kind of a story. Which make it more interesting. Kadang2 memang terfikir gak apa akan jadi kalau manusia ni menggunakan 100% otak kita. Will it make the world a better place or not. Dapat superpower gak ke macam si Lucy ni?

Kalau korang nak tahu, Lucy lakonan Scarlett ni berubah daripada manusia biasa kepada manusia yang luar biasa bila dia menjadi keldai dadah dan dadah sintetik CPH4 yang di simpan dalam perut nyer bocor lalu memasuki sistem tubuh. Secara tak langsung, CPH4 di berasimilasi (dasat ayat ni, 1st time guna dalam blog) dengan sistem tubuh Lucy, lalu unlock keupayaan otak dia. Nak tahu lebih lanjut, watch this trailer. Kalo tak cukup, pergi tengok movie dia.






Tuesday, September 2, 2014

Busy dengan Dunia Nyata

Or something like that. Hahaha...

Busy dengan dunia nyata, so dunia maya aku have to let go for a while. Tapi tak let go sangat pun sebenar nyer. Sebab aku still sometimes baca blog. Cuma belum berkesempatan nak update blog lagi. Last aku update adalah 2 minggu yang lepas.

Bukan apa pun. Busy dengan urusan keje sejak kebelakangan ni. Kena outstation yang jenis balik hari. Pagi keluar malam baru balik. Tak sempat bukak laptop pun. Bila time sempat bukak laptop, sempat blogwalking dan blogjogging je. Nak menaip tak sempat. Dan bila sempat, otak dan badan pulak dah letih. Tak larat. Lalu tido...

Selaen daripada keje hakiki aku, aku kena settle gak beberapa task berkaitan dengan Rexylla. Termasuk la buat design template iklan untuk blouse ngan shawl terbaru. Korang boleh check kat page Rexylla untuk update yang terkini. Dan tak lupa juga nak promote Merdeka Sale 2014 bermula 25 Ogos hingga 16 September 2014.


rexylla, merdeka sale 2014


Minggu lepas lak aku baru je KL untuk amek stok perfume miniature. Yang ni tak sempat nak up kat page lagi. So korang ler yang tahu dlu. Hehehe... Perfume miniature original ada, grade 5A pun ada. Nanti aku update kat page Rexylla. Do wait for it.

Sembang panjang lebar, macam dah lama tak bukak blog. So cut it short, apa hala tuju blog ni? Blog ni tetap akan berupdate macam biasa. Cuma 2-3 bulan ni mungkin slow la. Kalau yang macam biasa pun dah agak slow, so korang boleh expect "slow" aku tu macam mana. Eh, tapi korang jangan tak baca lak bila aku update ye. Hehehe... Takpe2. Untuk korang, aku akan cuba increase kan "speed" rate berblogging aku.

So, till the next entry.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...