Saturday, September 22, 2018

Laju Tak Ke Mana Pun



Bila korang terserempak dengan kereta yang bawak laju giler.
Pastu potong kereta korang bagai nak rak.
Pastu korang jumpa balik dekat traffic light.
Kereta korang sebelah2 pulak tu.
Pernah tak korang terfikir nak angkat tangan sambil tersenyum dekat dia?


p/s: siapa pernah buat, angkat tangan. *angkat tangan


Thursday, August 30, 2018

Teh Tarik Ais

Since Nina dan Pha Is kata aku muncul just untuk ucap selamat hari raya, kali ni aku usahakan juga untuk post satu entri yang takde kena mengena dengan ucapan apa-apa. Tapi esok mungkin ucapan merdeka. Hahaha...

----------
 
Sampai kedai mamak, aku order teh tarik gelas.
Dia dengar teh ais (aku rasa la), pastu laju je dia blah.
Aku was2.
Aku seru dari jauh sambil buat gaya teh kena tarik.
Sampai2 teh tarik ais.

Nasib baik sedap.




Saturday, July 7, 2018

Wrap Up Raya 2018

Aku rasa macam dah lama tak letak gambar family kat dalam blog ni.
Dan aku pun bukan jenis suka bergambar sangat.
Tapi since baru lepas sambut Hari Raya kan.
So why not la up gambar sket kat sini kan.


hari raya, hari raya aidilftri
[My family]


hari raya, hari raya aidilftri
[The bigger family]


Tahun ni Raya belah family aku dulu di Kuala Kangsar. Raya ketiga baru balik belah Kelantan pulak. Hari pertama just melawat saudara-mara dekat2 je. Raya kedua baru pergi melawat saudara-mara area Ipoh lak. Bila dah penat melawat, masing2 dahaga nak minum air (walhal masing2 melantak banyak dah), so singgah la AEON Klebang Ipoh. Ni boleh dikatakan merangkap makan malam terus.


hari raya, hari raya aidilftri, aeon klebang
[2nd Syawal melepak kat AEON Klebang pulak]
 
 
Raya ketiga, lepas Subuh terus gerak balik Kelantan. Kalau gerak lambat2 nanti, ntah pukul berapa sampai nanti. Tapi alhamdulillah, rezeki hari tu. Jalan tak jem sangat. Raya keempat pulak terus gerak ke Marang Terengganu. Family day konon2 nyer.


hari raya, hari raya aidilftri, marang, terengganu
[Family Day di Marang, Terengganu]


hari raya, hari raya aidilftri, marang, terengganu


Tak banyak tempat pun kitorang pergi jalan2 kat Terengganu tu. Banyak masa habis kat mandi pantai, barbeque. Hari Raya kelima  tu sempat la pergi Pasar Payang dan Masjid Kristal. Pastu balik semula ke Kelantan. The rest, melepak kat rumah (ada la jalan sket2) sebelum balik Kulim.

Yang best nyer, Raya kali ni boleh layan World Cup jugak. Hahaha...


Saturday, June 30, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Edisi 2018)

selamat hari raya aidilfitri, hari raya, hari raya aidilfitri, eid mubarak


Hari ni baru rajin berkesempatan update blog.
So aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Asal nyer sebelum raya lagi nak update blog untuk ucap selamat hari raya.
Tapi family aku planning untuk melakukan gotong-royong besar-besaran sebelum raya.
Kemas rumah, cat pagar dan dinding pagar.
So belah siang memang tak sempat nak online pun.
Malam pulak rehat sambil tengok TV.


kad raya


Thanks Nina, untuk kad raya ni.
Lepas balik daripada cuti raya baru dapat kad ni.
Nasib baik tak basah kena hujan.
Terima kasih lagi sekali.

Next entri aku belanja gambar raya pulak.
InsyaAllah.

 

Wednesday, May 30, 2018

Perfume Giveaway by Rexylla

Sape ada akaun Instagram kat sini dan nak menang hadiah perfume, angkat tangan... Sempena bulan Ramadhan ni, and bulan Syawal pulak lepas tu (means Hari Raya lah), Rexylla buat satu giveaway untuk bagi perfume FREE. So kalau korang nak menang, sila la terjah Instagram Rexylla.


rexylla, giveaway, contest, perfume

Rexylla
Instagram: @rexylla
Facebook: Rexylla


Syaratnya mudah je. Follow Instagram diorang dan like gambar giveaway, tag 3 orang dan settle. Simple kan. Worth a try.

Jadi, selamat bergiveaway ye korang. Hehehe...

 

Thursday, May 24, 2018

At Last... 1st Entry of the Year

Hahaha...
Lama betul aku berhibernate kali ni.
Hampir setengah tahun dah ni.
Kalau lah blog ni bukan di alam maya, dah lama bersawang blog aku ni.

Okay, skip semua introductory.
Kalau nak aku kumpul wish tahun baru, cny bagai, memang panjang berjela la.
Belum ajak sembang pasal kerajaan bertukar lagi.
Cut it short, selamat berpuasa la ye.
Hehehe...

Ada banyak je benda nak cerita sebenar nyer.
Tapi sebab banyak sangat yang berkumpul, last2 lupa.
Kadang ada idea, tapi tangan ni tak gerak2 pun nak menaip.
Gitu lah al-kisahnya.

Ececee...
Takde lah.
Aku tak sempat pun nak berblogging.
Sempat singgah baca blog korang je.
Blog sendiri di anak-tiri kan buat sementara waktu.
Ni pun sebab time puasa tak boleh makan, boleh la curi masa sikit nak menaip.
Tu pun tulis merapu je ni.
Menaip sesedap hati, mengikut jari-jemari yang berdansa di atas keyboard.

Ok la geng.
Panjang jugak aku merapu ni.
Rasa nyer dah boleh hibernate another 5 month kot.
Hahaha...

Macam mana korang punya bulan Ramadhan kali ni?
Cuba la citer sikit...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...