Dari anime world, aku bawak balik korang ke real world. Tak ada apa pun yang aku nak citer kan. Cuma nak kongsi kan sedikit apa yang berlaku ari ni kat aku, dengan keje aku. Pagi2 tu, aku gi la jumpa bos aku sebab ari tu ada orang bagi tau yang dia ada hal nak cakap ngan aku. *knock* (ada la dalam 2-3 kali, disertai dengan ucapan salam) Lepas aku dah duduk, kitorang pun sembang2 la. Rupa2 nyer nak bagi keje kat aku... Hhhmm... Tak pasal2 busy aku. Hehehe...
Khamis ni ada meeting. Dia nak sruh aku wat presentation sket tentang progress projek. So, kena la wat slideshow. Skang ni result tak banyak. Cuma ada result untuk density dan shrinkage je. Kebetulan aku tengah wat testing untuk hardness. Dah separuh. So, kalo aku nak masukkan dalam presentation, paling lambat sok kena settle sumer. After that, aku kena submit progress report lak. Dah la sebelum tu aku kena komen pasal mesin grinder yang dia sruh aku cari dan purchase tu. Lambat sangat kata nyer... Jatuh moral aku nak wat keje untuk ari tu. Dengan mesin hardness wat hal, lagi jatuh moral aku. Naseb baek petang tu jadi ok. Apa lagi, moral aku untuk bekerja terus increase significantly. Ececece...
Jadi, memandangkan kesibukan yang bakal melanda diriku ini, mungkin aku akan menjadi malas untuk update blog untuk beberapa ari yang bakal mendatang.
Ok2, beralih pula ke siri jelajah anime terbitan ReX Holding Sdn. Bhd. Eh? Bukan2... Hehehe... Merepek je tuh. Nak alihkan perhatian anda daripada posting pasal akreditasi tu. Skang ni aku nak citer hal2 yang away dari real life. Kita citer pasal anime life lak. Aku nak citer pasal anime yang Cik Zuraida dok promote sruh aku tengok, iaitu K-On!. Nampak tu, ada tanda seru. Jadi bila korang sebut tu, kena ada "seru" pada suara anda the moment korang lontarkan pitching korang untuk menyebut perkataan itu. ???? Berbalik pada citer tadi. Setelah Cik Zuraida mempromote2 kat aku sruh tengok, aku pun copy la anime ni dari dia time kitorang gi bercuti2 ari tu. To be honest, anime ni klakar gak. Siap salah satu episod tu aku gelak abes2 sebab ada babak dia yang klakar.
Ok, enough talking. Here is the review.
Alternative Title:
K-ON!輕音部 (Chinese (Taiwan))
けいおん! (Japanese)
Genres: comedy, slice of life
Themes: bishoujo, moe, music, school
"It's Yui Hirasawa's first year in high school, and she's eagerly searching for a club to join. At the same time, Ritsu Tainaka, a drummer, and her friend Mio Akiyama, a bassist, are desperately trying to save the school's light music club, which is about to be disbanded due to lack of members. They manage to recruit Tsumugi Kotobuki to play the keyboard, meaning they only need one more member to get the club running again. Yui joins, thinking it will be an easy experience for her to play the castanets, the only instrument she knows. However, the other members think their new addition is actually a guitar prodigy..."
Dah lama tak berblogging yang panjang2, so ari ni nak lepas geram sebab ari je aku rasa aku akan free sebab after this, aku akan busy ngan keje aku. Pasal keje tu, aku akan ulaskan kemudian. Ari ni aku akan post 3 benda skali ari ni untuk membuktikan yang aku sedang lepas geram. Hahaha...
So, untuk posting yang pertama ni, aku akan menceritakan pasal akreditasi UniMAP dlu. Ni sumer gara2 Cik Zuraida mempersoalkan status universiti aku ari tu time berbual2 ngan aku. Ntah mana datang idea dia nak berborak pasal ni pun aku tak tau. Dia kata dia ada terbaca kat surat khabar kat kafe lombong dia tu, which is dia dah baca tak lama dlu. Dia kata dia tak ingat surat khabar apa, tapi aku rasa Kosmo! la kot sebab paper yang ni je ada membuat kenyataan yang fakta nyer TAK BAPE NAK TEPAT pasal akreditasi dan status universiti aku.
Tapi actually, aku sendiri tak bape arif nak citer kan pasal status akreditasi UniMAP ni. And apa yang aku faham ni, tak reti lak aku nak terangkan kepada anda sumer. Cuma yang aku tau, program kat U aku ni akan diakreditasi directly under Board of Engineer (BEM) dan bukan nyer Lembaga Akreditasi Negara (apa kelas LAN nak akreditasi kan). Jadi, kalo nak tahu lebih lanjut, layari lah http://akreditasiunimap.blogspot.com untuk informasi terkini. Jadi, apa yang sebenar nyer yang aku nak citer kan dalam posting ni?
Sebenar nyer, aku just nak higlight kan kesilapan wartawan Kosmo! tu yang TAK BAPE NAK BIJAK dalam menyelongkar dan mem"publish" karya beliau. Tapi it's ok. Human do make mistake. Even aku pun buat mistake. Bukan skali skala, tapi berkala2. Wahahaha... Ehem2... Ok, kembali kepada jalan yang benar untuk posting ini. Kat bawah ni aku highlightkan kesilapan artikel tersebut yang disiarkan dalam Kosmo! pada 15 Mac 2010 dengan tajuk "16 Program UniMAP Tidak Diiktiraf".
"
1. Terdapat beberapa fakta yang salah dalam artikel tersebut, iaitu:
i) Kewujudan UniMAP pada tahun 2001. Universiti ini mula dikenali sebagai UniMAP pada tahun 2007 dan bukannya 2001. Dahulu, ia dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dan mula mengambil pelajar sulungnya pada JUN 2002. KUKUM juga tidak pernah “dinaik taraf menjadi IPTA” sebagaimana dilapor, kerana sejak penubuhannya ia sudahpun sebuah IPTA. Perubahan dari KUKUM ke UniMAP hanyalah penukaran nama dan bukannya penukaran status.
ii) Bilangan program yang tidak diiktiraf. Menurut laporan berita tersebut, bilangan program yang tidak diiktiraf adalah 16 sedangkan hakikatnya bilangan ini adalah 8. Status yang 8 ini juga sebenarnya MASIH BELUM MUKTAMAD. Proses rundingan tentang perkara ini sedang berjalan, dan banyak maklumat mengenainya dikategorikan sebagai SULIT oleh Lembaga Rayuan Akreditasi.
iii) Ayat “..sebahagian besar daripada 2,500 pelajar berkenaan telah dan akan meninggalkan IPTA berkenaan dengan segulung ijazah yang tidak diiktiraf mana-mana pihak pun di negara ini” -- JPA mengiktiraf graduan UniMAP dengan memberikan status ‘Khas Untuk Penyandang’ (KUP) yang membolehkan graduan tersebut bekerja di sektor awam. Selain itu, peratusan yang amat tinggi graduan UniMAP sudahpun bekerja di sektor swasta dan juga awam. Ada juga yang menjalani pengajian tinggi hingga ke peringkat PhD dengan biasiswa yang diberikan oleh institusi luar negara. Bagaimana mereka boleh diterima oleh pihak-pihak ini sekiranya mereka “tidak diiktiraf mana-mana pihak..”?
2. Pemilihan perkataan dan susunan ayat yang digunakan boleh menyebabkan sentimen ketidakpercayaan dan tanggapan yang salah terhadap UniMAP. Contohnya ayat “2 program yang bernasib baik mendapat pengiktirafan di UniMAP ialah Sarjana Muda…..” “Bernasib baik” bukanlah pilihan yang tepat kerana ia memberi gambaran bahawa 2 program tersebut mendapat pengiktirafan kerana nasib semata-mata sedangkan ia diperolehi kerana program-program itu memenuhi kesemua keperluan Lembaga Jurutera Malaysia sebagaimana tertera di dalam EAC Manual. Sistem akademik yang mendasari penawaran program-program ini dibangunkan menurut arahan yang tertera dalam Memo Kabinet bertarikh 5 Julai 2001. Sistem ini menjalani proses penambahbaikan secara berterusan.
3. Selain itu, banyak lagi perkataan dan rangkap yang digunakan yang boleh menimbulkan kesangsian seperti “percaya atau tidak”, “apa yang menggemparkan”, “mendakwa”, “bergelut”, dll. KOSMO seharusnya lebih bertanggungjawab dalam pemilihan perkataan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. "
p/s: tak akreditasi pun, aku masuk gak kerajaan... walaupun tak permanent lagi... SPA panggil gak gi exam... cuma aku je tak pegi. hehehe...
Niat di hati pagi tadi, petang ni nak start explore dan terus design web page untuk conference seperti yang aku cakap kan dalam post aku yang sebelum ni. Tapi laen lak jadi nyer. Balik2 dari semayang jumaat tadi, aku terus gi potong rambut (lepas lunch la). Abes je potong rambut, patut nyer aku start buat apa yang aku niatkan pagi tadi. Tapi last2 benda laen lak yang aku explore. Ni sumer gara2 aku bukak blog aku ni. Pastu tangan aku gatal2 gi bukak customize, then buat macam2. Add itu, add ini. Pastu bukak lak blog orang laen, search blog member2 yang mana ada blog, siap add dalam blog list lagi. Takpe2. Malam ni akan ku tekadkan diri untuk melakukan apa yang terniat di hati pagi tadi. Yeah, akan aku laksanakan nyer...
Web page maker... Ada sape tau camne nak bagi web page yang kita nak buat supaya nampak lebih menarik? Hahaha... Aku tengok software ni macam simple sangat pun ada. Design background rasa nyer kena buat sendiri guna software laen kalo nak background yang menarik. Tak pun amek mana2 pictures yang menarik jadikan background.
Nape tiba2 aku cakap pasal web page maker ni? Ni sumer sebab SMP (Structural Material Programme, department aku kat AMREC) akan anjurkan conference, tapi aku tak tau la biler. So ada orang mintak tolong aku explore kan software ni, sebab dia guna, tak dapat nak hasilkan web page yang menarik. Huduh kata nyer. Tapi nak wat macam mana, aku explore2 pun, memang tak leh nak bagi cantik. Sebab software dia memang terlalu basic. Mungkin tujuan software ni dihasilkan untuk memudahkan web page untuk di publish kat internet je. Jadi, design2 untuk web page, sila buat sendiri.
Camni je software dia. Simple kan...
Function2 yang laen mungkin la berguna. Cuma apa yang software ni lacking adalah dari segi design untuk web page tersebut. Ada ke untuk insert shape ada 3 je (rectangle, round rectangle ngan ellipse). Mana cukup kalo nak kita nak design web page cantik2. Tak artistik langsung web page tu nanti, even though just untuk conference. Tapi apa pun, se-simple mana pun software ni, aku akan tolong gak la diorang ni wat web page tu, tu pun kalo diorang suruh tolong & bagi information yang cukup untuk aku tolong. Kalo tak, tak dapek la den nak nolong...