Saturday, March 10, 2012

Delta Lenyap

Sebelum korang meneruskan membaca entri ini, ingin aku jelaskan yang delta yang dimaksudkan tidak ada kena mengena ngan benda2 berunsurkan perkara2 moden dan jelas sekali takde kena mengena ngan game Delta Force. Kalo korang belajar Geografi, mesti korang dapat tangkap. Harap maklum.


Kalo korang datang ke Kuala Kangsar and lalu Jambatan Iskandar, tentu korang perasan satu delta Sungai Perak yang bole tahan besar. Masa kecik2 dlu (Kuala Kangsar tu kampung aku) bila lalu jambatan tu, mesti aku akan pandang delta tu dan berfikir, mesti best kalo duduk kat pulau tuh. Hahaha... Masa aku kecik2 dlu, delta sungai pun aku anggap pulau. Hehehe...


 [Delta sungai macam dalam gambar ni. Tapi lebih besar dan hutan lagi tebal.
By the way, ni gambar jambatan baru Kuala Kangsar]


Seperti aku cakap tadi, delta sungai tu bole tahan besar. Dipenuhi ngan hutan. Pokok pun tinggi2 gak. Berdasarkan kepesatan hutan2 kat atas delta tu, berkemungkinan puak harimau bermastautin kat situ. Hahaha... Gurau2. Tapi kadang2 aku still tertanya2 sama ada delta sungai ni bole dibangunkan atau tidak.

Tapi nampak nyer aku dah tau jawapan nyer skang. Thanx tu hujan yang turun tiap2 hari dengan durasi yang lama. Bila aku lalu jambatan tu semalam, delta sungai tu lenyap completely. Satu trace pun takde. Nampak nyer paras air Sungai Perak naek mendadak. Delta menerima naseb yang sama seperti Kota Atlantis. Lenyap.


p/s: naseb baek takde orang tinggal kat sana.


Thursday, March 8, 2012

Spontaneous Thursday #3

Kepada sape2 yang bole membaca fikiran semut atau yang bole bercakap menggunakan bahasa semut.
Bole tak tolong tanya diorang.

Kenapa diorang sker mati beramai2 dalam water heater aku??

WHY? WHY?


Wednesday, March 7, 2012

Menantikan The Avengers



Aku rasa ramai kot dah tahu kan akan kemunculan muvi The Avengers tahun ni. Salah satu movie yang paling dinantikan tahun 2012 mungkin. Muvi yang berdasarkan komik Marvel oleh Stan Lee ni akan berada di panggung pada 27 April 2012.

Kalo korang nak baca sneak peak pasal The Avengers ni, korang bole visit page Nuffnang atau korang bole direct klik kat SINI. Ada la berjela2 citer sedikit sebanyak tentang The Avengers nih. Siap skali ngan trailer muvi. Baca la. Jangan tak baca.

Aku memang bercadang nak tengok pun muvi ni. Sebab nampak cam best je kan (filem macam ni memang nampak best pun, tapi realiti nyer tak tau la). Ada sape2 nak teman aku pergi tengok nanti tak?


[Aku up kan la trailer dia kat sini. Baek kan aku? Slalu memudahkan korang]


Tuesday, March 6, 2012

This Means War

Baru2 ni aku tengok muvi This Means War lakonan Reese Witherspoon, Chris Pine ngan Tom Hardy. Tapi honestly, aku kenal Reese Witherspoon je. 2 orang mamat ni aku tak kenal. Since masa aku nak tengok wayang, takde citer laen yang nampak menarik, maka This Means War menjadi pilihan.


[Giler muka Witherspoon nampak laen dalam poster ni]


Citer ni mengisahkan FRD (Pine) dan Tuck (Hardy) yang merupakan agen perisik aka spy untuk CIA. Antara spy yang power la dalam team diorang. So diorang ni banyak buat keje undercover bersama2. Kira nyer hubungan diorang ni akrab giler la. BFF kata bebudak zaman pasca millenium nih.

Nak dijadikan citer, bebudak spy 2 ekor ni jatuh cinta kat sorang awek ni. Lauren nama nyer. Since mamat2 ni syok pada awek yang sama, diorang kena berebut la. Berebut hati awek yang sorang ni. Disebabkan diorang ni spy, diorang menyalahgunakan gadget2 dan assistant2 kat dalam CIA tu untuk stalk si Lauren ni. In the end, sape dapat? Itu lu orang kena tengok sendiri la ek. Hehehe...




Citer ni memang terbaek la. Jalan citer dia langsung tak membosankan. Babak aksi, romantik, lawak sumer ada. Aku enjoy tengok citer ni. Even tunang aku pun cakap khusyuk sungguh aku menonton citer ni. Tapi humor dalam citer ni kelakar sungguh la. Berapa kali aku gelak ntah.

Aku rasa muvi ni dah lama tayang kot pawagam. Aku je baru nak tengok. Hahaha... Anyway, kalo korang tak tengok lagi, sila2 la merajinkan diri ke pawagam tengok citer ni. Kalo dah tak tayang dah disaat entri ini ditulis, apa lagi. Donload la muvi ni di sharing site Beli la DVD yang original.


Rating:



Monday, March 5, 2012

Aku Seketul Coklat

Hi. Nama aku err... err... Aku takde nama. Tapi aku tahu aku coklat jenama Miltons. Apa? Korang tak pernah dengar jenama Miltons? #foreveralone... Takpe la. Kalo tak tahu, skang dah tahu kan... There is always a first time for everything. Maafkan aku sebab melalut panjang. Kalo korang nak tahu, berceramah adalah specialty aku. Habes seluruh warga coklat dalam bekas ni aku dah ceramah. Ye. Diorang panggil aku penceramah Miltons. Mungkin pasni aku bole try bagi ceramah kat Paris Hilton lak. Hahaha...

Untuk pengetahuan korang, aku berbentuk bujur. Dan seperti manusia bergelar Melayu, kulit aku agak sawo matang. Ok. Aku tipu. Kulit aku warna coklat gelap. Aku tak pasti dalam kandungan aku adalah hazelnut atau pun kismis. Sebab aku coklat. Bukan tukang buat coklat. Kalo korang nak tahu, gigit la. Rasa sendiri. Yang aku tahu, aku sedap. Mana aku tahu? Dah kena brainwash ngan pengilang before kitorang kena jual kat pasaran.


[Aku sedap. Korang nak rasa?]


Kisah hidupku bermula daripada kilang. Aku tak pasti macam mana aku dihasilkan, tapi aku pasti di mana tempat aku dilahirkan. Mengikut bekas tempat aku bermastautin, tertulis nama kilang Quantum Supplies (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. Owh, rupa nyer Selangor negeri kelahiran aku. Tapi sedih. Aku tak tau tarikh lahir aku sebab takde lak tulis kat bekas tuh.

Nak dijadikan citer, aku bersama2 dengan rakan aku yang laen (bekas yang sama) ditempatkan di sebuah pasaraya (nama dan tempat pasaraya dirahsiakan untuk mengelak daripada menjadi pusat serbuan orang ramai selepas membaca entri ini). Aku tak pasti berapa lama aku berada di pasaraya tersebut sebab sebagai seketul coklat, aku takde jari untuk membilang hari2 yang berlalu. Dan sah2 aku tak reti mengira sebab tak pernah belajar matematik. Maklum la. Tak pernah sekolah.


 [Gambar hiasan je. Takde kena mengena ngan tempat aku dijual]


Setelah ntah berapa hari berapa minggu berapa bulan aku ditempatkan di pasaraya tersebut, pada suatu hari bekas tempat aku bermastautin dibelek oleh seorang awek cun-comey. Berumur dalam 20-an kalo mengikut pemerhatian aku. Tapi disebabkan aku adalah coklat dan seperti yang korang sedia maklum, coklat takde mata, so pemerhatian aku mungkin salah. Hahaha... Tapi gaya awek tu seolah2 berminat untuk membeli aku dan rakan2 aku.

Telahan aku menjadi kenyataan apabila awek tersebut mencapai bekas aku lalu berjalan ke arah kaunter pembayaran. "Harga sumer sekali adalah RM ***** cik", cakap cik adik kat kaunter pembayaran. Comel gak budak cashier tu. Tapi awek yang beli aku tu lagi comel.

Aku tak tau nama awek yang beli aku. Sebab aku tak bole bercakap untuk bertanyakan nama dia. Kalo aku bole bercakap, aku bukan coklat. Aku manusia. Aku juga tak bole membaca, mendengar begitu juga dengan bercerita. Ntah sape2 yang memandai menulis citer yang korang tengah baca ni pun aku tak tau. Aku stress kan lagi skali. Aku COKLAT. Bukan manusia. Arghhh... Stress aku...

Dalam on da way balik ke rumah awek tu, aku dah berangan2 diri aku bakal dimakan oleh awek yang cun-comey tu. Aku bayangkan diri aku bersentuhan ngan bibir nyer yang menggiurkan (NOTIS: Ini bukan entri lucah). Cair dalam mulut nyer. Mengalir daripada esofagus terus ke perut dan terus tercerna. Tapi sejuta kali sayang, bole pulak awek tu hadiahkan aku kat sorang mamat ni. Hampa aku... Angan2 ku musnah.


[Sempat lak mamat ni snap gambar rumah kitorang]


Berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa mamat ni retarded. Apa kes masuk bilik je, terus meloncat2 sambil menyanyi;


Awek ku pulang dari kota,
Awek ku belikan cokelat,
Cokelat kecil warna coklat,
Bole ku telan sampai bolat...
Burp 7x (tanda kekenyangan yang amat sangat)


Siap amek gambar lagi. Come on la. Mamat ni nak makan ke nak jadikan kitorang ni perhiasan? Tapi belum sempat aku menjadi sawan sebab melihat perangai mamat yang hampir retarded ni, mamat ni buka bekas coklat. Satu2 rakan aku diambil dan dimasukkan ke dalam mulut nyer yang mak aihh, besaq sungguh. Mulut yang hanya menjadi besar time nak makan gamak nyer.

Lepas melihat satu demi satu kawan aku syahid di mulut mamat ni, akhir nyer tiba giliran aku lak. Aku terpaksa menutup hidung sebab tak tahan bau mulut mamat ni. Owh, aku lupa. Aku takde hidung untuk ditutup. And aku tak leh menafas. Hahaha... In the end, aku dikunyah2, digigit2 dan ditelan masuk terus ke perut mamat ni. Maka tamatlah riwayat aku sebagai seketul coklat.


p/s: rupa nyer isi aku adalah kacang hazelnut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...