Makanan Cik Eeda... Banyak dia order ni. Sape nak bayar?
Hari Rabu takde dating2. Sebab petang tu Cik Eeda interview. Pastu dia gi melepak ngan member2 USM dia kat Queensbay Mall. Takpe la. Bukan slalu diorang leh lepak sama2 kan. Slalu Cik Eeda lepak ngan aku je kalo dia datang sini. Kasi can la kan. Takpe2. Ari Khamis keesokan ari nyer, masa aku lak bersama ngan Cik Eeda.
Pagi Khamis tu, awal2 lagi Cik Eeda dah bertolak. Mula2 ingat nak sarapan pagi dlu. Tapi tak jadi, sebab takut sampai ke destinasi time tengah hari. Aku biasa la, time panas2 ni yang malas nak berjalan. Nak tau destinasi apa yang kami tujui? Haaaa... Ni yang nak habaq mai ni. Nak kasi tau. Taman Negara Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang ni terletak kat Teluk Bahang. Up sket dari Batu Feringghi. Mula2 sampai kat situ tu, ingatkan kena bayar la kalo masuk. Tapi rupa2 nyer yang bayar tu untuk jungle trekking jek.
Yang tempat aku masuk tu, Pusat Intepretasi nama nyer, kalo tak silap aku. Dalam tu kira macam ala2 muzium gak la. Cuma muzium untuk haiwan2 yang duduk dalam hutan je la. But its free. Like I care. Hahaha... Dalam muzium tu menarik jugak la. Add with some interactive stuff. Ingat lagi ada satu skrin besar, tunjuk gambar lighthouse. Kita bole guna keyboard untuk masuk dalam lighthouse tu. Kira macam maen game counter strike la. Senang citer, first person view. Ada gak skrin yang kalo kita klik mouse, akan ada ikan follow tempat kita klik tu. Tapi benda tu, kat laptop korang pun ada kan. Bagi aku, pusat tu not half bad la.
Tapi kalo nak gi Taman Rimba, rasa nyer best lagi kalo gi jungle trekking. Bukan jungle sangat pun. Ada je tangga2 batu aku tengok. Cuma takut Cik Eeda tak larat nak naek je. Huhuhu... Ada sebab2 gak nape kitorang tak pilih untuk jungle trekking.
1. Tak pakai pakaian yang sesuai untuk jungle trekking. Aku pakai selipar, Cik Eeda pakai kasut tumit tinggi. Konon nak bagi sama tinggi ngan aku la tu. Hehehe...
2. Sunyi. Maklum la. Ari Khamis, mana ada orang sangat. Ada gak mat saleh datang melancong, tapi aku tengok takde la plak yang gi jungle trekking. Stok2 macam kitorang je. Melepak kat kerusi yang mengadap pantai tu.
Time nih tengah check point2 yang menarik. Tapi last2 tak gi pun, sebab yang ni dalam pakej untuk jungle trekking.
Pusat Intepretasi adalah kat belakang tu.
Sebenar nyer tak nampak apa2 pun. Rosak kot...
Kalo pegi sana, bukan stakat jungle trekking je. Kita gak bole naek bot ke point2 yang kita nak gi. Tapi sebab aku berdua je ngan Cik Eeda, rasa malas lak nak naek. Kalo ramai2, ada kemungkinan kitorang akan join naek bot tu. Lepas jalan2 kat Taman Negara, kitorang pun blah la. Memandangkan time tu baru kul 12 lebih, aku pun ajak la Cik Eeda ke Taman Rama-rama, yang kebetulan tak jauh dari Taman Negara. Yela, gi Queensbay awal2 pun nak watpe kan.
Depan Taman Rama-rama.
Taman Rama-rama pun best gak la. Syok lak aku rasa dari Taman Negara. Fee untuk masuk tu agak mahal gak la. RM10 sorang. Masuk2 je, terus taman. Nampak la rama-rama berterbangan sana-sini. Aku ingat ada rama2 je dalam taman tu. Rupa2 nyer tak. Mungkin sebab majoriti dalam taman tu adalah rama2, jadi dinamakan Taman Rama-rama. Tapi ada gak binatang laen. Ada scorpion, iguana, belangkas, kura-kura. Ular pun ada. Cuma ular kecik2 je, macam ular daun. Well, the best thing is, dia nyer hall. Bukan hall macam dewan kuliah tu la. Aku tak tau nak panggil apa, aku panggil hall je la. Tak bole ke? Ada aku kesah? Blog aku kan. Hahaha... Ehemm... Sambung citer balik.
Tengah pujuk rama2 supaya hinggap kat jari.
Second hall, mostly pasal serangga dan binatang yang kecik2. First part of the hall, ada koleksi macam labah2 (tarantula malaysia pun ada wehh), katak yang jarang kita jumpa (tak leh lupa katak yang macam ada tanduk kat mata), adik-beradik cicak dan laen2 (laen2 sebab aku tak ingat). Second part of the hall, ada koleksi rama2 yang dah diawetkan. Macam2 kaler ada. Yang ni aku takde la tengok sangat. Cuma amek2 gambar je. Third part, dah macam masuk kawasan orang asli dah. Ada topeng orang asli dan macam2 peralatan diorang. Tapi yang ni dah zone larangan mengambil gambar. Jadi takde koleksi gambar untuk part yang ni. Last skali, paling ujung adalah kedai2 cenderamata. Pastu terus exit Taman Rama2.
Taburan rama2 seluruh dunia.
Best gak kadang2 jalan tempat macam ni. Dah lama tak pegi tempat2 macam ni. Last time pun time aku budak2 lagi. Bila dah besar2, takde nyer mak bapak nak bawak tempat2 macam ni kan. Apatah lagi nak pegi sendiri. Lepas ni Cik Eeda nak ajak gi Zoo Taiping lak. Atau mungkin kitorang nak gi Bukit Bendera. Ntah la labu... Lepas kuar je Taman Rama2, Cik Eeda dah rasa pening2. Aku pun ada gak la pening sket2. Tapi Cik Eeda dah pening tahap kritikal ni. Rasa mual2. Tak tahan panas kot. Sebab Penang kan panas cuaca nyer. Pastu, kitorang pun tak lunch lagi. Dah la lunch blom, breakfast pun tak makan. Mungkin sebab tu dia tak bape nak sehat. Nak makan kat Taman Negara atau Taman Rama2, dua2 takde kedai2 untuk menjamu selera. Jadi, terpaksa cancel dlu niat nak gi Queensbay. Aku terus bawak Cik Eeda balik Kulim. Makan tengah hari, terus check-in hotel. Bagi Cik Eeda tdo2 dlu. Aku lak balik umah. Tengok Spongebob. Mandi2. Kejutkan Cik Eeda. Pastu gerak ke Quennsbay.
Tapi sempat singgah Butterworth dlu, sebab housemate Cik Eeda kat Lipis kirim kat dia, mintak tolong belikan jeruk kat stesen bas Butterworth. Sampai je kat Queensbay, biasa la. Jalan2 dlu. Pastu gi makan malam kat kafeteria. Pastu kitorang tengok Karate Kid, yang best gak citer dia. Kitorang sampai Kulim lebih kurang 2 pagi. Lambat gak kitorang balik. Padahal esok pagi Cik Eeda nak balik dah. Last2 ari Jumaat tu, kul 12 baru dia gerak.
Anyway, percutian yang menarik untuk ditambahkan dalam memori, yang akan terpahat dalam hati untuk selama2 nyer. Ececece... Bole wat lirik lagu ayat aku ni.
Bila nak dating lagi?
2 comments:
hahaha...nice entry dear ;)
mekaseh. heeee...
Post a Comment