Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Berbudi bahasa budaya kita kan. Agak2 korang kan, apa significant nyer lagu tersebut ngan gambar kat atas ni. Tak tau? Takpe2, aku kasi hint sket. Ia ada kaitan ngan budi bahasa gak. Apa? Still tak leh nak teka? Meh aku citer terus la kalo gitu. For you all nyer information, rumah yang ada dalam gambar ni adalah rumah sewa aku. Kereta putih ni bukan kereta aku. Jadi agak2 bole teka apa yang aku nak sampai kan? Mudah je sebenar nyer. Maksud nyer, pemandu kereta ni takde berbudi bahasa langsung. Dah la budi takde, bahasa tu aku tak tau la bahasa apa yang dia bole cakap kan.
Memang hangin btol aku bila ada orang parking depan umah aku macam ni. Aku tak kisah kalo ko nak parking depan umah aku. Tapi tolong la... Tolong jangan blok pagar umah aku. Camne aku nak parking kereta kalo macam tu. Jiran yang ko lawat tu takde bagitau ke, "budak umah sebelah ni bawak kereta, jadi jangan la blok pagar umah dia". Tak berbudi bahasa btol.
Dah la bawak kereta Proton, tapi tukar lambang Mitsubishi. Bajet kereta ko tu nak tukar jadi Lancer ke? Ntah apa2 ntah. Aku siap bagi surat saman lagi. Aku tulis "Sila alihkan kenderaan anda, saya tak bole parking. Sekian, terima kasih." Aku siap ucap terima kasih lagi walaupun tengah marah. Punya la berbudi bahasa aku ni. Hehehe... Tapi aku tak kira, Proton ke, Lancer ke, dalam masa sejam kereta tu tak beralih tempat, or at least kasi ruang aku masuk, memang dah sah2 akan ada calar pada kereta anda. Naseb baek dia alihkan kemudian nyer. Hik3...
And you know what, malam tu, lepas aku kuar gi pasar malam yang eventually hujan turun lalu terpaksa gi kedai makan, dia bole datang balik. Dan parking depan umah aku lagi. Kali ni complete, tak bagi can langsung even for motor. Housemate aku siap call aku tanya. Apa la rakyat Malaysia, especially Melayu. Mana pegi budi bahasa anda. Kalo anda tak berbudi bahasa ngan aku, takde masa nyer la aku nak berbudi bahasa ngan anda.