Earlier before, sebelum aku tdo (untuk prepare nak tengok bola), ada satu insiden berlaku yang disebabkan oleh "tangan jahat" aku. Ni istilah housemate aku bagi. Nak tau apa maksud nyer? Macam ni kisah nyer. Time tu aku nak kuar la, nak gi bayar bil telepon. Time aku kuar tu, tangan kiri aku tarik pintu (pintu ni dah ditekan terlebih dlu dari dalam) manakala tangan kanan tengah cek sama ada aku ada bawak kunci umah ke tak. By the time aku realize kunci aku tertinggal kat dalam bilik, tangan kiri aku dah tarik pintu umah sampai tertutup. Means? Aku ada kat luar, pintu dah berkunci, and aku takde kunci umah.
Ironi nyer, macam mana tangan kiri aku bole tarik pintu umah tu walhal aku sure, aku tengah fokus dok cari kunci umah dalam poket seluar. Hhhhmmmm... Confius aku dengan keadaan ini. Mungkin otak kanan aku telah berfungsi tanpa aku sedari (Otak kanan yang berfungsi mengawal anggota kiri kan?). So, terpaksa la aku call housemate aku mintak dia balik cepat, unlock kan pintu. Sementara tu, aku pun gi la bayar bil telefon dlu. Pastu lepak kedai mamak, bungkus air untuk makan malam (aku tak makan lagi time nih), dan terus balik.
p/s: time tunggu dalam kereta tu, jiran selang serumah siap datang ke kereta aku lagi, dia ingat aku ni stalker atau pencuri.
2 comments:
mungkin anda memang nampak seperti pencuri..sila ubah imej..
yeke? rasa nyer dah segak dah mcm ni... hhmmmm...
Post a Comment