Wednesday, February 23, 2011

Ingin miliki rumah yang macam ni?

Bayangkan korang ada rumah kat tepi bukit atau gunung. Pastu pemandangan sekitar lak indah sesangat. Kalo bole nak abadikan pemandangan tu dalam rumah korang. Amacam, exaggerate je imaginasi aku? Eh, tak abes lagi ni.

Pastu korang bayangkan lak, korang nyer rumah tu betol2 tepi bukit. Kalo nak dahsyat lagi, tepi gaung. Nak ditambahkan lagi kehebatan rumah korang tu (err, rumah tepi gaung tu kira hebat ke?), rumah korang tu 50-50. 50% atas tanah, 50% atas awang-awangan. Bahagian yang kat awang-awangan tu adalah ruang tamu korang.

Bole bayangkan? Good. Ni nak tambahkan lagi dia nyer extreme, pushing to the limit (macam iklan lak), dinding ruang tamu korang tu cuma dikelilingi kaca je. Cuma di"support" oleh beberapa steel beam. Supaya korang bole nikmati pemandangan sekeliling.

Tajuk entri ni merupakan persoalan yang aku ingin aku ajukan kepada korang sumer kalo korang ada rumah yang macam aku definasikan tadi. Nak tengok rumah tu macam mana, sila la rujuk gambar di bawah.


Ada berani?


Jadi, apa perasaan korang kalo ada rumah yang macam ni? Best? Teruja? Kagum? Takut? Cuak? Seram? Seriau? Ngeri? Gayat?

Apa pun, kalo korang ada rumah macam ni, mesti korang akan rasa best-teruja-kagum tak hengat sebab dapat menikmati pemandangan indah pokok2 yang menghijau, dilengkapi dengan kicauan burung2 sebagai sound system rumah korang.




Tapi kalo pemandangan korang adalah kawasan lori sampah yang "menghijau" lalu-lalang, atau tempat pembuangan sampah yang juga "menghijau" disebabkan oleh kulat-alga-lumut yang mula bermaharajalela, mungkin korang akan termuntah setiap kali lepak kat ruang tamu.




Mungkin korang akan mengalami perasaan cuak atau gayat sebab... Yelah. Tempat tinggi. Bawah ruang tamu korang lak takde apa2 yang support. You got nothing. Well, of course la bawah rumah korang akan ada something kan. Iaitu tanah gak, tapi ada la kot dalam 200-300 meter.

Korang gak mesti akan rasa takut yang tak pernah nak hilang setiap hari. Takut dinding kaca rumah korang tu pecah kena dahan pokok yang mungkin akan beterbangan masa ribut berlaku. Atau takut akan berlaku kejadian tanah runtuh. Maklumlah, syarikat construction kat Malaysia ni bukan nyer bole pakai sangat.

So persoalan susulan untuk tajuk entri ni, adakah korang berani?


Sumber asal: Yahoo! Real Estate

1 comment:

Anonymous said...

The first and second photos looks great but the third one is a mess..My goodness, how could someone live on that place..I pity those children who were living on that place.

Colorado springs foreclosure list
Colorado springs homes for sale
Colorado springs foreclosures

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...