Today I don't feel like doing anything...
Tomorrow also I don't feel like doing anything...
Kalo korang baca ayat yang pertama tuh, mesti korang tau aku petik ayat tu dari mana kan. Ayat tu betol2 menerangkan mood aku untuk hari ni. Bukan itu je. Ayat tu juga bersesuaian dengan mood aku dalam aktiviti blogging. Ntah sebab pe, bulan September ni aku malas sangat nak update blog.
Mungkin takde idea dah nak update blog. Atau mungkin jugak aku malas nak menaip. Atau mungkin juga aku terlalu busy dengan real life sampai takde masa untuk aku spent dalam dunia maya nih. Bila online pun, just check facebook. Bukak email. Bukan website ESPN. Pastu offline.
Ni pun baru start nak merajinkan diri untuk update blog. Jadi mungkin ar perasaan untuk blogging tu tak hilang. Cuma ada sket perasaan malas yang menyelubungi diri. Menghalang jari-jemari ku untuk menaip entri sebutir dua. Ahh... Bermadah pulak aku di sini.
Bila fikir2 balik, memang aku busy dengan real life. Selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri kat rumah, raya ke-2 dah shoot pegi Kelantan. Raya ke-3 majlis pertunangan aku dengan my special one. Pastu balik semula ke Kuala Kangsar. Balik2 je, kena sakit perut + cirit birit + muntah2. Baek je sakit, terus gerak ke Kulim. Masuk keje kejap. Esok nyer terus ke KL. Ada exhibition IGEMS kat KLCC. 4 hari kat sana. Semalam baru balik. Hari ni cuti ganti. Baru dapat bernafas sket (sambil menarik nafas panjang).
Ni pun aku malas nak taip panjang2. Jadi aku ingat nak end kan entri hari ni setakat ni je. Sebelum tu, apa kata korang layan dlu video ni, sempena diri aku dah menjadi tunang orang. Hehehe...
***********************************************************************************
Here's how you stimulate your senses online
***********************************************************************************