Monday, January 30, 2012

Facebed - Katil Konsep Facebook

Mengaplikasikan logo Facebook menjadi something yang useful merupakan satu kreatif. Kalo korang pengguna tegar laman web sosial Facebook, korang mesti akan sker katil yang berbentuk seperti logo Facebook ni. Katil ni dilengkapi dengan tempat untuk korang online skali. Kata pengguna tegar Facebook. Mesti la ada tempat untuk online Facebook kan. Ye tak?








Sumber: Blog Serius


Sunday, January 29, 2012

Haiwan Berkepala Dua

Korang biasa tengok haiwan berkepala dua? Aku pun tak biasa, kalo tengok live la. Kalo tengok gambar, selalu dah la. Hari ni aku share beberapa gambar haiwan berkepala dua. Memandangkan aku dah lama sangat "off" daripada berblogging ni, aku masih agak malas lagi nak tulis entri panjang2. So korang layan je la gambar2 ni dlu. Malas aku nak merapu banyak2 ari nih.
























Sunday, January 22, 2012

Rumah dengan Tangga Menarik

Dlu aku pernah buat entri pasal rumah dengan interior design yang ala2 macam playground. Yang menarik tentang interior tersebut, ia dilengkapi dengan gelungsur untuk turun tangga. Means korang naek tingkat 1 guna tangga. Dan korang bole guna gelungsur untuk turun. Tak yah nak guna tangga dah. Lambat dan tidak fun. Kalo nak baca dengan lebih lanjut, korang bole klik SINI.

Ari ni aku nak fokus tentang rumah tangga. I mean, rumah dan tangga. Bukan rumah tangga orang ye. Tu hal, kita jangan masuk campur. Nanti ada "UFO" terbang lak kena kepala.


1. Tangga Spiral



Actually ada banyak dah kot rumah dengan tangga spiral macam ni. Cuma takde la spiral sangat macam dalam gambar ni. Serius pening bila tengok. Ada probability untuk pening semasa menaiki tangga. Hehehe...


2. 2-in-1 Tangga Rak Buku



Tangga bentuk ni probably save a lot of space. Korang tak yah nak beli rak buku dah untuk simpan2 buku nih. Korang letak je kat tangga. Tangga ni pun bole jadi tempat duduk semasa membaca. Cuma mungkin tak appropriate untuk orang Islam dan Melayu simpan buku kat tempat macam ni. Nanti kena maki ngan orang tua2. "Kamu, mana bole simpan buku2 kat tangga, lagi2 buku agama. Tak elok. Berdosa. Buku itu sumber ilmu. Ilmu itu pelita hidup. Pelita itu penyuluh kegelapan." Hehehe...


3. Tangga Gelungsur



Ni macam yang aku mentioned mula2 tadi. Pergghhh... Best wooo tangga macam ni. Rasa macam nak buat satu bila aku beli rumah sendiri nanti. Bukan anak2 je maen. Skali ngan bapak anak pun maen gelungsur ni. Korang nak satu tak?


4. Tanggar Riben



Tangga yang berbentuk riben. Tapi hati2, jangan salah pijak lak. Nampak cam bahaya pun ada kan. Kalo terjatuh, confirm tergolek. Tapi tangga ni nampak cool kan.


5. Tangga yang Elegan



Ni tangga yang paling elegan skali. Kalo ada tangga macam ni kat umah korang, dah sah2 korang mewah. Tangga macam ni slalu ada kat hotel 5 bintang. Memang cantik kalo ada tangga macam ni kat rumah. Agak2 kalo rumah teres 2 tingkat ada tangga macam ni, pelik tak?


Saturday, January 21, 2012

Gambar Pembentukan Planet



Okay. Yang atas tuh, gambar imaginasi pelukis. Sebab tu korang tengok macam cantik nyer. Nan ado... Teknologi manusia belum lagi secanggih itu untuk capture gambar planet yang 450 tahun cahaya daripada Bumi dengan cantik. Untuk gambar sebenar, korang bole scroll ke bawah.

Sedikit info tentang planet yang sedang terbentuk ini. Menurut Adam Kraus daripada Universiti of Hawaii's Institute for Astronomy, planet itu sedang terbentuk daripada debu dan gas yang bergerak mengelilingi sebuah bintang tua berusia kira-kira 2 juta tahun.


"We are catching this object at the perfect time. We see this young star, it has a disc around it that planets are probably forming out of and we see something right in the middle of a gap in the disc," kata Kraus.




Sumber:


Friday, January 20, 2012

Gadget yang Akan Lenyap Menjelang 2020

Seperti yang korang sedia maklum, teknologi manusia zaman skang ni makin lama makin canggih walaupun mentaliti kita tidak berubah sejajar dengan perubahan teknologi. So, biasa la bila teknologi makin canggih, gadget2 yang outdated atau obsolete makin lama makin dilupakan.


Standalone GPS system




Kalo korang beli kereta high-end, mesti skali ngan set GPS system. Yang ni yang dipanggil sebagai standalone GPS system. Sebab pe panggil "standalone"? Sebab ia takde fungsi laen melaenkan GPS semata2. Yang ni yang bakal obsolete.

Sebab pe? Well, aku rasa mesti ramai antara korang yang tengah baca blog aku ni (ye, kamu) yang ada handphone lengkap skali dengan software PapaGo atau Garmin untuk GPS application. So, bila dah ada gadget yang bole digunakan untuk multiple application termasuk GPS, adakah standalone GPS system ada orang nak beli? Maybe few or maybe not at all.


Basic Handphone




Basic handphone yang mungkin popular satu masa dahulu skang dah makin kurang orang pakai. Handphone skang dah ada macam2 application. WiFi, GPS siap ngan touch screen bagai. Makin kurang la orang yang nak pakai basic handphone ni. Tapi aku kenal orang yang sker sangat pakai basic handphone ni. Aku la tuh. Hehehe...

Dengan kemunculan smartphone seperti iPhone dan Samsung Galax, basic handphone ni makin dilupakan. Dah outdated kata orang. Tunggu masa je basic handphone ni lenyap di muka bumi. Mana2 yang still simpan lagi basic handphone korang, korang jaga la elok2. Kot2 ada value pada "masa hadapan".


Low-End Digital Camera




Sama seperti basic handphone, low-end digital camera juga mempunyai kemungkinan untuk lenyap menjelang 2020. Punca nyer juga sama seperti basic handphone. Kemunculan smartphone atau handphone yang mempunyai kamera yang mampu menyaingi kemampuan low-end digital camera.

Selain daripada itu, kemunculan digital camera yang lebih power dan lebih canggih turut menjadi penyebab kepada low-end digital camera menjadi outdated. Harga pun tak la mahal sangat. Sebab tu orang dah tak prefer low-end digital camera skang ni.


Konsol Permainan Video




Permainan konsol ni mungkin tidak lenyap. Cuma aku rasa ia akan mengalami transformasi fasa. Daripada korang beli konsol PS3, pastu cucuk kat TV dan main, mungkin pada masa depan video game dah built-in dalam TV tersebut. Maybe la kan. It is not impossible.


Recordable CD dan DVD




Yang ni aku rasa sure lenyap la. Skang orang dah move kepada digital storage dan streaming. Pendrive, external hard disk. CD dan DVD aku rasa dah obsolete. Sebab apa? Bagi aku nak burn CD ngan DVD ni adalah satu keje yang leceh. Dan korang bole rage kalo tiba2 korang burn, benda tu fail. Haaaa... Tak ke rasa macam nak campak CD tu ke dinding dan retak seribu umpama hati korang tatkala korang tau burning korang fail?


Thursday, January 19, 2012

Desktop Pilihanku Bersama PM

Tadi aku ada terbaca pasal segmen Desktop Pilihanku kat blog PM. Memandangkan ari ni aku tak berapa senang untuk update blog, so apa salah nyer aku join segmen ni yang simple2 je. Kalo korang nak join gak, korang bole baca detail2 tu kat SINI. Tarikh tutup esok, bersamaan dengan 20 Januari 2011.


[Desktop pilihan aku]


Sebab apa aku pilih wallpaper ni?

1. Aku peminat anime Bleach, walaupun tak semesti nyer aku sker watak Ichigo ni sorang.

2. Warna biru adalah warna kesukaan aku.

3. Wallpaper ni cantik. Ditambah lak dengan efek2 kat bahagian tangan tuh.

4. Sejuk mata memandang. Korang tak rasa gitu? Mungkin sebab warna biru ni warna tenang kot. Hehehe...


Tuesday, January 17, 2012

CN Blue - Intuition

Hari ni banyak keje. Esok banyak keje. Minggu banyak keje. Arrgghhh... Hanya sempat taip entri belah malam. Tapi malam2 pun buat keje laen. Tension. Tension. Jom layan K-Pop. Hahaha... Itu tujuan sebenar aku melalut panjang2. Ajak korang layan lagu ni je sebenar nyer. Hehehe...

Walaupun lagu agak lama, tapi aku baru nak layan. Jadi, sila jangan komen bagitau yang aku ni outdated. Hehehe...




Uh come on yeah

Naega nal ddeonal georan jikgami wa (Don’t give up)
Jakkuman ireon jeoreon pinggyaedeulman (Don’t give up)
Neukkimi dallatdeon ssaneulhan Bye Bye (Don’t give up)
Nan bonael su eobseo (Because I love you)

Narul saranghanda hal ddaen eonjego ijae waseo Why you say goodbye
Idaero bonael sun eobseo (because I love you)

Iyuh anin iyuro
Narul ddeonagaryeo hajima

Please don’t go go go jebal ddeonakajima
Hanbeonmanirado nal dorabwajullae
Please don’t go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu
Gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Nan haru haruga gotongilgeoya

Neowa nan kkutiranun jikgami wa (Don’t give up)
Jakkuman ireonjeoron jjajungdeulman (Don’t give up)
Gihweeman yeotboda chagaun Bye Bye (Don’t give up)
Nan bonael su eobseo (Because I love you)

Geojit gateun sarangi
Jeomjeom narul apeukeman hae

Please don’t go go go jebal ddeonakajima
Hanbeonmanirado nal dorabwajullae
Please don’t go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu
Gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Nan haru haruga gotongilgeoya

Uh nae ibsureun ibyeoreul malhagil wonhae
Nae nunbicheun narul piharyeogo manhae
I ready know nan ajuh jikkamjeokeuro (I don’t wanna say goodbye)
Don’t say goodbye ibyeoreul malhajima
Don’t say bye bye narul ddeonajima
Sarangeul ddeonaseo naran saramaege ireojima (Because I love you)

Don’t say no no no nae nuneul pihajima
Han georeum han georeum wae meoreojiryeo hae
Don’t say no no no keureon pyojeongeun shireo
Nunmullo ireohkae aewonhajanha

Please don’t go go go jebal ddeonagajima
Don’t break my heart Don’t you break my heart
Narul ddeonajima yeah, still loving you

Please don’t go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu
Gingin shigandeuri neorul jiweogagetjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Maeil maeili akmongilgeoya


Sunday, January 15, 2012

Pemandu, Kereta dan Tabiat #11

Korang pernah tengok atau terlibat dalam situasi seperti di bawah?






Haaaa... Pernah tak? Pernah tak? Hehehe... Aku baru je terlibat dalam situasi sedemikian masa pergi makan malam tadi. Masa kat kawasan yang terang benderang diterangi lampu jalan, relax je potong kancil aku yang dipandu sederhana laju. Tak sabo2 memotong lak tu. Gelojoh sungguh.

Tapi bila sampai kat kawasan gelap gelita bak lohong hitam, tiba2 slow lak. Siap aku bole rapat lagi. Tapi sebab tadi dia act sangat nak potong2 dengan gelojoh, kali ni aku nak balas lak. Aku tak potong dia. Cuma aku cucuk2 je kereta dia dari belakang. Hahaha...

Jahat tak aku?


Thursday, January 12, 2012

Spontaneous Thursday #2

Cakap English ngan member Melayu, kena kutuk.
Macam mana Melayu nak maju kalo ada mentaliti macam ni.
Lagi2 kalo mentaliti macam ni ada di kalangan budak universiti.
Harus diingat, kalo nak keje kat multinational company, English tu penting.
No English, no job.
Pegi keje kerajaan.
Tu pun masa interview mungkin kena speaking English gak.
Tak tau berbahasa English, cakap awal2.
Jangan perli orang speaking English kalo sendiri yang tak paham.
Ini keje bangang.


p/s: sempena terbaca status bekas budak praktikal kat Facebook. lagi satu, mana yang free tuh, harap tolong la jawab poll yang aku buat kat sidebar kiri tu. hehehe...


Wednesday, January 11, 2012

Langgar Dada Pegang Muka

Hari ni agak busy. So takde masa nak update panjang2. Aku pun pilih la topik yang senang dan tak yah nak tulis panjang2. Sebelum itu, korang layan video ni dlu.




Ada penyokong Barcelona kat sini? Hehehe... Harap tidak butthurt la ek. Tujuan aku wat entri ni pun bukan nak hentam Barcelona pun. Diving, berlakon ngan pura2 sakit ni dah sinonim dah ngan arena bola sepak. Sumer team (or maybe bukan sumer) mesti at least ada sorang yang pandai diving dan berlakon sakit ni.


p/s: tapi bab belajar cara nak diving masa training, itu aku sure la pulak kan.


Tuesday, January 10, 2012

Kaspersky Internet Security 2012 = RM 23


 
HARGA ISTIMEWA SEMPENA CHINESE NEW YEAR!!


Sape dekat sini pengguna Kaspersky? Nak beli tak Kaspersky Internet Security 2012 dengan harga yang murah? Sebenar nyer bukan aku yang jual. Kawan aku yang jual sebenar nyer. Dia mintak tolong aku carik customer. Member aku ni Azam. Korang bole check out dia nyer blog kat SINI. Untuk senarai list harga yang lengkap (sebelum dan selepas promosi), korang bole klik kat SINI.

Mengikut apa yang aku paham, dia hanya bagi activation code ngan software, which means takde CD whatsoever. Untuk cara2 pembelian, korang bole ikut langkah2 seperti yang tertera kat bawah. Sebab2 kenapa harga nyer murah, korang bole baca kat SINI.


Cara tempahan

1. Email atau sms produk yang dikehendaki

2. Tunggu pengesahan daripada Azam

3. Buat pembayaran ke akaun seperti yang tertera di bawah

4. Emailkan gambar slip pembayaran

5. Sms pemberitahuan pembayaran

6. Tunggu activation code dan download software




Kepada yang ragu2 akan kesahihan iklan ni, korang bole contact terus Azam (email dan no. phone seperti yang tertera) untuk negotiate secara terus. And as additional information, Azam ni skang menetap di Kulim. So kalo nak melepak sambil sembang2, bole call dia. Tapi jangan lupa ajak aku skali kalo korang nak belanja. Hehehe...

Sebarang persoalan yang berada di minda, bole contact Azam terus. Kalo korang segan, korang bole tinggalkan soalan kat ruangan komen supaya aku bole ajukan soalan tersebut kepada tuan nyer.


**********Banner**********
 *************************


Sunday, January 8, 2012

Sebab Malas Driving Kat KL


 
Kalo orang yang dah kenal aku, mesti diorang tahu yang aku ni jenis malas nak drive kat dalam bandar KL, walaupun kadang2 terpaksa. Tapi kalo ada option laen, memang aku tak kan driving kat KL nih. Ada beberapa sebab kenapa aku malas nak drive kat KL.


1. Jem.

Seperti korang sedia maklum, jalan di sekitar bandar KL ni sangat jem, especially apabila waktu peak. Cuma ada satu masa je yang jalan kat KL jadi lengang. Masa Hari Raya.


2. Jalan berselirat

Jalan berselirat ni maksud aku jalan yang banyak cabang. Untuk orang luar macam aku, datang ke KL ni umpama masuk ke hutan belantara. Nak kena ada GPS baru bole sampai ke destinasi. Takde GPS memang tak sampai. Hehehe...


3. Tol

Yang ni bukan sumer jalan yang ada tol okay. Aku pun tahu. Tapi ada sesetengah nyer yang dikenakan tol. Aku tak tau la jalan yang mana kan. Aku bukan nyer hafal sangat nama2 jalan kat KL ni. Tapi macam biasa, orang luar macam aku ni yang tak tau shortcut nak ke satu2 tempat, kadang2 terserempak gak la dengan tol ni. Pastu aku dok fikir la, kalo tiap2 hari gi keje kena lalu tol, bole pokai gak duit.


DAN YANG PALING LASSSTTT SEKALI...


4. Perhimpunan aman@haram

Yes... KL ni kan pusat bandar. Ibu negara. So, sumer jenis perhimpunan tak kira aman ke haram, mesti la nak buat kat KL. Baru la gempak. Ramai orang join. Yang ni pun menyumbang kepada faktor no. 1 tadi, iaitu jem. Tapi kalo dah ada perhimpunan aman@haram ni, tak bole nak buat apa dah la. Either join perhimpunan itu atau korang kena patah balik cari jalan laen.




p/s: entri sempena perhimpunan aman esok.


Saturday, January 7, 2012

Voice Recovery Lepas Makan Pil Ambien

Tom Rohe merupakan salah seorang penyumbang suara untuk iklan komersial seperti Nissan dan Walt Disney. Tapi tu sumer 2 tahun lepas la. Selepas dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gigi bongsu dia pada tahun 2009, berlaku nyer clicking kat rahang beliau ketika dia melakukan theatrical performance.

Lepas tu dia dikenal pasti menghidap masalah "temporomandibular joint disorder" atau lebih dikenali sebagai TMJ. Tapi lama kelamaan dia juga mengalami masalah percakapan. Oleh sebab itu, dia tak dapat nak melakukan tugas sebagai voice-over untuk iklan komersial. Kalo korang nak tahu, masalah yang Tom Rohe ni agak misteri sehingga kebanyakan doktor dan pakar yang dia temui tidak dapat memberi pertolongan kepada beliau.


[Korang bole tengok macam mana masalah yang Tom Rohe alami]


Tapi... Miracle happened to him unexpectedly. Selepas dia mengambil pil Ambien untuk masalah tdo dia, dia perasan suara dia mula kembali ketika bercakap dengan awek dia.




"He might be having muscle spasms from some other source, and the Ambien allows him to relax enough that the muscle spasms stop and he can speak normally," kata Lawrence N. Wallace yang merupakan consultant dalam bidang oral and maxillofacial surgery.


Sumber: Yahoo! Shine

Friday, January 6, 2012

K-Pop hairstyle yang... Err...

Hari ni aku belum ada mood lagi nak menulis. Tapi tangan gatal gak nak update blog. So hari ni aku pilih topik yang bole dibincangkan tanpa perlu menaip banyak2. Just letak gambar, korang dah bole faham apa yang aku nak sampaikan. Tajuk topik pada hari adalah... Sila rujuk tajuk kat atas ek. Hehehe...

Kalo kat US, Lady Gaga terkenal dengan style dia yang pelik dan pakaian nyer yang bole membuatkan kita menyebut "What the Fuuuuu!!!" bila kita tengok. Tapi ari nih mari kita tengok style belah Korea lak. K-Pop. Tapi kita fokus bahagian rambut ye. Hehehe...


Sandara Park - 2NE1



Taeyang, G-Dragon and T.O.P - Big Bang



Key - SHINee



Song Jieun - Secret



Teen Top



Sunny - SNSD



Tapi bagi aku, rambut Sunny tu comel pe. Takde teruk mana pun. In fact, tak teruk langsung. Tapi yang Teen Top tuh, memang bole membuatkan aku berkata "What the Fuuu!!!".


Tuesday, January 3, 2012

IU - You and I

Hello awek2 comel dan lelaki yang sker tengok awek comel.


Korang nak layan MV awek comel dari Korea yang sememang nyer comel and at the same time, MV dia menarik macam korang tengah tengok citer Walt Disney zaman korang kecik2 dlu?




Kenal tak IU? Kalo korang tengok Dream High, korang mesti kenal IU tu sape. Aku kenal awek comel ni pun lepas tengok Dream High ler. Sebelum ni tak pernah amek port pun. Hahaha... Tapi apa pun, aku bukan buat entri ni untuk bersembang pasal IU. Tapi hari ni aku nak share lagu budak ni yang tengah top skang nih. Jadi, korang layan je...




Sigyel bomyo soksagineun bimildeul
Ganjorhan nae mamsogi yagi
Jigeum ne moseubeul hechyodo joa
Nareul jechokhamyon halsurok joa
Nae ireum bullojwo

Son teumsero bichineun
Nae mam deulkilkka duryowo
Gaseumi mak bokcha sorowo
Jogeumman kkok chamgo nal gidaryojwo
Norang narangeun jigeum andweji
Sigyereul do bochego sipjiman~
Nega itdon mireso
Nae ireumeul bul~lo~jwo~

Nega monjo yotbogo on sigandeul
Nowa nega hamkkeyossotji
Narang norajuneun geudega joa
Nega murobomyon geudedo joa
Nae ireumi mwoya

Son teumsero bichineun
Nae mam deulkilkka duryowo
Gaseumi mak bokcha sorowo
Jogeumman kkok chamgo nal gidaryojwo
Norang narangeun jigeum andweji
Sigyereul do bochego sipjiman~
Nega itdon mireso
Nae ireumeul bul~lo~jwo~

Nun kkambakhamyon oreuni dwel goeyo
Nal arabogetjyo
Geuden giokhagetjyo
Geure gimyohetdon ai

Son teumsero bichineun
Nae moseup cham jota

Sonkkeuteuro dollimyo
Sigyetbaneura dallyobwa
Jogeumman do ppalli narabwa
Du nuneul kkok gamgo mabobeul gonda
Norang narangeun jogeum namatji
Myot nal myotsiljin moreugetjiman~
Nega isseul mireso
Hoksi nega hemendamyon
Noreur arabol suitge
Nae ireumeul bul~lo~jwo~




Monday, January 2, 2012

Yang Tak Menarik Semasa Blogwalking

Apa yang korang bakal baca ni hanya pendapat aku je. Orang laen mungkin kata "Benda ni best apa. Apsal ko tak sker lak?" Tapi pada pendapat aku, apa yang aku bakal bagitau ni adalah something yang membuatkan aku agak malas sket nak terjah blog korang. Bukan tak terjah langsung. Tapi mungkin setakat tinggalkan jejak kat shoutbox je la tanpa baca entri2 korang.


No Right Click

Blog yang tak bagi right-click ni memang berlambak. Well, maybe diorang ada alasan yang tersendiri atau maybe diorang sker2 je buat. Ntah la. Korang yang mana agak2? Aku dah pernah bincang dah isu ni kat SINI. Korang bole baca sendiri kalo berminat nak tahu.

Aku bukan kata aku tak sker blog2 yang tak bagi right-click ni. Ada je blog2 diorang ni yang best. Cuma kadang2 tu rasa annoying sket sebab tak bole nak right-click link entri korang yang laen. Tak kan nak baca satu satu kot. Amek masa kalo gitu. Daripada nak baca 5 entri, last2 baca 2 je. Tak ke rugi?

Kalo internet laju takpe la gak. Kalo pakai berukband? Terpaksa la tunggu cam beruk nak tunggu page loading.


[Sape sebut nama aku tadi?]


Kan senang kalo aku bukak page banyak2. Pastu baca satu entri sementara tunggu entri yang laen siap loading. Kan kan... Anyway, aku dah solve problem ni. Hehehe... Apa susah. Drag je link korang kat toolbar. Hehehe...


Background Music - Takde Pause Button

Korang kena paham. Tak sumer blog reader sker baca sambil dengar muzik at the same time. Contoh nyer orang macam aku. Aku memang tak leh concentrate baca kalo sambil mendengar muzik. Sebab tu kalo aku study, aku tak bole dengar muzik. Satu apa pun tak leh masuk otak.

Bole je kalo nak letak background music. Tapi cari la yang ada pause button. Walaupun aku takde masalah sangat dengan widget yang takde pause button (sebab aku mute je speaker aku), tapi masalah tu akan timbul bila aku nak tengok video yang korang upload kat blog (if any).


 [Takpe2. Aku bole pasang radio sendiri kalo aku nak dengar]


Bayangkan. Ko nak tengok video. At the same time muzik korang tak leh nak pause. Bila korang play that video, agak2 apa yang korang dengar? Agak2 bole paham tak apa yang video tu cakap? Agak2, apa jadi pada mood korang? Good... Skang korang dah paham?

Haaaa... Kan dah ada banyak persoalan yang berada diminda.


Banyak Join Contest-Tag Game

Aku tahu korang sker join contest or tag game ni. Especially hujung2 tahun. Lagi banyak contest yang dianjurkan. Yela. Kadang2 korang bosan gak asyik tulis entri je tiap2 ari. Kadang2 nak gak join2 contest ni. Bukan nyer ada idea sangat pun nak tulis entri tiap2 ari, kan...

Actually, aku takde cakap salah pun. Aku pun kadang2 join gak. Cuma kalo daripada 5 entri kat blog korang, sumer je entri pasal contest. Abes, apa yang aku nak baca? Korang rugi visitor kat situ. Tapi blog yang jenis macam ni jarang aku jumpa. Bagus la kalo gitu.


Widget FB - Tunggu 15 Saat Baru Bole Baca

Korang pernah jumpa blog yang macam ni? Blog yang camni pun jarang2 jumpa gak. Aku tak ingat la widget FB tu yang macam mana. Tapi kalo tak salah aku, yang like2 page orang tu kot. Bila korang bukak blog tu, akan ada pop-up benda ni. Pastu korang kena tunggu 15 saat baru korang bole baca. Kalo tak nak tunggu, korang kena like page diorang.

Bole lak gitu kan. Kalo aku malas nak tunggu, aku tekan je butang pangkah. Peduli apa aku. Banyak lagi blog laen yang aku nak blogwalking. Laen kali kalo nak bubuh gak, letak yang ada bole pangkah. Tak elok paksa2 viewer. Tak berkat duit Nuffnang. Hehehe...


Tetapi... Dalam2 tak sker pun, aku terjah je blog korang walaupun korang ada element2 seperti aku cakap tu. Aku kan budak baek. Hehehe... Tapi ikut mood aku gak la. Kalo mood tak berapa nak baek, mungkin blog korang kena skip je.


Sunday, January 1, 2012

New Year and New Look

Selamat Tahun Baru sumer...

2012 datang menjelang. Alhamdulillah, laptop aku tak buat hal macam dlu bila menjelang tahun baru. Macam biasa, aku tak pernah ada azam untuk tahun baru.

Korang sumer tahu tak yang shoutmix akan membatalkan free service diorang. Which means, free shoutmix yang korang mungkin tengah pakai skang bakal ditamatkan perkhidmatan nyer menjelang tahun baru. Korang bole tengok sendiri status shoutmix korang macam kat gambar bawah ni.




Since shoutmix ni dah bertukar daripada free ke berbayor (bukan adebayor ye), dengan ini aku mengumumkan it is the end of shoutmix era dalam blog So Full of Myself ni. Sekian, terima kasih... Hehehe... Pada 24 Disember lepas, aku telah beralih ke Cbox lak, walaupun aku tak berapa gemar sangat sebab bila loading, shoutbox dia ada tendency untuk jadi macam ni.


[Gambar shoutbox baru masa mula2 pasang]


Memandangkan aku pun dah pasang shoutbox baru (seminggu is still consider as baru kan), aku pun terfikir, why not bagi blog aku ni a new look. Yes. A new look sempena tahun 2012. Lagi pun aku dah lama gak pakai template yang asal tu. Ada la nak dekat setahun lebih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...