Sunday, March 9, 2014

Kehilangan Boeing 777 MH370

Dah lebih daripada 24 jam pesawat MAS Boeing 777 MH370 dilaporkan hilang daripada radar. Sampai sekarang masih tiada khabar berita yang sahih tentang apa yang berlaku pada pesawat tersebut. Yang ada hanya spekulasi semata2.

Pesawat MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 jam 12.41 tengah malam dijangka tiba di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi semalam. Tetapi pesawat tersebut hilang daripada radar 2 jam selepas berlepas.


boeing 777, mh370, malaysia airlines, MAS, kehilangan pesawat


Aku ikuti berita sejak pagi semalam lagi. Daripada menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 sampai servis kereta kat Perodua, aku still ikuti perkembangan berita pasal kehilangan pesawat Boeing 777 nih. Macam2 spekulasi keluar kat Facebook mahupun kat group WhatsApp. Ada yang kata kapal terbang nih mendarat kecemasan di Nanning, China (mula2 ingat Naning Melaka). Ada gak yang kata dah terhempas kat perairan Laut China Selatan. Tapi kita still tak tahu apa yang sebenar nyer berlaku kepada pesawat tersebut.

Dan terkini, pesawat MH370 dipercayai mungkin berpatah balik atas sebab2 tertentu. Tetapi pihak MAS membuat laporan bahawa tiada sebarang isyarat kecemasan yang diterima. Pihak polis pulak menolak ancaman pengganas sebagai faktor utama, tetapi tidak menolak andaian tersebut.


boeing 777, mh370, malaysia airlines, MAS, kehilangan pesawat, #prayforMH370


Sama2 la kita doakan semoga penumpang MH370 ni terselamat daripada malapetaka yang menimpa. Takziah kepada keluarga2 mangsa yang terlibat. Dan hentikanlah spekulasi2 yang tak membantu dan yang paling penting, stop buat statement yang bangang tahap facepalm. Dan please, stop politicizing this issue.

 

13 comments:

adi said...

pray for MH370..
MH370 please come back

Azlan Strider said...

amin...semoga mereka akan ditemui dalam keadaan yang selamat...

Regards,
-Strider-

puteri kasih said...

moga akan dipermudahkan segala urusan mencari dan menyelamat

Shahrul Yusof said...

Malaysian dah teruk sangat berpolitiknya, sampai perkara musibah macam ni pun still tak berubah.

Sally Samsaiman said...

sedih sangat rasa...sayu...cepat la pulang

LydSunshine said...

ke manakah menghilang kamu mh370?

TS said...

pray for MH370...

Niesa said...

haah..dh mcm2 spekulasi dah timbul..hemm..semoga mereka kembali dlm keadaan selamat..pray for them.. :(

aswadz said...

@adi: let's pray for them.

@azlan: amin...

@puteri: moga dipermudahkan.

@sylarius: btol tuh.

@sally: #prayforMH370

aswadz said...

@lyd: ia nyer menjadi tanda tanya kpd kita.

@ieyla: marilah sama2 kita berdoa utk mereka.

@niesa: btol tuh. mcm2 spekulasi yg timbul selagi perkara sebenar x diketahui.

Mizz Aiza said...

kalau tengok berita je mesti tak sabar nak tahu perkembangan terkini.. teruskan berdoa..

zuhdi sanusi said...

adakah hanya sekadar musibah dn ujian dr nya atau ada mksud tersirat disebalik kejadian..,
semoga semuanya dipermudahkan.,

aswadz said...

@aiza: tp 2-3 ari nih, kurang dah perkembangan.

@zuhdi: ntah la. susah nak wat kesimpulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...