Friday, June 18, 2010

Lupa

Tajuk ari ni, adalah "lupa". Ni sumer pasal kejadian petang tadi, yang menimpa diriku ini. Pernah terjadi tak korang, tiba2 je korang bole lupa sesuatu benda. Walhal tiap2 ari korang buat benda tu. Apa yang terjadi pada aku petang tadi adalah begini. Petang tadi aku nak bukak la emel keje aku. Ntah macam mana, bila aku nak taip password tu, aku bole jadi blur. Tak ingat apa password aku. Ajaib tak. Padahal baru je semalam aku tekan password dia. Mula la jiwa aku tak tenteram. Dan2 time tu gak la aku berusaha untuk mengingatkan balik password aku. Dah macam2 kombinasi nombor aku taip, sumer tak leh. Last2, aku wat2 tak pedulik je (padahal still tengah fikir lagi time tu), terus aku gi mandi.




Ni lagi satu ajaib. Lepas aku mandi tu, aku try bukak balik. Kali ni, ntah macam mana bila aku taip tu, jari aku ngan automatik nyer menaip password yang betol (maklum la, dah slalu taip password tu, maybe jari aku ni ada ingatan tersendiri), dan automatik kepala otak aku remember balik password tu. Jadi, aku rasa next time mungkin aku kena catit password aku ni somewhere else, supaya in case aku ada short term memory lose, aku still bole detect password aku apa.

Baek la, perenggan ni akan menyompang sket dari tajuk. Ok, bukan menyimpang sket la. Banyak rasa nyer. Ni pasal World Cup, yang sedang berlangsung. In fact, aku tengah tengok ni, USA lawan Slovenia. Kalo ikutkan aku la, minggu ni banyak gak shock dalam World Cup kali ini. Setakat ni, dah 3 pasukan "besar" tumbang ngan pasukan "tak bape nak besar". Fenomena ini dimulakan dengan kekalahan Spain kepada Switzerland, diikuti dengan dengan kekalahan France di tangan Mexico dan juga Germany yang berjaya dijinakkan oleh Serbia. Agak2 England akan kalah ngan Algeria tak? Hhhmmmm...

Wednesday, June 9, 2010

I ran out of idea...

Tajuk menceritakan segala nyer. Jadi, aku malas nak taip untuk explain? Bole tak? Hahaha... Takpe la, meh aku explain kan. Sejak dua-menjak tiga-menjak ni, aku perasan yang aku ni kekurangan idea untuk dibuat blogging. Aku banyak post pasal anime daripada post pasal benda2 yang takde kaitan ngan anime. Mungkin aku dah kehabisan idea. Patut la lampu mentol kat kepala aku ni jarang menyala skang (ada paham?). Atau mungkin juga aktiviti2 harian aku semakin membosankan, sampai takde mende yang nak dikongsikan sebab terlalu bosan untuk dikongsi atau pun aku pernah kongsi kan dlu dalam entri2 aku yang sebelum ini.

Semakin bosan idup aku ni. Siang keje, malam makan roti jek. Yang tak bosan time aku balik kuala, atau ada Cik Ida untuk menemani aku. Haaaaa...


Regarding pasal keje, ujung bulan ni aku kena anta abstract untuk research paper conference. Conference tu kat Sarawak. Ni ada kemungkinan bos akan sruh aku gi, sebab paper tu aku yang kena tulis sendiri. Aarrgghhhhh.....

Saturday, June 5, 2010

Sistem Rating untuk Anime

Sistem anime ni saje je aku buat kan, memandangkan bagi ulasan je watpe kan. Baek aku bagi rating skali untuk anime yang aku dah tengok kan. Baru la orang bole tau best ke tak best. Tapi rating tu based on myself la kan. Mungkin untuk aku best, untuk korang tak best. Tapi pedulik hape aku kan. Blog aku. Hahaha...

Untuk rating yang aku bagi, aku kategorikan kepada storyline, character, colour & effect dan juga bonus. Untuk bahagian storyline, yang ni aku bagi berdasarkan jalan citer anime tersebut. Kalo jalan citer anime tu menarik, dengan tanpa segan silu nyer, aku bagi rating tinggi la. Untuk character lak, yang ni aku bagi pada lukisan2 character2 untuk anime tu. Kalo watak2 dia menarik, comel dan sebagai nyer, akan menjanjikan rating yang tinggi gak. Colour dan effect, aku rasa korang tau kot macam mana aku akan bagi rating kot... Bonus lak, markah bonus yang aku bagi, based on ke"teruja"an aku untuk menonton. Jadi, antara banyak2 tu, bonus rating yang penting tu. Hehehe...


Umineko no Naku Koro ni (Rating: 4.25)


storyline: *****
character: ***
colour&effect: ****
bonus: *****


Kurokami the Animation TV (Rating: 3.25)


storyline: ***
character: ***
colour&effect: ****
bonus: ***


Soul-Eater (Rating: 4.75)

storyline: *****
character: ****
colour&effect: *****
bonus: *****

K-On! (Rating: 3.5)

storyline: **
character: ****
colour&effect: ***
bonus: *****


Kuroshitsuji (Rating: 2.25)

storyline: **
character: ***
colour&effect: **
bonus: **


Ookamikakushi (Rating: 2.50)

storyline: ***
character: **
colour&effect: ****
bonus: *


07 Ghost (Rating: 3.75)

storyline: **
character: *****
colour&effect: *****
bonus: ***


Jadi, carta untuk ke tujuh2 anime ini adalah seperti tertera di bawah.


1. Soul-Eater                              4.75
2. Umineko no Naku Koro ni      4.25
3. 07 Ghost                                 3.75
4. K-On!                                     3.50
5. Kurokami the Animation TV    3.25
6. Ookamikakushi                        2.50
7. Kuroshitsuji                              2.25

Slap Up Party - Arad Senki

Selesai dengan anime 07-Ghost, anime yang tengah aku tonton skang adalah Slap-Up Party - Arad Senki. Aku baru je tengok 3 episod. Jadi tak pasti lagi sama ada citer ni best ke tak. Macam ok gak la. Tapi takleh la aku nak komen lebih2. Tapi anime ni Korea nyer kot, walaupun bahasa dia dalam Jepun. Sebab aku tengok nama2 yang kuar masa opening tu banyak nama orang Korea jek... Dan lagi satu, kini aku memperkenalkan satu sistem baru, iaitu sistem rating, di mana aku akan rate kan (paling tinggi 5) anime2 yang aku baru abes tengok. Aku akan ratingkan sumer anime2 yang aku post kan sebelum ini, dan explain sket tentang sistem rating itu...




Alternative Title:
スラップアップパーティ −アラド戦記− (Japanese)

Genres: adventures, comedy


"Swordsman Baron travels the world of Arad to find a way to heal his demonic left arm. Accompanying him is Roxy, the ghost of a woman who unwillingly unleashed the evil that also caused Barons transformation. On their travel they get to know other fighters who accompany them and soon they call their group the "Party"."






References: Anime News Network, YouTube

Tuesday, June 1, 2010

Bulan May, bulan pelbagai emosi

Sedih, gembira, tension, cemas, overjoyed, letih (letih tu emosi ke), bimbang, menyampah. Pendek kata, sumer nyer ada lah. Bulan May tahun ini bermula dengan perkara yang mengejutkan aku, yang meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah hidup aku. Iaitu pemergian ayahanda yang tercinta ke rahmatullah. Memang sedih sangat2 la time ni. Tapi berkat Cik Ida dan member2 aku yang datang menziarah aku during that time, aku kuat kan semangat aku. Apatah lagi, sebagai lelaki sulung dalam family, kena la tunjuk kuat sket. Mana bole nangis sker2 ati kan. Tapi bimbang lak, macam mana mak aku lepas ni, sape nak jaga. Tapi naseb baek la, hal tersebut dapat diatasi, buat masa sekarang.

Pastu aku sibuk lak dengan tugasan di tempat keje. Tapi kira ok la kan. Takde la aku fikir sangat masalah2 aku time tu. Tapi pertambahan keje la yang menensionkan aku (ada tak perkataan menensionkan dalam kamus?). Tapi alhamdulillah, tension tu kejap je. Siap keje, ilang la tension aku tu. Hehehe... Pastu, macam yang aku pernah post kan blog aku, ada satu minggu tu, straight berjalan dari satu tempat ke tempat laen. Yang ni lak, meletihkan fizikal dan rohani aku. Dan juga mengabeskan duit aku. Wahahaa...

Kejadian radiator bocor lak mencemaskan aku untuk sementara waktu, seperti yang aku citer kan sebelum ni la. Maklum la, tak pernah handle benda2 gini. Tayar pancit ada la. Pastu menyampah lak dengan kelewatan brader tu untuk repair kereta aku. 2 jam aku tunggu tau. Bukan kejap tu. Dan yang pasti, perasaan gembira dan overjoyed tu adalah apabila Cik Ida datang melancong ke Kulim, khas untuk berjumpa dengan aku. Hehehe... Daripada pekan Kulim Bukit Ijau, dari Kulim ke Queensbay, dari Queensbay ke Padang Kota. Memang berjalan je la kitorang time tu, especially ari Sabtu lepas. Sampai Cik Ida sakit kaki, aku sakit kepala. Hahaha... Untuk citer percutian aku yang lebih detail untuk kali ini, korang bole klik kat sini atau kena blog Cik Eeda iaitu She Says... (Archive bulan June - Load of Pics)






Tapi, yang paling MENGECEWAKAN aku, sudah semesti nyer belanjawan aku... Langsung takde bajet untuk menyimpan. Duit lebih pun tak sampai RM100, which means kalo aku nak simpan gak, kena campur dengan balanced bulan Jun ini. Sedih2...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...