Saturday, June 26, 2010

Akai ada ka?

Entri ni berkisar pasal dua benda. Bola dan bad attitude. Jadi, apa kena mengena ngan bola dan bad attitude. Sebenar nyer, takde kena mengena pun. Tapi dua2 tu ada kena mengena ngan aku. Malam tadi aku gi la tengok bola. Portugal lawan Brazil. Walaupun seri 0-0, tapi match dia entertaining gak la. Time tengok bola tu, ada la satu mamat ni datang duduk kat meja bersetentang ngan aku. Cuma susunan meja dia berlainan daripada aku. Kira nyer, kedudukan dia "perpendicular" (bahasa engineering sket) ngan aku. Korang paham tak apa aku cakap ni?

Aku observe gak la kejap mamat ni. Sebab aku tengok mamat ni pelik semacam je pemakaian ngan attitude dia. Rambut pacak. Ok la tu kan. Tengok bola. Ada la gak macam rambut pemain bola kan. Ala2 rambut David Beckham yang dlu2 tu. Macam Ultraman pun ada aku tengok. Wakakaka... (Bukan waka2 lagu Shakira tu ek) Pastu budak tu pakai seluar londeh. Ok la tu kan. Aku pun pakai jeans style londeh2 gak. Tapi kan, kalo ko nak pakai londeh2 pun, pakai la baju yang size nyer bole cover spender ko tu. Apa ke bangang nyer budak ni, pakai sluar tapi tayang spender. Pakai la baju besar sket, supaya bole cover.

Tu satu bangang dia. Ni lagi satu kebangangan dia yang telah beliau tonjolkan dengan jaya nyer. Dia ni aku tengok macam seorang perokok tegar. Sebab during tengok bola tu, ntah bape batang rokok dah dia hisap. Datang2 je, hisap rokok. Order makan. Makanan sampai, dia makan. Sejurus je lepas makan, terus hisap rokok. Bukan sambung hisap rokok tadi. Of course la hisap batang rokok yang baru kan. Nak mati cepat la tu. Tak sampai 10 minit, dah hisap rokok yang baru. Tapi part ni yang dia menunjukkan dia bangang ni. Kat depan dia, ada bekas abu rokok ngan pinggan yang dia baru lepas makan tadi. Cuba teka, abu rokok yang dia tengah hisap tu dia buang kat mana. Kat pinggan... Kejadah nyer ko buang abu rokok tu dalam pinggan, dah kalo depan mata ko ada bekas abu rokok. Bodo ke hape... Dah la tu, kat meja dia duduk tu bukan ada satu je bekas abu rokok. Ada dua... Tapi dia bole buang dalam pinggan lak... Ish3...

Mengganggu konsentrasi aku nak tengok bola je. Laen kali duduk jauh2 ek. Jangan duduk depan aku kalo nak wat benda pelik2... Akai ada ka?

Friday, June 25, 2010

Kara no Kyoukai - The Garden of Sinner

Bersama sekali lagi kita dalam episod terbaru anime review. Ececece... Rasa nyer aku dah lama tak wat anime review ni. Last time aku wat 5 Jun. Skang dah 25 Jun dah. Lama sebab takes time nak hadam ke semua 25 episod anime Arad Senki. Citer pun agak average. Lagi la amek masa nak abes kan. Tak sanggup nak tengok banyak2 dalam masa satu hari. Kira nyer, tak leh la nak wat marathon. Hak3...

Baek la, kita move on to the next anime review. Ari ni aku nak wat review pasal anime Kara no Kyoukai. Sebenar nyer ni bukan la anime biasa. Lebih kepada anime movie atau OVA sebenar nyer memandangkan anime dia lebih kurang sejam untuk setiap episod. Time aku taip entri ni, aku dah pun tengok 4 episod out of 5. Jadi anime review seterus nyer akan muncul dalam masa terdekat. Yang pasti, this week la.

Kisah anime ni berkisar kepada citer sorang laki ni, dan juga seorang pompuan ni (apa yang aku cakap ni???). Yang si pompuan ni, Shiki nama nyer. Mengalami masalah dual personality dan mempunyai secret power. Pastu pompuan ni sker bunuh2 lak. Ada killing intention la lebih kurang macam tu. Yang laki ni, Kakutou nama nyer. Bole lak dia berani berkawan ngan Shiki ni. Naseb baek tak kena bunuh je si Kakutou ni. Last2, lepas berlaku satu insiden ni, Shiki ni pun koma 2 tahun. Sedar2, ada satu lagi power yang bangkit dalam diri dia. Yang dia tak bape nak bole control sangat, sebab dia still confius. Maklum la, baru sedar dari koma kan. Muncul lak satu pompuan ni yang tolong dia control power dia tu. Last2, pompuan tu tolong ajar dia camne nak control power tu, manakala Shiki akan tolong dia melakukan kerja2 pompuan tu in return of her favour la kan.

Nak lagi jelas, baca je la review kat bawah ni. Aku pun tak bape nak bole explain pasal anime ni. Pasal jalan citer dia agak complicated sket. Kalo budak2 tengok, dah sah2 diorang takkan paham.




Alternative Title:
Boundary of Emptiness
Intets gränsland (Swedish)
The Garden of Sinners (German)
Граница пустоты: Сад грешников (Russian)
空の境界 (Japanese)
空之境界 (Chinese (Taiwan)

Genres: horror, psychological, romance, supernatural
Theme:  murder


" Mikiya Kokuto finds himself intrigued by two things. The first is by Shiki Ryougi a beautiful, yet rather unsociable, girl and the other is the strange series of violent deaths that start occuring in his town. As he attempts to get closer to Shiki, he soon learns that the two are connected and that there are many supernatural forces at work which could very likely get him killed as well."




References: Anime News Network, YouTube


Anime: Slap Up Party - Arad Senki

Rating: 2.25

storyline: **
character: ***
colour&effect:**
bonus:**

Monday, June 21, 2010

Tasik Melati

Sape pernah gi Perlis? Korang ada gi Tasik Melati tak? Aku yang selama ni mengaji kat Perlis selama 4 tahun pun tak pernah pegi. Kelakar tak? Hahaha... Last time aku gi pun, time kakak aku yang sulung dapat kolej swasta kat Perlis. Kolej tu kat Bukit Lagi, betul2 tepi bukit, kat roundabout berhampiran ngan stesen bas Kangar. Skang ni aku rasa kolej tu dah takde dah rasa nyer. Entah la. Aku pun tak pasti. Anyway, time tu pun aku tak ingat umur aku bape. Nak kata kecik, takde la kecik sangat. Nak kata besar, pun tak besar sangat. Sedang2 la senang citer.

Aku baru teringat pasal Tasik Melati ni pun bila member sekerja aku bukak citer pasal tempat ni. Dia kata tempat ni bagus gak kalo nak jadi tempat untuk melancong. Kalo tak caye, jom tengok gambar2 kat bawah ni.









Pastu member aku ni bukak la citer pasal lagenda tasik ni. Konon nyer citer ni orang tua2 yang cakap. Bab ni yang menarik perhatian aku ni. Dia citer pasal kelibat ular raksaksa la. Kedalaman tasik tu yang sampai skang orang tak tau berapa dalam dia. Siap turunkan kapal selam mini pun, still tak jumpa dasar. Pastu kalo jatuh dalam tasik tu, takkan jumpa dah mayat korang. Tapi dia sendiri cakap, yang dia citer tu mungkin sekadar citer semata2. Tak pasti kesasihan citer tersebut.

Pastu aku yang agak berminat ni, search la pasal lagenda tasik melati ni. In case ada yang lagi detail. Tapi hampa, sebab tak jumpa pun citer2 macam tu kat internet. Yang aku jumpa, hanya lah pasal jelmaan tiga gadis misteri kat Tasik Melati ni. Full story dia korang bole la melawat Kedah2U.com. Laen kali kalo aku datang Perlis ngan Cik Eeda, aku nak ajak dia dating2 kat sini la. Macam sesuai je tempat ini untuk amek gambar. Cik Eeda ni kan giler bergambar. Huhuhu...

UPSR dan PMR akan dimansuhkan?

UPSR dan PMR mungkin akan dimansuh

20/06/2010 2:04pm

MUAR 20 Jun — Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Beliau berkata, peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya, pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya. - Bernama


Reference: Utusan Online


Ni baru entri sebenar...

Sebenar nyer, yang atas ni saje2 je letak. Sebab memang aku nak berciter tentang hal ni. Saje, nak kongsi pendapat kan. Bila kuar berita pasal ni, mesti budak2 yang skang ni dalam Darjah 5 dan ke bawah, begitu juga ngan Tingkatan 2 dan Tingakatan 1 berasa gembira apabila mendengar berita ini. Betol tak? Haaaa... Jangan la nak tipu kata tak gembira. Hehehe...

Tapi pada pendapat aku la, tak perlu la sampai mansuh kedua2 nyer skali. PMR tu mungkin la bole dimansuhkan, sebab aku tengok result PMR ni tak bape nak bernilai sangat, tak bape orang pandang sangat. Bole la wat stok untuk dibangga2 je. Last2 result SPM gak orang tengok. Tapi untuk UPSR, result ni agak penting la jugak kan. Memandangkan sape2 yang nak apply asrama penuh, tak pun MRSM akan guna result UPSR kan. PMR lak sekadar digunakan untuk menentukan aliran sains atau aliran sastera. Takde pun takpe aku rasa aliran sains dan sastera ni.

Apa kata untuk penilaian sekolah menengah, Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan sistem CGPA. Haaaa... Brilliant tak idea aku. Muahahaha... Kalo nak guna untuk sekolah rendah, takut agak complicated lak untuk budak2 sekolah rendah nak paham, tapi kalo untuk sekolah menengah, rasa nyer dah bole kot. Budak2 menengah skang ni, bukan budus2. Bijak2 sumer nyer. Kalo tak, takde la masalah sosial menjadi semakin meruncing skang ni (eh, ada kena mengena ke?). SPM tu terus guna sistem CGPA ni. Tak perlu dah nak A1 la, B3 la. Menyusahkan je. Kan senang kalo terus wat 3.00 ke, 4.00 aka four-flat.

Tapi apa pun, Kementerian Pelajaran wajar melakukan survey terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk memansuhkan UPSR dan PMR, agar pelajar2 tidak menjadi mangsa di kemudian hari.

Sunday, June 20, 2010

Untukmu...

Kau lah bidadari dalam hidupku,
Yang slalu hadir di dalam mimpiku,
Bunga yang slalu harum dihatiku,
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku.

Bila kau jauh,
Aku slalu rindu,
Bila kau ada,
Hati kan berbunga.

Ku akan slalu menjadi bintangmu,
Menerangi, gelap dan mimpimu,
Aku setia di sini,
Mengusap tangismu,
Menemani, sunyi di hatimu.

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...