Thursday, May 5, 2011

Man Utd Bertemu Barca Final 2010/11

Yeahhh... Congrats kepada pasukanku, Manchester United sebab berjaya menundukkan Schalke dengan bergaya semalam dengan 4-1 (agregat 6-1). Kelibat Rooney takde pun, still diorang bole memporak-perandakan bahagian pertahanan Schalke.

Anderson merupakan antoganis bagi pihak Schalke tapi hero untuk Manchester United. 2 gol daripada beliau mengkuburkan tentangan Schalke. Nampak nyer Raul terpaksa cakap goodbye la kat piala Champion's League.


[Makan apa si Anderson nih]


Jadi sah la Manchester United yang akan bertemu dengan pasukan Barcelona di final Champion's League yang akan berlangsung di stadium Wembley.


[Manchester United]


[FC Barcelona]

Wednesday, May 4, 2011

Friendster Nak Delete Content

Sape ada akaun Friendster? Aku dlu ada. Skang pun still ada. Beza nyer, dlu aktif. Skang langsung tak pernah bukak. Hahaha... Aku bukan slalu pun layan Friendster ni. Dlu ada pun, serupa je macam takde. Aku tak tau nak wat apa ngan laman web sosial tu. At least Facebook ada game dan application yang menarik.




Baek la. Let us continue with the main conversation. Apa yang aku nak citer kat sini adalah pasal Friendster yang nak delete content2 sempena diorang nak upgrade version yang ada skang. Tapi diorang bukan nak delete akaun korang. Akaun korang still ada.

Akaun korang diorang tak usik. Email login dan password korang still sama. Tak ubah. Cuma segala gambar, mesej, komen, testimonial, blog, forum dan laen2 content yang akan kena delete. Cuma friend list ngan basic information je yang akan dikekalkan.

Tapi korang jangan risau. Friendster ada bagi application untuk korang download gambar2 atau data2 yang korang nak simpan.


Sumber: Yahoo! News

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama Bin Laden - Fake or Reality

Aku rasa berita kematian Osama ni mesti dah tersebar luas kat kaca TV dan dada2 akhbar. Hanya orang yang kurang alert je yang still tak tahu pasal berita ni. Adakah korang antara yang kurang alert tuh? Hehehe... Relax2... Jangan marah aku. Aku maen2 je.

Kepada yang still tak tahu, banyak berita sama ada kat TV, radio atau internet dah melaporkan yang Osama dah mati. Mayat dia lak dikebumikan/ dicampak (sila pilih satu) ke dalam laut.


[Gambar yang konon nyer dikatakan mayat Osama]


Tapi btol ke Osama ni dah mati? Hari ni aku nak bincangkan persoalan itu. Dan mungkin beberapa persoalan yang laen akan turut dibincangkan. I mean, kalo ada la. Gambar kat bawah ni aku petik dari blog The Other Khairul. Mr. K kata gambar ni adalah hoax dan dihasilkan menggunakan kaedah photoshopped.


[Hmmm... Nampak macam photoshopped]


Memang nampak meragukan. Lagi satu, kalo btol la itu mayat Osama, nape campak ke laut? Tak nak bagi orang cam yang itu bukan mayat Osama? Nape tak ditangkap hidup2 pastu torture dia dalam penjara? Macam la tentera AS tak biasa buat macam tu...

Tak kurang juga yang mengatakan kematian Osama ni adalah reka AS semata2. Untuk mendapat sokongan terhadap kepimpinan Barak Obama (ejaan sengaja disalah eja) sempena pilihan raya yang akan datang. Ada juga yang mengatakan Obama cuba mengalih tumpuan orang ramai daripada masalah ekonomi Amerika yang mengalami defisit 500 billion dollar, yang membuatkan diorang ni salah satu antara negara yang bankrap.


[Berapa kali saya nak cakap yang Osama ni dah mati. Tak paham2 lagi ke?]


Ada lagi satu persoalan yang timbul. Iaitu berkenaan ngan kewujudan sebenar Osama bin Laden. itu sendiri. Osama ni btol2 wujud ke atau hanya konspirasi AS untuk menutup aib diorang berkenaan dengan tragedi 11/9. Ada sumber yang mengatakan Osama ni tak wujud. Hanya ada orang yang menyamar sebagai Osama.

Tapi itu la. Tu sumer teori je. Takde bukti2 sahih yang menunjukkan Osama tu dah mati. Hanya gambar2 yang macam edited je.... Takde bukti2 sahih gak yang mengatakan watak Osama tu sebenar nyer sama sekali tak wujud. Hanya mainan AS semata2. Hanya Allah je yang tahu rahsia sebenar.

Pastu kat Yahoo! News tadi, aku terbaca artikel pasal "How Bin Laden Failed to Wreck the U.S. Economy". Well, to be honest, aku tak baca abes pun artikel ni. Hehehe... Tapi of course la dia citer pasal bagaimana pemberontakan Osama yang gagal memporak-perandakan ekonomi AS.

Well, tak perlu pun sebenar nyer. Sebab macam yang aku ada cakap tadi, ekonomi diorang memang tengah down pun. Osama tak yah wat apa pun Obama dah menggelabah...


 [Gambar diambil dari blog Cursing Malay]

"Osama's death will ensure a more peaceful and safe world" - Najib

Bersembang pasal apa yang Najib quote kan selepas berita kematian Osama tersebar. So En. Najib, btol ke? What made you so sure that his death will bring peace to the world? Aku rasa takde nyer. Yang mengganas, perang sana sini tu punca nyer AMERIKA. So? Lagi mau tanya ka?

Monday, May 2, 2011

Kedi?

Sebelum kita membincangkan apa2 dalam entri ni, aku nak mintak korang bukak laman web google, yahoo atau yang seangkatan dengan nyer. Pastu try search perkataan "kedi". Pastu korang klik images. Gambar apa yang banyak?

Takpe. Simpan dlu jawapan korang. Dah abes baca satu entri ni, baru korang komen. Sebab ada lagi soalan yang aku ingin tanyakan.

Soalan pertama. Sape yang bole bagi tau apa maksud perkataan "kedi" tuh? Ke perkataan tu takde apa2 maksud yang significant untuk dikongsikan? Soalan kedua. Apa kena mengena perkataan "kedi" tu dengan gambar yang korang jumpa tadi? Ada sape2 bole explain?

Kalo aku google, paling atas skali adalah wikipedia yang membawa aku ke arah dua filem tamil. Kedi (2006) dan Kedi (2010). Di mana kalo korang bukak link tu, takde gambar atau poster yang ada kena mengena pun ngan gambar yang korang jumpa kat bahagian images tadi. Ini amat la memeningkan kepala aku.

Macam mana aku bole tetiba search perkataan "kedi"? Okay. Meh sini aku kasi citer kat korang. Mula2 tadi aku nak cari gambar kereta yang orang pakai kat padang golf tuh. Ntah macam mana, tiba2 je muncul perkataan "kedi" kat kepala otak aku. So aku search je la. Last2 kuar gambar nih lak.


[Anak kucing]


[Anak kucing...]


[Anak kucing...]


[Dan anak kucing]


Tang mana tuh yang perkataan "kedi" tu ada kena mengena ngan anak kucing? Ada sape2 leh bagitau?


p/s: kereta kat padang golf dikenali sebagai buggy car.

Sunday, May 1, 2011

Iphone & iPad Rekod Lokasi Pengguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wahhh... Dah lama aku tak bercuti pada hari Ahad. Dapat layan EPL kat rumah sendiri semalam. Hak3... Sebelum aku start ngan entri aku hari ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada korang2 yang dah bekerja. Kepada yang blom bekerja lagi, kalo korang lebih2 lak nak merasa Hari Pekerja, sila2 kan la. Takde orang nak halang. Hehehe...

Apa pun, scary tak bila dapat tau yang gadget yang korang tengah pakai, tanpa korang sedari, tengah rekod lokasi korang sedang berada dan stored dalam hidden file. Perkara ni didedahkan oleh Alasdair Allan dan Pete Warden, security researcher.




Kalo ikutkan artikel yang aku baca nih, wireless companies slalu track information2 yang direkodkan tu. Tapi rekod2 tu sumer secure la. Diorang cuma bole didedahkan kalo ada waran daripada polis atau ada arahan daripada mahkamah.

Bagi aku la, secure tu memang la secure. Tapi kalo kena hack dengan hacker yang profesional? Hacker yang wat profit dengan mengumpul data2 peribadi pengguna, pastu scam atau anta perompak untuk rompak korang. Tak naye?


Sumber: Yahoo! News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...