Monday, May 11, 2020

Salam Ramadan Kareem

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak berblogging. Dah setahun setengah tinggalkan dunia penulisan blog. Kekurangan masa. Kekuarangan idea juga barangkali. Ada beberapa draft yang aku pernah tulis dulu. Tapi dah obsolete sebab lama sangat kena peram. Hahaha... Ni pun since satu dunia kena serang dengan pandemik Covid-19, baru la ada sedikit masa terluang untuk update blog since banyak task (kerja, personal, freelance, etc) berjaya di settle kan.

Tujuan aku menulis ni pun, sebenarnya nak wish korang semua, Selamat Menyambut Ramadan Kareem dan selamat berpuasa.




Masa bulan yang baik dan penuh berkah ni, marilah sama-sama kita doakan supaya Malaysia cepat bebas daripada pandemik Covid-19 ni. Actually, selain daripada berniaga online dengan wife aku (Rexylla, boleh refer facebook page kat sidebar aku), aku dengan team aku ada create studio untuk develop motion graphic. Youtube channel pun ada. Yang ni akan aku cerita kemudian (janji yang belum tentu ditepati, kih3...). Apa pun, korang boleh layan dulu video yang kitorang create sempena menyambut bulan Ramadan kali ini. Enjoy.




InsyaAllah kalau ada masa, akan aku update lagi.


Saturday, September 22, 2018

Laju Tak Ke Mana Pun



Bila korang terserempak dengan kereta yang bawak laju giler.
Pastu potong kereta korang bagai nak rak.
Pastu korang jumpa balik dekat traffic light.
Kereta korang sebelah2 pulak tu.
Pernah tak korang terfikir nak angkat tangan sambil tersenyum dekat dia?


p/s: siapa pernah buat, angkat tangan. *angkat tangan


Thursday, August 30, 2018

Teh Tarik Ais

Since Nina dan Pha Is kata aku muncul just untuk ucap selamat hari raya, kali ni aku usahakan juga untuk post satu entri yang takde kena mengena dengan ucapan apa-apa. Tapi esok mungkin ucapan merdeka. Hahaha...

----------
 
Sampai kedai mamak, aku order teh tarik gelas.
Dia dengar teh ais (aku rasa la), pastu laju je dia blah.
Aku was2.
Aku seru dari jauh sambil buat gaya teh kena tarik.
Sampai2 teh tarik ais.

Nasib baik sedap.




Saturday, July 7, 2018

Wrap Up Raya 2018

Aku rasa macam dah lama tak letak gambar family kat dalam blog ni.
Dan aku pun bukan jenis suka bergambar sangat.
Tapi since baru lepas sambut Hari Raya kan.
So why not la up gambar sket kat sini kan.


hari raya, hari raya aidilftri
[My family]


hari raya, hari raya aidilftri
[The bigger family]


Tahun ni Raya belah family aku dulu di Kuala Kangsar. Raya ketiga baru balik belah Kelantan pulak. Hari pertama just melawat saudara-mara dekat2 je. Raya kedua baru pergi melawat saudara-mara area Ipoh lak. Bila dah penat melawat, masing2 dahaga nak minum air (walhal masing2 melantak banyak dah), so singgah la AEON Klebang Ipoh. Ni boleh dikatakan merangkap makan malam terus.


hari raya, hari raya aidilftri, aeon klebang
[2nd Syawal melepak kat AEON Klebang pulak]
 
 
Raya ketiga, lepas Subuh terus gerak balik Kelantan. Kalau gerak lambat2 nanti, ntah pukul berapa sampai nanti. Tapi alhamdulillah, rezeki hari tu. Jalan tak jem sangat. Raya keempat pulak terus gerak ke Marang Terengganu. Family day konon2 nyer.


hari raya, hari raya aidilftri, marang, terengganu
[Family Day di Marang, Terengganu]


hari raya, hari raya aidilftri, marang, terengganu


Tak banyak tempat pun kitorang pergi jalan2 kat Terengganu tu. Banyak masa habis kat mandi pantai, barbeque. Hari Raya kelima  tu sempat la pergi Pasar Payang dan Masjid Kristal. Pastu balik semula ke Kelantan. The rest, melepak kat rumah (ada la jalan sket2) sebelum balik Kulim.

Yang best nyer, Raya kali ni boleh layan World Cup jugak. Hahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...