Thursday, September 30, 2010

10 Handphone Terunik di Dunia

1. Nokia 888


Yang ni handphone mudah lentur. Lebih kepada concept design mobile phone. Unik sebab bole digunakan di pergelangan tangan, macam pakai gelang. Juga bole replace kan jam tangan sebab handphone pun ada tunjuk waktu dan tarikh gak kan. Siap ada menang award untuk design contest lagi tuh. Tapi takde company yang nak kuarkan handphone ni.


2. Hyundai MP-280


Design handphone ni biasa2 je.Cuma yang unik nyer, handphone ni mempunyai kapsul untuk perfume (seperti yang ditunjukkan kat gambar atas). Di mana bila korang flip open je handphone ni, akan tersembur la perfume. Dan perfume ni bole di refill dari semasa ke semasa. Khas untuk pengguna handphone yang jarang mandi dan berbau hapak.


3. Telson TWC 1150


Handphone yang at the same time, jam tangan korang. Handphone ni dicipta untuk membolehkan pengguna memakai nyer di tangan, seperti jam tangan. Atau lebih tepat lagi, menggantikan tempat jam tangan korang. Design dia menarik gak la pada pandangan aku. Anyway, handphone ni pun ada kamera function.


4. SparkFun Port-O-Rotary


Handphone yang design dia too old school. Tapi jangan tersilap. Design je old school. Tapi kalo berdering, bole kuar ringtone, sama cam handphone skang. Tapi weird la kan. Besar gedabak macam ni, camne korang nak letak dalam poket sluar?


5. Nokia SURV1


Lagi satu handphone concept design daripada Nokia. Shock and water proof. Dicipta untuk kegunaan aktiviti2 outdoor. Bole dipakai sebagai tali pinggang dilengkapi dengan touch screen monitor.







6. Dbtel M50


Handphone atau iPod? Design menyerupai iPod, tapi ternyata la ia bukan iPod. Handphone ni takde butang nak tekan2 nombor telepon (keypad orang panggil). So aku tak pasti camne ia nyer berfungsi. Tapi yang pasti, monitor handphone ni pun touch screen gak.


7. BenQ Qube Z2


Handphone berbentuk kubus keluaran BenQ. Tengok cantik, tapi bentuk tu kurang memberangsangkan lak. Tapi kalo tengok video, mesti macam tengok tv kecik kan. Hahaha... Handphone ni ada mp3, voice recorder (wtf?), FM radio dan 1.3 megapixel camera.


8. Nokia Colores


Sejenis handphone yang pelik tapi unik. Yang aku tau, aku sker design ni. Macam gadjet Power Rangers/ Kamen Rider pun ada. Bertukar!!! Hehehe... Satu lagi concept handphone daripada Nokia. Mempunyai function GPS, GPRS, agenda and events tracker, mp3, camera, recording device yang boleh transform suara kepada text (bole ke tukar kalo cakap dalam BM?), biometric scanner for fingerprint recognition, bluetooth, 3G, google earth dan virtual hardrive technology. Wahh... Banyak lak function dia nih.


9. Samsung Serene
Kalo tadi banyak Nokia je punya concept design handphone, yang ni giliran Samsung lak. Handphone ni dilengkapi dengan bluetooth, GPRS, WAP 2.0, MMS dan VGA camera. Kalo slalu monitor kat belah atas, tapi handphone ni nyer monitor kat belah bawah. So takde dah masalah monitor berminyak lepas bersembang2, sebab monitor kat bawah. So tak kena muka korang masa call.


10. Vodafone 904SH


Handphone ni ada function face recognition sensor. Nice job... Tapi design terlalu simple untuk handphone yang ada fungsi secanggih itu. Handphone ni pun ada movement sensor, yang membolehkan korang guna macam guna joystick. Kalo ada 2 orang pengguna handphone ni, diorang bole maen tumbuk2 secara virtually (macam maen game tumbuk2 la), janji diorang ada dalam lingkungan 50 kaki.
Jadi, selesai sudah trivia untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dengan maklumat2 yang lebih berinformasi. Hehehe...


p/s: kalo teringin nak beli handphone yang kat atas ni, spec cari sendiri. sebab ni bukan blog handphone.

Wednesday, September 29, 2010

Jalan terpelik di muka bumi

Sebenar nyer time aku jumpa blog ni, aku tengah cari info pasal ular tadi. Sama ada betul ke ular senduk tu beranak atau ada perkara yang sebalik nyer... Saje je gatal2 nak mencari sebab nak pastikan teori yang aku bagi kat Cik Eeda itu adalah betul. Tapi tengah cari yang tu, aku terjumpa lak pasal ni. So aku pun nak post kan gak la pasal entri ni. Sebab nampak cam menarik untuk entri aku.




Jalan ni merupakan jalan paling lebar. Ada la nak dekat 300 kaki. Jalan ni terletak kat Buenos Aires. Aku wonder macam mana kalo diorang ni nak melintas jalan. Tak ke bahaya? Kalo harap kat zebra crossing tu, tak tau lak kan. Sebab kat Malaysia ni, zebra crossing ni bole dikatakan tak berguna sebab time nak melintas, still kena tunggu time takde kereta, sebab takde nyer kereta nak berhenti sebab ko nak melintas.




Jalan paling sempit terletak kat Castletown, England. Tapi aku rasa kat Malaysia pun ada je jalan2 yang gini. Tapi diorang tak panggil jalan la. Diorang panggil lorong belakang umah. Jiahaha... Sesuai untuk melakukan aktiviti2 yang kurang bermoral kat jalan yang seperti ni, especially time gelap.




Ni lak jalan paling curam, terletak di Dunedin, New Zealand. Hhhmmm... Tapi kalo tengok2 balik, macam takde la curam sangat. Curam lagi aku rasa jalan kat Bukit Fraser tu. Cuma takde rumah kiri kanan je... Bayangkan nak naek bukit tu kena guna gear 2 je. Gear 3 and above sumer tak bole. Kesian aku tengok rumah2 yang kat sepanjang jalan yang curam tu. Kalo berjalan kaki, nak turun tu laju je. Nak naek? Perghhh... Fikir la sendiri...




Skali tengok, macam ular pun ada. Tapi sebenar nyer jalan raya. Apa motif dibuat macam ni, aku tak pasti. Sebenar nyer nak wat straight pun bole aku rasa. Bengong.... Jalan ni terletak San Francisco, USA. Skali lagi, jalan macam ni, kat Malaysia pun ada. Skang ni aku tak sure, tapi dlu2 kalo jalan ikut Gerik, macam ni la jalan dia. Memang termuntah2 la ko kalo tak tahan. Tapi skang tak tau la sama ada dah upgrade ke belum.




Ni lak jalan kat Toronto, Canada. Jalan lurus yang terpanjang, mencecah 1 860 km. Jalan yang macam ni dah sah2 takde kat Malaysia. Kat Malaysia, ko jalan sket, dah jumpa simpang 3 la, simpang 4 la. Kalo kat kawasan pedalaman lak, walaupun takde simpang, tapi jalan bengkang-bengkok lak. So takde nyer nak jumpa jalan yang lurus paling panjang.




Jalan kat Swindon, England. Aku kategorikan jalan ni sebagai "Jalan WTF?" Korang tengok pun, aku rasa korang pening. Tengok pun dah pening, aku rasa kalo drive kat situ, lagi pening. I wonder kalo pemandu Malaysia drive kereta kat sini, apa akan jadi. Hahaha...

Beranak atau bertelur?

Beranak atau bertelur? Tiba2 aku teringat lak citer Indon "Beranak dalam Kubur" tayang time raya ari tu. Siol je... Ok, berbaling kepada tajuk. Korang tau bezakan haiwan (manusia tergolong skali dalam golongan ni yee...) yang beranak ngan bertelur? Mesti la korang tau kan. Sebab dah belajar sains time kat skolah rendah. Tapi sumer yang diajar tu adalah SALAH. Percayalah cakap aku.

Even manusia pun bertelur korang tau tak. Kan perempuan menghasilkan ovum (baca: telur) untuk disenyawakan oleh sperma lelaki (baca: berudu) untuk membuahkan hasil yang sesetengah orang hargai manakala sesetengah orang tak hargai (terutama remaja zaman skang yang kerap buang bayi). Lepas disenyawakan, telur ini berkembang dalam perut perempuan (atau sedap lagi dipanggil ibu) dan lepas cukup bulan baru baby kuar. Iye... That's right. Kita juga DATANG DARIPADA TELUR. Tapi apa yang aku citer ni adalah BOHONG belaka. Manusia beranak, bukan bertelur. Korang dah kena tipu. Jiahahaha...




Anyway, di atas adalah gambar seekor ular sedang melahirkan anak beliau. Tapi tahukah anda bahawa haiwan berdarah sejuk tidak melahirkan anak? Reptilia tergolong dalam kategori haiwan berdarah sejuk yang bertelur. Jadi apakah? Sebenar nyer camni. Ular senduk ni dia bertelur, tapi dia simpan telur dia tu dalam perut sebagai proses pengeraman. Bila dah besar, baru la dia kuarkan daripada perut dia. Tu yang nampak cam melahirkan anak. Sekian, entri ilmiah daripada saya... Jiahoooo...

Tuesday, September 28, 2010

CABI Song

Aku skang ni tengah layan lagu Korea, Cabi Song. Cabi ni kalo tak salah aku, merujuk kepada Caribbean, walaupun video ni diorang wat kat taman tema air je. Lagu ni duet kumpulan SNSD ngan kumpulan Pukul Dua (atau 2PM yang lebih tepat lagi).




Atau anda bole gak layan video ni. Hehehe...

Saturday, September 25, 2010

Photoshop CS Tutorial - Gabung Dua Gambar

Ari tu aku ada citer pasal nak wat tutorial camne nak guna photoshop kan. So ari ni aku nak wat tutorial yang basic2 je. Yang susah2 aku tak reti. Kalo nak belajar, google je la sendiri. Hehehe... Aku pun baru sempat belajar beberapa skill je. Tak banyak pun yang aku reti. Tapi at least aku bole la ajar2 yang mana aku reti kan. Dapat gak pahala mengajar orang.


Tutorial Image 1


Based on Tutorial Image 1.


1. Bukak 2 image yang korang nak combine kan.


Tutorial Image 2


Based on Tutorial Image 2.


2. Drag salah satu gambar tadi ke atas gambar yang satu lagi. (lagi baek kalo korang drag gambar yang lagi kecik ke atas gambar yang lagi besar) Gambar yang korang drag tadi akan jadi layer 1.


3. Korang bole tutup gambar asal yang korang drag tadi sebab dah tak diperlukan lagi lepas ni.

4. Klik add vector mask (#1) to layer 1.

5. Klik pada gradient tool (#2) dan pilih radial gradient (#3) kat toolbar kat belah atas.

6. Klik+hold dan drag pointer kat area yang korang nak jadikan visible (#4).


Tutorial Image 3


Based on Tutorial Image 3.

7. Gambar akan menjadi seperti image yang tertera pada tutorial image 3.

8. Korang bole stop kat sini kalo dah puas hati ngan gambar korang.

9. Kalo korang nak serlah some part lagi kat image korang, klik lasso tool (#5).

10. Klik kat anti-aliased (#6) pastu add feathering (#7). Kat sini aku guna 10 px.

11. Drag pointer untuk wat bulatan (#8) kat tempat yang korang nak expose kan tu.

12. Tekan alt+delete.


Tutorial Image 4


Based on Tutorial Image 4.

13. Kalo terdapat perbezaan gambar yang ketara antara dua gambar tu, korang bole guna brush tool (#9) untuk ilangkan garisan2 boundary tersebut.

14. Pilih soft-round edges (#10).

15. Pastu drag ke spot yang korang nak. Pilih foreground warna putih untuk expose kan layer lebih daripada background dan pilih foreground warna hitam untuk expose kan background lebih.


Jadi, siap lah image anda. So, sampai sini aje la tutorial aku untuk ari ni. Untuk edisi english, korang bole gi kat link ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...