Thursday, September 30, 2010

10 Handphone Terunik di Dunia

1. Nokia 888


Yang ni handphone mudah lentur. Lebih kepada concept design mobile phone. Unik sebab bole digunakan di pergelangan tangan, macam pakai gelang. Juga bole replace kan jam tangan sebab handphone pun ada tunjuk waktu dan tarikh gak kan. Siap ada menang award untuk design contest lagi tuh. Tapi takde company yang nak kuarkan handphone ni.


2. Hyundai MP-280


Design handphone ni biasa2 je.Cuma yang unik nyer, handphone ni mempunyai kapsul untuk perfume (seperti yang ditunjukkan kat gambar atas). Di mana bila korang flip open je handphone ni, akan tersembur la perfume. Dan perfume ni bole di refill dari semasa ke semasa. Khas untuk pengguna handphone yang jarang mandi dan berbau hapak.


3. Telson TWC 1150


Handphone yang at the same time, jam tangan korang. Handphone ni dicipta untuk membolehkan pengguna memakai nyer di tangan, seperti jam tangan. Atau lebih tepat lagi, menggantikan tempat jam tangan korang. Design dia menarik gak la pada pandangan aku. Anyway, handphone ni pun ada kamera function.


4. SparkFun Port-O-Rotary


Handphone yang design dia too old school. Tapi jangan tersilap. Design je old school. Tapi kalo berdering, bole kuar ringtone, sama cam handphone skang. Tapi weird la kan. Besar gedabak macam ni, camne korang nak letak dalam poket sluar?


5. Nokia SURV1


Lagi satu handphone concept design daripada Nokia. Shock and water proof. Dicipta untuk kegunaan aktiviti2 outdoor. Bole dipakai sebagai tali pinggang dilengkapi dengan touch screen monitor.







6. Dbtel M50


Handphone atau iPod? Design menyerupai iPod, tapi ternyata la ia bukan iPod. Handphone ni takde butang nak tekan2 nombor telepon (keypad orang panggil). So aku tak pasti camne ia nyer berfungsi. Tapi yang pasti, monitor handphone ni pun touch screen gak.


7. BenQ Qube Z2


Handphone berbentuk kubus keluaran BenQ. Tengok cantik, tapi bentuk tu kurang memberangsangkan lak. Tapi kalo tengok video, mesti macam tengok tv kecik kan. Hahaha... Handphone ni ada mp3, voice recorder (wtf?), FM radio dan 1.3 megapixel camera.


8. Nokia Colores


Sejenis handphone yang pelik tapi unik. Yang aku tau, aku sker design ni. Macam gadjet Power Rangers/ Kamen Rider pun ada. Bertukar!!! Hehehe... Satu lagi concept handphone daripada Nokia. Mempunyai function GPS, GPRS, agenda and events tracker, mp3, camera, recording device yang boleh transform suara kepada text (bole ke tukar kalo cakap dalam BM?), biometric scanner for fingerprint recognition, bluetooth, 3G, google earth dan virtual hardrive technology. Wahh... Banyak lak function dia nih.


9. Samsung Serene
Kalo tadi banyak Nokia je punya concept design handphone, yang ni giliran Samsung lak. Handphone ni dilengkapi dengan bluetooth, GPRS, WAP 2.0, MMS dan VGA camera. Kalo slalu monitor kat belah atas, tapi handphone ni nyer monitor kat belah bawah. So takde dah masalah monitor berminyak lepas bersembang2, sebab monitor kat bawah. So tak kena muka korang masa call.


10. Vodafone 904SH


Handphone ni ada function face recognition sensor. Nice job... Tapi design terlalu simple untuk handphone yang ada fungsi secanggih itu. Handphone ni pun ada movement sensor, yang membolehkan korang guna macam guna joystick. Kalo ada 2 orang pengguna handphone ni, diorang bole maen tumbuk2 secara virtually (macam maen game tumbuk2 la), janji diorang ada dalam lingkungan 50 kaki.
Jadi, selesai sudah trivia untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dengan maklumat2 yang lebih berinformasi. Hehehe...


p/s: kalo teringin nak beli handphone yang kat atas ni, spec cari sendiri. sebab ni bukan blog handphone.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...