Perghhh... Lama gak aku tak update blog aku. Ada la nak dekat seminggu gak. Busy sket ngan keje. Kena gi outstation. Even aktiviti blogwalking pun aku tak wat. Memang tak sempat. Sekali dah cuti, aku gagah kan diri untuk menjengah beberapa blog dalam bloglist aku. Mana2 yang aku tak sempat singgah tu, insyaAllah, laen kali aku singgah ar...
So, aku gi outstation ke mana tuh sampai busy seminggu tuh... Busy la sangat kan. Ke buat2 busy?
Actually (wahhh, terus masuk bahasa inggeris. hahaha), aku outstation kat KL sebab terlibat dalam pameran ITEX 2011 edisi ke-22. Atau nama panjang nyer, 22nd Malaysia International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2011. Dekat mana? Kat KLCC Convention Centre.
[Booth SIRIM di ITEX 2011]
Sebenar nyer ni la first time untuk aku. 1st time participate dalam ITEX. 1st time join any exhibtion sebagai researcher di AMREC SIRIM. Kalo secara overall, ni baru 2nd time aku join exhibition. 1st time dlu masa aku still bergelar pelajar UniMAP dan join exhibtion EINIC kat UM dlu.
Aku join ITEX under aku nyer current project, cutting tool insert. Apa yang menarik nyer, ari Jumaat masa judging tuh, aku yang kena present. Sebab bos aku dua2 pun tak datang sebab busy. Dah la aku dapat tau last2 minit. Tu pun naseb baek aku gi jumpa bos beberapa hari sebelum bertolak. Kalo tak, memang tak sempat nak prepare apa2 la jawab nyer.
[Segak tak aku. Hahaha... Tapi cam skema lak aku pegang buku ITEX cenggitu]
[Barang2 display kat booth aku]
Keputusan judging lak pada hari Sabtu. Belah siang untuk bronze ngan silver. Belah malam, masa dinner, baru diorang announce result untuk gold. Since masa aku present tuh agak suam2 kuku dan ada soalan tu aku macam, "err.. err... saya tak berapa pasti la", so aku tak suspect la akan dapat apa2 medal. Tapi last2 dapat silver medal... Wahhhh...
[Pencapaian pertama di exhibition ITEX]
Waktu dinner lak, memang pulun makan laa... Tapi bila bab2 dinner nih, mesti chinese cuisine yang diorang hidangkan. Masa gi conference pun sama. Asal dinner je, chinese cuisine. Asal chinese cuisine je mesti dinner. Eh?
[Gambar sebelum start majlis dinner]
[Salah satu gambar yang aku tangkap masa performance]
Masa dinner nih, banyak gak award yang dianugerahkan. Yang paling banyak dapat award adalah delegasi2 daripada Taiwan. Bayangkan lah, diorang anta hampir 200 penyertaan. Out of 200 tuh, 60++ dapat silver dan 40++ dapat gold...
Belah siang tuh, masa amek silver medal, aku rasa stage tu muat2 je nak tampung diorang. Maklum lah, skali umum, sumer 60 orang skali naek. Naseb baek tak roboh je stage tuh. SIRIM lak anta 11 penyertaan. 3 gold, 6 silver dan 2 bronze.
[Muka2 yang tersenyum kegembiraan lepas menang medal]
Apa yang best tuh, malam dinner tu, pihak penganjur announce yang SIRIM menang award untuk Best Booth untuk keluasan 42 meter persegi.
[Best booth. Yeayy...]