Saturday, May 14, 2011

Sajak Hari Guru

16 Mei 2011. Untuk sumer budak2 sekolah, mesti tau tarikh ni tarikh apa. Untuk golongan remaja dan ke atas lak, tentu ada yang ingat dan tentu ada yang tak ingat. Biasa la. Makin tua makin pelupa. Hahaha... Okay, itu joke. Bukan la pelupa. Tapi basic la kan bila kita lupa benda yang kita dah lama tak wat.

Untuk sape2 yang tak ingat 16 Mei tu hari apa, ia merupakan Hari Guru yang korang selalu sambut masa kat sekolah dlu. So aku nak tanya la. Apa yang korang slalu hadiahkan kat cikgu korang masa zaman sekolah dlu? Aku tau antara hadiah yang paling popular orang bagi adalah pen, bunga ngan mug. Tu memang favorite la.

Jadi untuk ari nih, aku nak cadang kat korang satu kelainan untuk korang hadiahkan kat cikgu korang. Something yang mesti dia terharu giler ar kalo dia dapat.

Cara nyer mudah je. Korang tulis sajak untuk guru korang. Tak kesah la korang nak tulis sendiri ke, korang nak taip pastu print ke. Tapi kalo dah print tuh, make sure korang gunting dan tampal atas kad la. Pastu kasik kat cikgu korang.

Well, benda ni bukan la baru. Tapi still, aku tau tak ramai yang wat sebab malas. So apa kata korang wat gini. Baru la nampak kekreatifan korang depan cikgu korang. Yang pasti, mesti sejuk hati cikgu korang bila terima kad sajak korang.

Antara sajak yang korang bole tulis:


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

[Usman Awang, 1979]


Tak pun korang bole search kat internet. Memang ada banyak lagi sajak2 sempena Hari Guru nih.

2 comments:

Mrs Nurul said...

nak hadiah !! hehehehe...selamat hari guru = )

aswadz said...

selamat hari guru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...