Aku sebenar nyer tak minat nak tengok citer yang penuh ngan revenge atau yang sama waktu dengan nyer. Sebab apa aku tak minat? Sebab tengok citer yang macam ni cuma akan create tension dalam kepala otak aku je. Penat nak geram2 padahal benda tu citer je. Tetapi... Citer Bad Guy ni ntah macam mana laen lak perasaan dia bila tengok citer ni walhal citer dia pun pasal nak balas dendam gak.
Citer ni mengisahkan Shim Gun Wook (lakonan Kim Nam Gil) yang ingin balas dendam terhadap Haeshin Group yang dimiliki oleh keluarga Hong. Sumer nyer bermula apabila Choi Tae Sung (nama sebenar Shim Gun Wook) diterima masuk ke dalam keluarga Hong lepas diorang dapat tahu yang Tae Sung merupakan anak luar nikah President Hong. Meninggalkan ibu bapa yang menjaga dia sejak lahir, nama Choi Tae Sung ditukar kepada Hong Tae Sung.
Tetapi... Pada suatu hari, diorang dapat tahu yang dia bukan anak sebenar President Hong. Maka anak yang sebenar dibawa masuk dan Tae Sung/Gun Wook ditinggalkan begitu sahaja depan rumah diorang dalam keadaan hujan yang turun dengan lebat nyer. Dan ibu bapa dia terlibat dalam kemalangan semasa nak amek dia. So dia percaya yang kehidupan dia musnah disebabkan keluarga Hong dan berniat untuk membalas dendam terhadap Haeshin Group dan keluarga Hong.
Pada pendapat aku la, citer ni menarik. And guess what. Aku tak tension pun tengok citer ni. Mungkin kurang plot yang bole membuatkan korang tension even though citer ni pasal revenge. Atau mungkin juga sebab awal2 plot ni dah buat kita kesian dengan watak utama, so kita tak tension bila dia nak balas dendam. Malahan sokong lak dia balas dendam. Hahaha...
Apa pun, plot citer ni memang menarik. Macam2 kaedah dia buat untuk balas dendam. Bijak gak la pada pendapat aku. And aku confirm, kalo korang tengok pun, blom tentu korang dapat agak plot citer ni macam mana. Ending dia macam mana. Totally unexpected.
OST dia tak menarik sangat. Mungkin ada yang bole tahan tapi tak bape nak catchy pada aku. Hahaha... Tapi aku sker muzik latar citer ni. Aku siap buat ringtone lagi untuk handphone aku.
Rating:
6 comments:
Alaa... kesimpulannya ko mmg minat drama korea kan? Dengan KPop kan? Hehehe.. Baik ngaku.
Best ke cite die?? baru??
cerita korea aku jarang tengok., kalau jepun/hk biasalah jugak..
@lady sunshine: ye2. saya ngaku sy minat k-pop. kepop (baca: kepak) ayam pun sker gak.
@mardhiyyah: 2010 nyer citer. hahaha...
@botak: citer jepun pun aku layan gak. cuma xde supplier nak bg kat aku tgk.
wooo, minat korea?
drama jepun lagi best dari korea kot. ;)
yeke. citer pe yg tgh best?
Post a Comment