Tuesday, March 13, 2012

Semut dalam Air

Kesinambungan entri Spontaneous Thursday.

Korang biasa jumpa tak semut mati dalam water heater korang? Aku bet mesti sumer orang pernah kan. Kalo korang tak pernah, tu maksud nyer korang tak pernah masak air guna water heater. Hehehe... Kejadian yang menyedihkan puak2 semut ni menyebabkan kepala otak aku timbul dengan pelbagai persoalan. Juga menyebabkan aku berasa pelik dan hairan dengan malapetaka ini.

Water heater bukanlah tempat untuk membunuh diri secara beramai2 atau pun tempat untuk melakukan aksi kamikaze. Ternyata dalam water heater tu cuma ada air yang baru dimasak. Tak pernah lak jumpa ada semut pengganas menyorok dalam water heater aku sampai semut2 laen nak berkamikaze dalam tuh.

Persoalan nyer, apa yang menarik sangat tentang water heater sampai diorang sangguh mati beramai2 kat dalam tuh.


Adakah sebab water heater tu nampak menarik?


 [Menarik ke? Menarik ke? Apa yang menarik?]


Adakah sebab air yang dimasak tu sedap diminum. Umpama minum jus tembikai di restoran2 terkemuka seluruh dunia?

Adakah mereka saje je nak test air dalam heater tu dalam ke tak?


Ada gak yang komen water heater aku dah berlumut sampai semut2 tergelincir masuk (Aida Omar). Tapi kalo diorang tak panjat water heater tu, takde la diorang tergelincir. Nak kata aku tak basuh water heater la tuh, macam Ieyla ni cakap. Ada gak yang kata semut tu nak mandi sauna la, air panas la (Lady Sunshine, Aien).


 [Curiosity kill a bunch on ants according to Nanabyte?]


Mungkin jugak semut2 sekalian alam ni ada hobi memancing plankton (yang mungkin ada dalam air paip) tapi disebabkan kudrat diorang yang lemah, masing2 jatuh ke dalam air sebab bertemu plankton yang handal. Ibarat kata2 daripada Ghost Writer, mencari rezeki itu penuh dengan risiko dan merupakan perjuangan untuk hidup. Andai tewas, itu satu pengorbanan.

Walaupun aku rasa sebab utama nyer adalah air aku masak tu sememang nyer sedap (sebab AKU yang masak), sebenar nyer ada banyak lagi persoalan yang bole dibangkitkan. kalo korang ada persoalan2 laen yang nak dikemukan, sila kemukakan di ruang komen.

Moga2 semut tu sumer bergembira sepanjang berada di dalam water heater aku (ni Vanilla yang cakap).


p/s: laen kali aku ikut cadangan Cik Teddy, bubuh gula dalam air supaya diorang dapat merasa gula sebelum mati.


10 comments:

iAmCekbolat said...

kahkahkah, lawak doe..

LydSunshine said...

Marah nampak sedara. Hehehe. Tension benor dia dgn semut ek. Cuba lepas basuh water heater tu, sapu minyak kat tapak dan cable kettle tu. Maksudnya, jalan utk semut naik atau masuk ke dalam kettle tu awk sapu minyak. Nnt mesti dia tak dpt naik. Bila agak2 minyak dah kering, sapu lagi. Guna minyak masak yg belum pakai ye. Jgn letak minyak goreng ikan plak.

Anonymous said...

bersihkan ruangan dapur tempat memasak. tinggalan dan cebisan makanan menarik minat bukan saja semut malah lalat dan lipas. pastikan semua dalam keadaan kering. selamat mencuba

dieyna said...

Semut pun nak jaga kesihatan gak... Minum air masak kan bagus untuk kesihatan.. haha follow u

aswadz said...

@cekbolat: hehehe...

@lady sunshine: bubuh minyak gamat bole?

@anon: rumah ni dah x dpt nak diselamatkan lagi. nnt nak bom je umah ni.

@dieyna: yeke. nanti aku nak bancuh teh herba utk diorang. lg berkhasiat.

naiemah_ramli said...

hahahaha...mcm2 ..yg penting ksian semut2 tu... =.=''

aswadz said...

kesian kan. tu la, sape sruh terjun dlm air tuh.

Koding said...

Saya pon tertanya-tanya juga...
Kerana tiada semut di dalam air mentah...
Apa alasan saintifiknya???

Jemput singgah ke blog Koding...

mselim3 said...

hhheheh...nak ketawa baca artikel nie,,,semut punye hal

aswadz said...

@koding: ntah ler. discovery channel blom wat siasatan lagi psl kes ni.

@mselim: hehehe... bagus la kalo anda sker.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...