Monday, July 30, 2012

Failed Fireworks Look Awesome

Korang nak tahu macam mana big fireworks yang fail looks like? Mungkin korang perlu tengok video kat bawah nih yang diambil di San Diego.

In before, sila adjust volume laptop seminimum yang mungkin untuk mengelakkan serangan sakit jantung atau kanser telinga (wujud tak kanser ni?) akibat mendengar bunyi yang terlampau kuat.




Amacam? Still menarik tak?


Sumber: LA Weekly


Sunday, July 29, 2012

Thor-mania Versi Malaysia

Walaupun filem Thor ni dah lama tayang kat Malaysia iaitu sejak tahun lepas lagi, tapi peminat2 Thor tentu masih terbayang2 aksi pertarungan si pemegang tukul gergasi nih. Apatah lagi dengan kemunculan nyer dalam muvi The Avengers baru2 nih.

Hari ni bukan nak citer pasal Thor sangat pun. Just nak share memes made by Malaysian pasal Thor ni. Bila aku terbaca artikel ni kat Yahoo! Entertainment, rasa cam nak share je kat sini. Hahaha...


 [Apa? Nak makan thorsai? Saya pun bole buatkan...]






[Yang ni aku tak bole bla]


[Kawai desu ne?]


[Ni bukan hero zaman muda korang, Tomatoman]




[Sape nak amek gambar pre-wedding, bole call saya]


[Jangan libas orang masa menari sudah]


[Kah3]


Sebenar nyer ada banyak lagi meme pasal Thor ni (meme ar <-- loghat kelate). Korang bole tengok lebih banyak kat SINI. Tak pun korang google je. Nescafe Nescaya korang akan jumpa lagi banyak meme pasal Thor.


Sumber:



Saturday, July 28, 2012

Rumah yang Menyamar

Camouflage ni merupakan perkara biasa dalam kehidupan haiwan2 seluruh alam dalam memastikan survival diorang di muka bumi. Especially haiwan2 yang lemah dan tak mampu nak mempertahankan diri mereka sendiri jika berhadapan dengan pemangsa. Well, kalo diorang bole bercakap, mungkin diorang bole menggunakan skill diplomatik diorang untuk mengajak pihak pemangsa berbincang. Tapi apakan daya. Diorang tak leh bercakap. Hahaha...


[Katak men"camouflage"kan diri untuk mengelakkan diri daripada
kena pijak oleh manusia]


Tapi itu haiwan. Hari ni aku tak nak citer pasal haiwan nyer camouflage. Bukan haiwan je yang bole wat camouflage. Dengan kekreatifan dan kebijaksanaan manusia dekad ini, even rumah diorang bole wat camouflage. Nak tengok? Meh...


[Kalo terbakar, abes punah]


[Solid as rock]


[Cantik rumah ni. Jangan ada banyak serangga perosak sudah]


[Sekali pandang, macam lubang tandas pun ada]


[Yang ni style]


Thursday, July 26, 2012

Korean Drama - Scent of a Woman

Dah lama aku tak blogwalking secara pukal kat blog korang2, especially yang tinggalkan jejak kat shoutbox aku tuh. Hajat dihati nak balas jejak korang masa hujung minggu yang lepas. Tapi nak wat camne. Tiba2 badan jatuh sakit, terus tak leh nak watpe. Naseb baek still bole puasa. Yang aku mampu buat cuma melayan citer Oh My English! kat TVIQ 610 secara marathon. Hahaha...

Tapi good news nyer, aku berjaya khatam citer Korea bertajuk Scent of Woman. Bila dah demam2 ni, laju je perabes 2-3 episod satu malam. Laju tak laju nyer aku tengok. Kalo dah 2-3 hari demam, tak ke 9 episod dah aku tengok. Memang hebat diri aku ni semasa demam.




Citer ni mengisahkan Lee Yeon Jae (Kim Sun Ah) yang menghidap sejenis kanser dan mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Since kehidupan Lee Yeon Jae adalah pretty suck, dia quit dia nyer job dan cuba spend masa dengan melakukan aktiviti yang dia teringin sangat nak buat, termasuklah bercinta dengan prince charming.

Jalan citer dia biasa2 je pada pendapat aku. Tapi citer ni memang agak sedih. Masa awal2 maybe tak sedih sangat. Tapi beberapa episod terakhir tuh, siyes sedih. Mencurah2 air mata aku ke ladang gandum. Aku dalam demam2 ni bole lak termengalir air mata. Cis, buang energi aku je time aku sakit2.




Wednesday, July 18, 2012

Underwater Attraction yang Menarik

Selalu nyer bandar2 besar especially yang kaya dengan sejarah menjadi tarikan para pelancong untuk datang melawat. Tapi hari ni aku share something yang special sket. Sebab tarikan ni terletak beberapa kaki di bawah paras laut. Sape2 yang sker diving ngan snorkeling, mungkin pasni korang berminat untuk melawat tempat2 kat bawah ni.


1. Museo Subacuatico de Arte
Cancun, Mexico


[Jangan terkejut lak kalo terjumpa patung "Man of Fire" atau Terracotta Army]


2. Parco Archaelogico Sommerso, Baia
Pozzuoli, Itali


[Ada lantai mozaic lak bawah laut. Ancient City kah?]


3. Truk Lagoon
Micronesia




4. Yonaguni Monument
Okinawa, Jepun


[Tapak runtuhan kuil]


5. Florida Keys Shipwreck Trail
Florida, USA






Monday, July 16, 2012

Underground = Underwater? Huh??

Tentu korang tahu bila dengar ayat "beli secara underground". Kalo tak tahu, beli secara underground tu maksud nyer beli secara haram. Black market. Ari tuh ada orang melawak ngan aku pasal benda alah ni.




Mentang2 lah barang daripada Jepun kena seberang laut dlu baru sampai sini, hang pun tukar underGROUND kepada underWATER. Tapi takpe2. Aku sker lawak tuh. Keep up the good joke.


Sunday, July 15, 2012

Hotel Emperor Melaka

Sepanjang percutian aku ngan wife aku kat Melaka, kitorang duduk kat Hotel Emperor. Sebenar nyer masa datang ke Melaka, takde planning pun nak duduk hotel mana. Dah sampai Melaka baru terkial2 nak online cari hotel mana nak duduk. Tup tap tup tap jumpa Hotel Emperor yang rate dia agak murah berbanding hotel2 yang laen standard yang laen.




Bilik deluxe yang kitorang duduk hanya dalam RM 170++. Tu pun aku tunjuk business card SIRIM, dapat less kepada RM 150++. Hotel ni daripada keadaan luaran, nampak macam bangunan lama sket. Tapi dia nyer lobi marvelous gak la.

Bilik deluxe dia bole tahan besar. Katil dia lak size king kot kalo tak silap aku. Sebab besar semacam je (walhal aku tak ingat saiz katil tu king ke queen). InsyaAllah, kalo korang duduk sini, korang akan rasa selesa. Tak yah duduk hotel mahal2 pun takpe.








[King ke queen? Ke sebab aku kurus aku rasa katil tu macam besar?]


Bilik air dia lak takde la fancy sangat pun. Tapi cukup untuk bagi korang kepuasan semasa mandi. Hahaha... Yang penting, ada bathtub. Owh, lupa nak bagitau. Bilik air dia takde pili air untuk korang basuh toootttt lepas korang kencing atau berak. Pandai2 la korang bawak sendiri cebok.




[Pemandangan daripada tingkap bilik]


Breakfast dia lak not bad gak la. Ada banyak variety. Berselera gak la aku ngan wife aku makan. Siap bertambah lagi. Jap amek buah. Jap amek koko krunch. Jap amek roti bakar. Kepada sape2 yang nak datang melawat Melaka, kalo tak nak duduk hotel bajet and at the same time, tak nak duduk hotel yang mahal nak mampos, apa kata korang book je bilik kat Hotel Emperor.


Saturday, July 14, 2012

Spider-Man - Marc Webb vs Sam Raimi

Aku baru je lepas buat review pasal muvi The Amazing Spider-Man semalam. Since muvi ni pun still tengah tayang kat pawagam, tak salah aku rasa untuk aku buat entri susulan kan. Aku rasa mesti korang tertanya2 kan kenapa citer Spiderman ni diolah semula instead of buat sekuel yang baru je. Kan membazir je kalo dok ulang benda sama je berulang kali. Tak gitu?

Actually, ada sebab nyer. Ada perbezaan nyer. Filem The Amazing Spider-Man ni telah diolah semula oleh Marc Webb untuk tampil lebih hampir kepada jalan citer komik nyer, yakni berbeza dengan Spiderman versi Sam Raimi. Nak tahu apa dia?


Tajuk Filem

Aku rasa sape2 yang peminat setia Spiderman ni mesti tahu yang tajuk asal komik Spiderman adalah "The Amazing Spider-Man" bila diperkenalkan oleh Marvel suatu ketika dulu. So, tambahan perkataan "The Amazing" pada tajuk muvi ni bukan semata2 untuk menunjukkan perbezaan dengan muvi versi Sam Raimi, tapi mengikut tajuk asal komik Spiderman.




Spider Web

Kalo korang perasan, dalam siri Spiderman versi Sam Raimi, Spiderman shoot dia nyer spider web daripada tangan terus. Tanpa menggunakan mana2 gadget canggih. Tapi kalo ikutkan komik asal, Peter Parker yang reka sebuah gadget yang akan diletakkan di pergelangan tangan untuk shoot spider web.

Oleh itu, menembak spider web terus daripada tangan bukan lah kuasa yang diterima oleh Peter Parker tatkala dia digigit oleh genetically engineered spider. Ye, dalam The Amazing Spider-Man, Peter Parker lebih bijak sampai boleh invent gadget sendiri. Yang ni merupakan salah satu perubahan yang ketara dalam citer Spiderman yang baru nih.




Si Penjahat

Kalo korang ingat, watak Dr. Curtis Connors pernah juga muncul dalam Spider-Man 2 dan Spider-Man 3. Cuma watak yang dipegang hanya watak kecil iaitu sebagai rakan sekerja Doc Ock (Spider-Man 2) dan juga yang membantu menganalisa parasit yakni Venom (Spider-Man 3).

Tapi kalo ikutkan komik asal, watak Dr. Curtis Connors adalah jauh lebih besar. Dr. Curtis Connors merupakan The Lizard setelah serum buatan nyer yang mengandungi DNA reptilia yang telah diubah suai disuntik pada diri beliau sendiri. Well, obviously serum tersebut gagal dan menyebabkan Dr. Curtis Connors berubah menjadi lizard.




Kekasih Peter Parker

Watak Mary Jane Watson lakonan Kirsten Dunst merupakan kekasih Peter Parker dalam trilogi Sam Raimi. Am I right? Dalam trilogi tersebut, watak Gwen Stacy yang muncul dalam Spider-Man 3 tidak mempunyai hubungan yang romantik ngan Peter Parker sebab masa tu Peter Parker kan tengah bercinta dengan Mary Jane.

Tetapi... Dalam komik asal, Peter Parker bercinta ngan Gwen Stacy terlebih dahulu sebelum Aunt May memperkenalkan Mary Jane kepada Peter Parker. Tu pun lepas Gwen Stacy mati baru Peter Parker jatuh cinta kat Mary Jane.




Peter Parker

Citer asal Spiderman lebih menarik kerana berkisarkan tentang perubahan seorang remaja ke seorang superhero yang dewasa. Ditambah pula dengan kebijaksanaan dia dalam bidang sains yang agak terbatas dalam trilogi Sam Raimi.

Instead menjadi seorang yang nerd semata2, watak Peter Parker lakonan Andrew Garfield lebih menonjolkan kebijaksanaan Peter Parker yang invent sendiri gadget untuk shoot spider web yang membolehkan dia bergayut daripada satu bangunan ke bangunan yang laen.




Watak Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man gak lebih logik. Sebab? Yela. Mana ada orang terus dapat kuasa, terus gunakan. Lagi2 seorang remaja. At least Peter Parker lakonan Andrew Garfield ni, dia ada perasaan takut sket mula2 dapat kuasa. So, yang mana lebih logik?


Kesimpulan nyer, The Amazing Spider-Man arahan Marc Webb lebih hampir kepada komik asal Spiderman berbanding Spider-Man arahan Sam Raimi. Peminat2 Spiderman mesti prefer jalan citer yang asal berbanding jalan citer yang dah kena ubah suai banyak sangat. Kan?


Sumber: Cinema Online


Friday, July 13, 2012

The Amazing Spider-Man

Macam biasa. Review aku of coz seminggu atau dua minggu lambat daripada tarikh aku tengok kat pawagam. Biasa la. Orang yang busy ngan kerjaya memang macam ni. Hahaha... Minggu ni aku dok sibuk ngan training machine yang baru commissioning. So satu hari suntuk tak leh nak ngadap laptop. Balik pun lambat. Kesian kat wife aku. Time dia ada kat sini, time tu gak la aku nak sibuk. Tak leh nak balik awal golek2. Eh...




Citer Spiderman versi Tobey Maguire aku tak ingat lak aku tengok kat wayang ke atau tengok yang download nyer. Tapi yang penting, aku tengok la kesemua 3 citer dia. The Amazing Spider-Man nyer citer ni kebanyakan nyer berbeza dengan Spider-Man. Sape2 yang dah tengok tu paham la apa yang aku maksud kan.

The Amazing Spiderman-Man lakonan Andrew Garfield ni bukan lah sekuel kepada Spiderman 3 atau mana2 franchise Spiderman arahan Sam Raimi. Tapi sebenar nyer citer ni diolah semula oleh Howard Marc Webb mengikut komik asal Spiderman. Kalo citer Spider-Man musuh pertama dia Green Goblin, dalam The Amazing Spider-Man adalah The Lizard.




Aku bole katakan movie Spiderman yang ni lebih menarik berbanding sebelum ni. Sebab Spiderman kali ni lebih lincah, licik dan tangkas bila berlawan. Dan mungkin juga lebih tough (sebab muka Tobey Maguire tu cam lembik2 sket). Dan awek Peter Parker pun lebih cun dan hot. Hehehe...




Yang penting, korang tak kan rasa bosan bila tengok citer ni sebab aksi2 yang menarik dan juga babak yang kelakar turut diselitkan in between the storyline. Tapi kalo korang nak tengok The Lizard kuar, mungkin korang kena bersabar sket sebab "raksaksa" ni kuar lambat sket.

Overall, aku rasa movie ni korang wajib tengok. Kalo melepas, rugi. Aku dengar kalo tengok 3D, lagi best. Ada yang kata diorang hampir kena sepak ngan Spiderman masa dia melayang dari bangunan ke bangunan yang laen. Pastu sumer orang kata bila last2 tu, Spiderman shoot spider web kat diorang.




Thursday, July 12, 2012

7 Jenis Suit Iron Man

Skang tengah musim Spiderman dan tak lama lagi, musim Batman lak. Tapi kalo asyik2 citer pasal Spiderman ngan Batman, lama2 bosan gak. Apa kata hari ni kita lari sket daripada norma2 kebiasaan kita. Hari ni citer pasal superhero yang laen lak.

Sape peminat Iron Man kat sini? Aku salah satu nyer walaupun takde la kipas-susah-nak-mati sesangat macam sesetengah orang. Walaupun aku peminat Iron Man, tapi aku tak pernah amek port pun suit2 yang pernah Iron Man pakai. Well, yang ada perubahan obvious tu mungkin aku tahu la. Tapi tahu tak korang, suit Iron Man ada 7 sumer nyer? Mesti tak tahu kan. Aku pun baru tahu ni. Hehehe...






p/s: amacam? skang dah tau?


Sunday, July 8, 2012

Advanced Materials Conference 2012 di Langkawi

Kepada student2 master dan juga PhD, tak lupa juga kepada mana2 produk@machine supplier yang berminat, entri ni mungkin akan menarik minat korang.

Entri hari ni berilmiah sket dan moga2 akan memberikan manfaat kepada pembaca2 blog ini. Ecece... Intro bukan kemain lagi. Hahaha... Bukan apa. Hari ni aku nak promote satu conference yang dianjurkan oleh pihak AMREC, SIRIM hujung tahun ni. So, mana2 reader yang bakal menggenggam scroll master hatta PhD sekali pun (yang dah genggam scroll sampai renyuk pun bole join, tarak hal), be alert ye. Hehehe...




Advanced Materials Conference 2012 anjuran AMREC, SIRIM ni akan diadakan pada 12 Disember 2012 (12.12.12) hingga 13 Disember 2012 di Bayview Hotel, Langkawi. Since dah nama pun Advanced Material Conference, so korang bole anta mana2 paper yang berkaitan dengan advanced material seperti powder metallurgy, biomaterial, nanomaterial, failure analysis dan banyak lagi la. Letih lak kalo aku taip sumer kan. Korang check je la kat SINI. Lagi satu, selected paper will be indexed by Scorpus.

Kalo korang berminat nak join, korang boleh daftar secara online kat SINI. Tak pun korang bole lawat terus ke laman web Advanced Materials Conference 2012. Kat situ macam2 ada. Daripada tentang conference, venue, registration sampai ke tempat2 menarik untuk dilawati di Langkawi.

Untuk mana2 company@supplier yang berminat untuk melebarkan networking, korang bole turut serta dalam conference ni. Kitorang akan sediakan booth sebagai tempat pameran untuk produk2 atau katalog syarikat korang. Untuk maklumat lebih lanjut, korang bole klik SINI.





Saturday, July 7, 2012

Villa Danialla

Villa Danialla ni sebenar nyer resort yang terletak kat Kelantan. Kalo korang masih ingat entri Wordless Wednesday #12 yang aku pernah post dlu, tu sebenar nyer bukan kat Bali ye. Tapi kat Tok Bali, Kelantan. Sebab tu aku tulis "Bali" sebab bukan dekat "the real" Bali. Nak honeymoon ke Bali, belum ada cukup duit. Tok Bali pun jadi la. Hehehe...


[Tengah cari bilik reception ke?]


[Bilik receptionist yang santai]


Dah nama pun villa kan, dah sah2 bilik kat sini sumer more like houses. Kat kawasan sini memang takde hotel tinggi2 macam kat bandar Kota Bharu. Kat sini sumer nyer fesyen villa je rasa nyer. Villa yang aku duduk tu digelar Villa Matahari. Range harga dalam RM 300 semalam.


[Ada macam rumah teres tak?]




Bilik dia nice and comfy. Saiz bilik dia besar gedabak. Tapi sebab dalam bilik tu dia bubuh macam2, so takde la nampak besar sangat. Tapi kalo korang pergi sendiri tengok, mesti korang pun rasa besar gak. Tu belom tengok lagi bilik air dia. Bole letak satu lagi single bed kat dalam toilet dia. Cuma ye la, sape nak tdo dalam tandas kan. Hahaha...












Villa Danialla ni terletak btol2 tepi pantai. So petang2 tu kalo korang nak mandi-manda atau berjalan2 tepi pantai sambil menikmati angin ribut sepoi2 bahasa Melayu, korang cuma perlu menapak sket je daripada villa korang. Kalo tak nak mandi, korang bole maen ping pong sebab meja ping pong ada disediakan. Cuma bat ping pong je aku tak nampak ada kat situ.


[Aisey, meja ping pong tak termasuk dalam gambar lak]


Actually selain daripada Villa Matahari, ada banyak lagi jenis villa yang ada kat sini. Kalo korang nak tahu lebih lanjut, korang bole lawat website diorang atau pun kunjungi facebook diorang untuk tengok sendiri jenis2 villa yang ada bersama ngan rate dia.

Honestly, aku enjoy stay kat villa ni. Cuma ada 2 benda je yang mungkin diorang patut improve kan. Yang pertama, kalo korang bosan, korang mungkin tak dapat nak tonton citer kegemaran korang kat TV sebab dia pasang satelit siam daa... Channel tu memang la banyak (banyak sangat), tapi sepatah haram pun aku tak paham apa diorang cakap. Kedua, breakfast agak kurang menyelerakan. Menu pun tak banyak. Tapi takpe. Bab breakfast ni senang je nak improve kan. Hehehe...

Tapi secara overall, duduk kat Villa Danialla ni memang selesa dan terbaek.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...