Sunday, May 26, 2013

5 Alasan untuk Bercinta yang Tidak Bagus

1. Kawan korang sumer dah kahwin, korang je yang belum.

Sampai satu tahap tu, kawan korang sumer dah kahwin. Tak pun dah ada pasangan masing2. Korang je yang belum ada pasangan lagi. Dengan perasaan "loser" dan "forever alone", timbul la niat di hati nak mencari pasangan dengan alasan "member aku sumer dah ada pasangan, tak kan aku takde". Nak cari pasangan, biar la ikhlas. Kalo tak jumpa jodoh korang skang, insyaAllah masa2 akan datang korang akan jumpa gak. Jodoh tu kan di tangan tuhan.


2. Korang tak tahan hidup sorang2.

Keluar makan sorang2. Pergi shopping sorang2. Pergi maen futsal sorang2 (ni gila nama nyer). Balik raya sorang2. Dan korang mula rasa bosan hidup sorang2. Sunyi sepi. Forever alone. Tapi alasan ni pun tak bole pakai untuk korang nak start cari pasangan. Tak kan nak jawab "saya start bercinta ngan awak dlu sebab saya tak tahan hidup seorang diri" time bini korang tanya.


forever alone, 9gag


3. Sebab si dia ajak korang dating

Jangan terima kalo korang tak sker dia. Jangan terima just semata2 sebab dia single dan korang pun single gak. Kalo berkenan di hati, layan kan aje. Tapi kalo tak berkenan, sila beritahu awal2. Macam aku cakap tadi, kalo tak ikhlas, macam mana nak berkekalan. Jadi tak perlu korang start bercinta just semata2 sebab dia ajak korang dating.


4. Korang dah sampai "umur" itu

Apa "umur" itu? Dah tua sangat ek. Hehehe... Alasan ni pun tak bole pakai. Walaupun umur korang dah sampai satu tahap yang korang rasa "umur aku dah sekian2, tak kan tak nak kahwin", korang tak perlu la desprerate sangat nak cari pasangan. Bukan aku suruh jangan cari pasangan. Cari la. Tapi niat kena btol. Jangan maen sapu je sape2 untuk dijadikan pasangan. Susah sangat, suruh mak korang carikan jodoh. Hehehe...


5. Korang nak seseorang untuk perbetulkan hidup korang.

Ni alasan buruk yang paling tak bole pakai, paling WINRAR untuk entri ni. Korang nak start bercinta supaya pasangan korang bole perbetulkan habit korang. Contoh, korang ni jenis perokok tegar. Nak berhenti sendiri tak mampu. Korang pun couple la dengan pasangan yang korang rasa agak tegas untuk menghalang korang daripada merokok. Bole lak macam tuh. Haishhh... Tapi kalo isteri nak cari suami yang bole membawa ke jalan yang benar, anda dialu-alukan.


perokok, perokok tegar
[Ayang, kalo nampak abang merokok, ayang tampar abang laju2 ye]


p/s: apa2 pun, nak cari pasangan tuh biar la ikhlas...


Saturday, May 25, 2013

Facebook Update dalam Dunia Sebenar

Facebook skang ni adalah antara media sosial yang paling popular di dunia. Aku rasa hampir sumer orang yang aku kenal ada akaun Facebook. Korang ingat tak masa Facebook mula2 memperkenalkan timeline dalam update diorang satu ketika dulu (agak skema ayat yang aku pakai ni).

Time tuh sumer orang kalo bole tak nak pakai timeline tu sebab dah biasa dengan interface sebelum tuh. Siap install application lagi supaya maintain interface lama. Punyer la tak nak guna timeline tuh kan. Tapi tu la kan. Kita baru nak biasa dengan interface yang sedia ada. Tiba2 ada update baru. Terpaksa cuba adapt balik ngan interface baru.

Skip to the main point. Korang pernah terfikir tak apa akan berlaku kalo Facebook update ni berlaku gak dalam kehidupan seharian kita? Pernah? Tak pernah? Takpe. Video kat bawah ni bole berikan gambaran.





Friday, May 24, 2013

Korean Drama - Flower Boy Ramyun Shop

Dalam busy2 yang dicanangkan, sempat lagi layan drama Korea. Hahaha... Actually, layan time makan je. Pastu time lipat kaen (ye, aku tau aku suami mithali). Lagi pun belah malam, confirm la tak busy kan. Waktu malam kan waktu bersantai. Dengan dunia maya sumer aku tak sentuh. Kalo aku online je nanti, ada la yang jadi busy lak nanti.




Drama ni sebenar nyer mengisahkan Yang Eun Bi (lakonan Lee Chung Ah) yang bercita2 nak jadi cikgu. Lepas dah berjaya dalam exam, dia dapat jadi trainee kat satu sekolah nih. Kebetulan lak dia berjumpa dengan Cha Chi Soo (Jung Il Woo) yang merupakan anak kepada pemilik perusahaan makanan yang terkenal di Korea.

Pada mula nyer, Eun Bi ingat Cha Chi Soo ni dah bekerja. Siap nak ngorat lagi. Rupa2 nyer budak sekolah lagi. Kemudian berlaku la beberapa konflik yang menyebabkan diorang berdua berselisih faham sampai satu tahap, Eun Bi quit jadi cikgu dan mengambil alih kedai ramen milik ayah nyer yang baru meninggal dunia. Nak tahu best ke tak? Jom layan trailer dlu.




Amacam? Excited nak tengok? Hehehe... Jalan citer dia okay la bagi aku. Tapi kadang2 agak slow sket. Drama ni memang kelakar. Konflik dia pun tak berat. Kira nyer takde la sampai tahap korang nak maki watak jahat dalam drama ni. In fact, takde watak jahat pun sebenar nyer. Hampir2 jahat mungkin ada. Tu korang judge sendiri.




Sunday, May 19, 2013

Minggu yang Busy?

Bila aku tengok2 balik bila last day aku update blog, rupa nyer seminggu yang lepas. Tapi aku macam tak perasan je yang dah lama aku tak update blog. Slalu nyer aku perasan je. Bila wife aku tanya baru aku perasan. Adakah aku busy memanjang minggu ni? Muahaha... Sembang mengalahkan CEO.

Busy tu mungkin busy gak la. Tambah2 lagi ngan aktiviti kelab kat tempat keje aku nih. Baru2 ni kitorang ada organize satu kempen derma darah dan pameran kesihatan. Since aku tak pernah menderma darah sebelum nih, ni la first time nak menderma. Bukan apa. Sebelum ni tubuh aku agak kurus. Takut tak cukup lak darah aku kalo menderma. Hahaha... Sila jangan contohi tabiat tak baek ini.


[Teruja nak derma darah]


[Tak sakit pun. Tak sakit pun]


Apa pun, bila dah keje ni, standard la busy kan. Tak bole la nak update blog je memandang kan. Nanti banyak lak keje tertangguh. Sape yang susah nanti. Bukan mereka dan keluarga mereka. Tapi korang dan bos korang gak yang susah nanti. Tak pun korang je yang susah. Bos tukang maki korang je. Hahaha...

Time hujung minggu baru la dapat relax sket. Tengok movie Iron Man 3 untuk kali kedua dengan wife. Tetap best walau tengok berkali2. Hahaha... Tapi dalam relax2 tuh, tetap terlupa nak join blogbuster Nuffnang. Daripada hari tu nak join tapi tak sempat2. Busy sokmo kata orang Kelantan.

 

Sunday, May 12, 2013

Roti Canai Melayu vs Roti Canai Mamak

Ari ni kita bincang topik pasal makanan. Kepada mana2 yang tengah kelaparan tuh, harap sila pergi penuhkan perut dengan makanan terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang pengaliran air liur yang terkawal daripada organ anda yang bernama mulut.

Masa zaman muda belia aka zaman kecik tak sedar diri, slalu nyer time hujung minggu abah aku akan bawak satu family pergi breakfast kat mana2 kedai makan Melayu. Time ni kedai mamak belum berleluasa lagi. Bukan nyer takde. Tapi tak banyak. Even masa aku meningkat remaja pun, bilangan still countable.

Bila makan kat kedai Melayu, of course menu utama tak laen tak bukan adalah nasi lemak ngan roti canai. Perut orang Melayu ni kalo takde 2 menu nih, mesti rasa macam tak selera je nak makan. Tapi aku tak nak citer pasal nasi lemak. Nanti korang naek lemak. Hahaha... Okay, tak lawak.




Apa yang aku sker dengan roti canai yang orang Melayu buat adalah kuah dia. Dengan kuah kari. Pastu ada sambal lak tengah2. Perghh... Memang sungguh sedap sekali sampai menjilat jari. Ingat makan KFC je sampai menjilat jari. Makan roti canai pun bole baq hang.

Masuk matrikulasi. Masuk universiti. Makin kurang dah makan roti canai kat kedai Melayu. Balik2 lepak kedai mamak. Balik2 kedai mamak. Sampai tauke mamak tu pun kenal muka sekor2. Bila dah slalu makan roti canai kat kedai mamak, lupa langsung kesedapan roti canai Melayu.

Bila dah keje pun sama. Still makan kat kedai mamak gak. Lagi2 skang ni pertumbuhan kedai mamak amat memberangsangkan skali. Dalam satu bandar tu, kalo takde at least 5 kedai mamak, memang tak sah. Tak caye cuba korang kira. Hehehe...

Tapi yang tak best nyer, kedai mamak kat area tempat aku tinggal nih, kebanyakan nyer sumer biasa2 je. Roti canai okay. Tapi kuah dia kurang menyengat. Ni kalo kena kena sengat ngan lebah, bisa lebah tu lebih menyengatkan daripada kuah diorang. Naseb baek la aku jumpa kedai Melayu yang buat roti canai dengan kuah yang sedap. Cuma kedai dia bukak belah pagi je la. Kalo nak makan roti canai belah petang, kena pergi kedai mamak juga ler jawab nyer.


[Kalo awek yang tebar roti, mesti lagi sedap kan. Ekeke...]


Apa pun, pendapat aku roti canai yang orang Melayu buat jugak yang sedap di hati perut. Roti canai mamak lak bukan setakat sekadar biasa2 aje di perut, malahan bole membuatkan korang memerut kalo kebersihan kedai diorang tak terjaga.

Pendapat korang macam mana? Roti canai Melayu ke roti canai mamak? Ane, teh tarik satu!!!


p/s: idea datang time makan roti canai sorang2 kat kedai mamak, sambil persoalan bermain di minda, pasaipa roti canai depa tak sedap.


Saturday, May 11, 2013

Impiana Rhu Muda Chalet, Marang

Cuti sekolah pun nak dekat dah. Lagi 2 minggu je. Mesti ada antara korang2 yang dah start planning nak pergi bercuti kat mana masa cuti sekolah nih. Kalo ada sape2 yang nak pergi bercuti kat area2 Marang dan kalo bole, nak save budget untuk penginapan, korang bole la cuba Impiana Rhu Muda Chalet kat area Kampung Rhu Muda. Tak jauh pun dari pekan Marang.




Masa aku gi Terengganu hari tu pun, aku duduk kat sini je. Harga tak sampai RM 100 pun sehari. Bilik pun ok je. Cuma channel kat TV tu takde la macam kat hotel kan. Tapi since aku ngan wife aku banyak berjalan di siang hari, so tak amek port pun benda tuh.




Pada pendapat aku, chalet ni okay2 je. Sape2 yang sker mandi laut tuh, mungkin korang akan sket chalet ni sebab chalet ni btol2 kat tepi pantai. Petang2 bole la turun mandi. Cuma pantai dia tak la secantik pantai kat Batu Buruk. Kalo nak tahu lebih lanjut, korang bole lawat blog INI.


Tuesday, May 7, 2013

13 Sut dalam Iron Man 3

Baru je hari tu aku update review pasal Iron Man 3. And well, macam biasa, bila dah tengok Iron Man 3, mesti akan timbul rasa keterujaan untuk tahu setiap jenis sut Iron Man yang ada dalam movie tersebut. Dlu pun aku ada buat entri serupa macam ni untuk movie Iron Man yang sebelum2 nih. Korang bole baca kat SINI.

Actually, jumlah sebenar sut Iron Man dalam movie yang ketiga ni aku tak pasti sangat ada bape. Tapi yang aku dapat identify ada 13 sumer nyer, termasuk sekali dengan sut member Tony Stark, iaitu Kolonel James Rhodes.


Sut Utama Iron Man 3

["Anak derhaka" Tony Stark, Mark 42]


Sut "Iron Legion"

[Mark 15 - Sneaky]


[Mark 16 - Nightclub]


[Mark 17 - Heartbreaker]


[Mark 25 - Striker]


[Mark 33 - Silver Centurion]


[Mark 35 - Red Snapper]


[Mark 37 - Hammerhead]


[Mark 38 - Igor]


[Mark 39 - Gemini]


[Mark 40 - Shotgun]


[Mark 41 - Bones]


Sut Tony Rhodes

[Iron Patriot]


Monday, May 6, 2013

Mintak Tolong Barack Obama Pulak?

Sumer orang aku rasa tentu dah tahu kan keputusan PRU yang ke-13. Barisan Nasional tetap terus memimpin rakyat untuk masa 5 tahun yang akan datang. Nak tahu lebih lanjut, korang bole baca entri oleh Cik Aida kat SINI.


[Keputusan di kerusi sekolah Parlimen]


Kalo korang baca tajuk entri ni, mungkin korang akan rasa entri ni macam entri politik. Tapi sebenar nyer tak sangat. Apa yang aku prihatin skang adalah ini.








Aku bukan nyer nak racist ke hape. Tapi kalo dah sampai macam ni, macam mana nak buat? Cuba citer. Apa pun, gambar2 yang aku amek ni sumer nyer aku printscreen kan sendiri. Korang bole tengok sendiri kat page INI, tu pun kalo takde yang kena delete atau author nyer delete sendiri. Page yang INI pun kena tempias gak sket2.

Kalo ye pun tak sokong BN, tak perlu kot sampai nak mintak tolong pihak luar. Aku pun terkilan gak sebab tak dapat nak merasa PTPTN free. Kan dah kena sambung bayar ari nih. Hehehe... Apa pun, bole cuba lagi 5 tahun akan datang di PRU ke-14 nanti.


p/s: kalo sape2 nak perbetulkan info, sila bagitau kat ruangan komen.


Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi untuk PRU 13

Selamat mengundi diucapkan kepada sumer. Lepas mengundi, drive elok2 bila nak pulang semula untuk bekerja, jika korang bekerja la Isnin nih.




Friday, May 3, 2013

Iron Man 3



Sekuel kepada Iron Man 2 or mungkin korang bole cakap sekuel kepada The Avengers gak. Kali ni lagi banyak sut berbanding Iron Man 2. Dalam Iron Man 3 kali ni, Tony Stark bertemu dengan musuh yang "dicipta" nyer pada masa lampau, sebelum dia jadi Iron Man lagi. Jom tengok trailer dia dlu.




Sekuel kali ni memang terbaek bagi aku. Tak seperti sekuel movie2 yang laen yang kebanyakan nyer tak bole nak beat movie diorang yang first. Tapi ada certain part of the movie yang korang akan rasa jalan citer dia agak slow sket. Tapi overall, jalan citer tetap menarik, especially masa klimaks nanti.

Daripada segi aksi, memang penuh ngan aksi. Lagi2 dengan sut Iron Man yang banyak giler plus dengan sut Mark 42 yang tengah dalam proses prototaip. Lagi pun citer Iron Man kalo takde aksi yang banyak, jangan panggil citer tu Iron Man.

Bagi aku, movie Iron Man 3 ni antara movie yang terbaek aku tengok tahun nih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...