Friday, November 8, 2013

Gejala Melepak Masa Solat Jumaat

Which means, tak solat jumaat.


melepak masa solat jumaat, melepak


Aku tak pasti sama ada korang perasan ke tak. Sebab aku pun baru je perasan benda nih. Apa yang aku cuba nak sampaikan ni bukan pasal gejala melepak kat mana2 shopping complex atau tempat2 laen time solat Jumaat. Tapi melepak kat area masjid itu sendiri. Makna nyer, pergi masjid time solat Jumaat, tapi dia tak solat pun.

Kisah nyer bermula macam nih. Semasa berlaku nyer perkara nih, of course la hari Jumaat kan. Sepatut nyer hari Jumaat aku cuti. Tapi atas sebab ada kerja yang nak kena settle, so aku masuk gak la ofis ari tuh. Sebelum nak gi masjid, aku ngan member2 aku singgah lunch dlu.

By the time sampai kat masjid, kalo tak silap aku dah separuh jalan dah. Tapi sebab ada sorang member aku nih dia tapau air, so kitorang teman dia minum la kat luar kawasan masjid. Kebetulan speaker masjid tu tak berfungsi. So tak dengar azan dia. Kitorang baru perasan azan lepas tengok orang tergesa2 masuk kawasan masjid. Dengan kitorang2 sekali tergesa2 nak amek wudhu.

Bermula daripada situ la yang aku spot beberapa koloni yang ponteng solat Jumaat, tapi duduk melepak kat area masjid dan berpakaian lengkap berbaju kurung melayu. Sound fishy kan. Dan apa yang aku perasan, golongan ni kebanyakan masih belia dan muda remaja.


melepak, warung, kedai kopi
[Lepak kat kedai kopi lagi best, bole layan wrestling]


So, apa motif nyer datang masjid kalo setakat nak melepak, tapi tak menunaikan solat Jumaat? Baek gi lepak kat shopping mall je kalo camtu. Tapi aku suspek la kan, ni mesti sebab pasrah kena masjid. Kalo tak pergi, kena hambat ngan mak bapak. So pasrah la je la.


p/s: masjid bukan kawasan untuk melepak. kalo nak makan pun, make sure makan ngan cepat, pastu cepat2 masuk masjid (yang ni nasihat untuk aku ngan member2 aku).


11 comments:

LydSunshine said...

buang masa betul. Sia2 je pakai baju melayu lengkap. Apa la... Bagus la ko tak buat camtu aswadz. Heheh. Mana cik vanilla dah lama tak hapdet.

puteri kasih said...

la kat area masjid pun diorang nak lepak ke. Agaknyalah kalau tak pergi masjid mak ayah bising..tu yang diorang tunjuk gi masjid kot.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Masyallah.....tak baik.

Unknown said...

yg lepak kat kedai makan time solat jumaat tu adalah jumpa.. tapi yang lepak di masjid ni jenis yg pijak semut pun tak mati ni.. sayang, siap dgn baju melayu pulak tu.

aswadz said...

@lyd: kalo nak buat mcm gak, aku dah dtg masjid dah. err, cik vanilla missing in action dlm dunia blogging. hehehe...

@puteri: aku pun fikir mcm tu gak.

@khairuddin: mmg x baek. xde port laen ke.

@aisya: kalo lepak kat kedai mkn tuh, mmg ada je kan. kat shopping mall pun lg byk rasa nyer.

Unknown said...

em....biasalah tu, dia dapat pahala jalan ke masjid aje.
Agak-agak, dia orang ni sembahyang fardu tak setiap hari?. bayagkan, kalau sembahyang jumaat seminggu sekali pun susah nak sembahyang?....

Mizz Aiza said...

selalu juga jumpa kelompok manusia begitu.. lagi 1 yang jenis dengar khutbah sambil online di smartphone pun ada juga..

Nina Mads said...

perasan juga kes macam ni.. setiap kali jumaat mesti lepak kt taman tp pakai baju melayu.

aswadz said...

@ieteng: wallahualam. x tau la.

@aiza: yg tu aku x pernah nmpk lg. tp mgkn ada.

@amanina: ada jugak gitu ye.

Pha Is said...

tu la.. buat penat je pergi masjid kalau x solat..

aswadz said...

diorang x penat. sbb melepak tu mmg hobi diorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...