Selama nih aku dah pernah duduk kat hotel budget yang bilik nyer sempit macam EV Hotel. Yang up sket, Alami Garden. Ada gak hotel2 laen. Tapi yang laen tu sumer company bayar. Yang btol2 aku bayar sendiri 2 tu je. Biasa la. Hotel murah boleh la bayar sendiri. Tapi ada satu hotel yang memang menarik perhatian aku iaitu Hotel de Art.
So, apa yang menarik nyer pasal hotel ni? Haaa... Kalo korang nak tahu, setiap bilik hotel dia mempunyai tema tersendiri. Dan hotel ni merupakan hotel bertema yang pertama di Malaysia. Ada macam2 tema. Crouching Tiger Hidden Dragon, Marilyn Monroe, Hello Kitty dan laen2. Kalo nak tau lebih lanjut, korang boleh visit laman web diorang kat SINI. Kalo nak tengok tema bilik lak, boleh klik kat SINI terus.
Masuk lobi pun dah kagum giler. Hehehe... Design dia memang terbaek. Naseb baek hotel budget je. Kalo tak, mesti mahal. Aku book superior deluxe room. Harga dalam RM 170++. Tapi tu aku book direct sebab nak bayar cash. Kalo korang book online, boleh dapat harga dalam RM 130++ kalo tak silap aku. Breakfast provided, tapi makan kat Hailam Kopitiam je. Nak tengok bilik yang aku duduk? Jom...
Bilik aku ni bertemakan santai2 je. Takde tema macam Marilyn Monroe, Hello Kitty ke. Tema bilik aku ni dipanggil Roman Holiday. Decoration dia memang menarik. Best je rasa nak melepak dalam bilik nih. Hehehe...
Tapi sayang nyer, korang tak boleh nak pilih sangat tema bilik mana yang korang nak. Cuma masa aku call hari tuh, aku just mention kalo boleh, bilik mana yang aku nak. So ikut management hotel untuk bagi bilik mana yang diorang boleh bagi. Well, satu bilik satu tema je. Kalo ada orang laen dah booking, tak dapat la kot nak bagi kat korang. Ke sebab aku tak bayar dlu ek? Ntah la. Hehehe...
Kalo korang pernah stay kat hotel nih, cer citer sket pengalaman korang, tema apa yang korang dapat. Yang tak pernah try lagi, cuba la try sekali.
p/s: dengar kata hotel ni sponsor penginapan peseta Bintang Mencari Bintang TV3. btol ke?