Monday, August 18, 2014

Jom Follow Instagram Rexylla

rexylla, instagram rexylla, rexylla_blogshop


Sape2 yang ada akaun Instagram, jemput follow IG Rexylla [rexylla_blogshop]. Antara barang yang ada dijual di Rexylla adalah seperti blouse, maxi dress, handbag dan perfume. Rujuk brochure kat bawah untuk detail. Selaen daripada follow instagram Rexylla, korang juga boleh like page Rexylla kat SINI untuk update terkini.


rexylla, brochure rexylla


p/s: jom la follow...


Saturday, August 16, 2014

Ju-On 3 - The Beginning of the End

Macam dah lama lak aku tak buat review movie kan. Baru2 ni aku ngan wife aku pergi tengok movie seram Jepun, Ju-On 3. Well, sape yang tak tau citer Ju-On kan. Antara movie yang paling seram aku pernah tengok. Korang pun mesti familiar gak dengan movie Ju-On kan.


ju-on 3, ju-on 3 review


The beginning of the end. Bagaimana semua nyer bermula? Macam mana tiba2 boleh wujud hantu Ju-On ni? Sape yang memulakan nyer? Sekuel ke-3 Ju-On ni mengupas persoalan2 yang bermain di fikiran penonton siri pertama dan kedua Ju-On.

Ju-On 3 berkisarkan kisah yang menyelubungi keluarga Saeki termasuk kematian mereka dan bagaimana curse itu bermula. Misteri terungkai 10 tahun selepas kejadian di mana cikgu kelas Toshio Saeki (budak Ju-On tuh) datang melawat ke rumah Toshio. Selepas pertama kali menjejak ke rumah tersebut, pelbagai perkara misteri dan menakutkan mula berlaku.




Overall, movie Ju-On 3 ni memang tidak menghampakan, if korang nak the excitement of being scare itself. Kalo korang nak tengok citer yang menjanjikan jalan citer yang menarik, maybe citer ni bukan untuk korang. Tapi kalo korang nak tengok movie yang menakutkan, this movie is for you. Sebab apa aku kata macam tu? Sebab aku rasa ni movie seram yang paling menakutkan aku setakat nih.

Namun begitu, walaupun aku kata yang movie ni yang paling menakutkan, to be honest, takde la seram sangat pun. Ju-On 1st lagi seram kot. Ke sebab faktor usia ye? Maklumlah, time tengok Ju-On yang mula2, time tu "muda" lagi. Hehehe...

Tapi macam mana pun, movie ni still seram. At least lagi seram daripada Devil's Due, The Conjuring dan Pee Mak. Owh, kejap. Pee Mak seram komedi. Okay, abaikan.




Friday, August 15, 2014

Masalah Komen Tak Keluar

Sejak beberapa minggu ni, aku ada masalah dengan certain blog. Bukan ada masalah gaduh ke apa ye. Aku tak pernah gaduh dengan mana2 blogger sebab aku baik orang nyer. Masalah yang aku hadapi ni, bila aku komen, its like nothing happened. Page tu akan loading je, tapi takde apa2 perubahan pun. Dan yang aku perasan, benda ni berlaku bila aku komen kat blog yang guna comment box macam kat bawah nih.


comment box, komen tak keluar


Antara blog yang aku selalu lawat yang guna kotak komen macam kat atas ni adalah blog Anak Askar Pencen dan Puteri Kasih. Aku pun tak tau berapa lama benda ni dah jadi. Mula2 ingat komen moderation, sebab tu tak keluar. Cuma aku perasan lebih kurang 2 minggu lepas bila aku check balik entri diorang yang lepas2, komen aku tak keluar pun.

Jadi, andaian yang aku buat;

1. Diorang tak approve komen aku.

2. Memang ada problem yang anonymous yang menyebabkan komen aku takde dalam rekod.


Tapi of course la aku suspek yang no.2 kan. Tak kan la bro Sylarius dan Puteri sekejam itu sampai tak approve komen aku kan. Hehehe... So, ada sape2 boleh tolong aku tak merungkaikan misteri ini?


Tuesday, August 5, 2014

Hari Raya 2014

hari raya 2014, sambutan hari raya, eid mubarak
[Family aku (atas) dan family mentua (bawah)]


Hari ni baru berkesempatan nak buat entri post-raya. Kalau ikutkan, patut nyer hari ni dah start keje. Tapi sebab kurang sihat sket, so aku amek MC. Badan still rasa lemah2 sket. After effect lepas raya. Travel banyak sangat.

Tahun ni turn beraya kat kampung aku dlu, iaitu kat Perak. Tahun lepas tak dapat nak bergambar ramai2 belah family aku sebab aku takde. Kakak aku yang ke-2 pun tak balik raya. Tahun ni alhamdulillah. Ada la gambar family. Tu pun kakak aku yang no 2 belum balik lagi. So tak cukup korum. Belah mentua cukup korum. Siap tambah lagi sorang menantu lagi raya nih. Hehehe...

Tahun ni raya ke-3 baru balik ke Kelantan. Ada la buat rumah terka sket2. Cuma tahun ni tak dapat beraya lama sangat sebab Sabtu wife dah keje. Aku je yang bercuti lama sket. Hehehe... Cuma satu je tak best. Bila datang je time raya, ada je wabak penyakit yang bermaharajalela.

Penyakit apa tuh? Hehehe... Raya ke-3 hari tu sampai2 je kat Kelantan, terus demam. Nasib baek tak lama. Ku sangkakan panas hingga ke tengah hari, rupa nyer dah mendung sejak awal lagi. Hari aku nak balik tuh, suara dah mula serak2. Rupa2 nyer nak sakit tekak la pulak.

Kemudian, kena cirit birit sekali. Cirit birit ni penyakit yang popular time festive season. Nasib baik tak kronik. Jadi, sempena raya nih, kenalah jaga pemakanan untuk mengelakkan keciritan time raya nih. Hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...