Saturday, February 28, 2015

Misteri Kellie's Castle

Kita sambung balik entri minggu lepas.

Disebabkan aku telah digesa oleh LydSunshine untuk cepat2 buat entri pasal misteri Kellie's Castle ni, aku pun menggesakan la diri ini untuk menaip entri ni. Kalau tak, mungkin entri ni lambat lagi nak keluar. Hahaha...

Okay2. Back to the topic. Walaupun seni binanya gah di mata, tapi Kellie's Castle tidak menjadi popular disebabkan architecture nyer. Tapi disebabkan oleh banyak misteri yang menyelubunginya. Disebalik architecture yang menarik, Kellie's Castle dikatakan mempunyai bilik dan terowong rahsia. Kalau korang pergi sendiri, mungkin korang tahu bilik mana. Tapi mungkin juga ada lagi bilik rahsia yang laen yang belum diketahui. Mana la tau kan...


kellie's castle, misteri kellie's castle, lubang udara terowong, terowong rahsia
[Lubang udara terowong rahsia]


Seperti yang member Mime MF pernah present, member ada terowong rahsia di Kellie's Castle. Gambar yang kat atas ni merupakan terowong udara untuk salah satu terowong rahsia yang ditemui di Kellie's Castle. Dah macam telaga pun ada aku tengok.

Sebenar nyer, ada 3 terowong rahsia yang dibina untuk tujuan melarikan diri daripada musuh.Satu ke kuil Hindu yang terletak lebih kurang 500 meter daripada Kellie's Castle. Satu lagi merupakan jalan keluar menuju ke kawasan parking kereta Kellie, tapi dilaporkan telah runtuh. Terowong ke-3 pulak hanya dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 2003 oleh JKR, semasa membuat pembinaan jalanraya. Agak2 ada lagi tak terowong rahsia kat Kellie's Castle ni. Hhhmmmm...

Dan yang paling menarik nyer tentang Kellie's Castle ni, ada sesetengah berpendapat Kellie's Castle ni berhantu. Haunted sampai pihak yang jaga Kellie's Castle ni ada buat aktiviti Paranormal Night Tour untuk pengunjung yang berminat.

Tapi kalo korang pergi belah siang macam aku hari tu, takde rasa apa pun. Meremang bulu tu tak pernah pun. Berbulu tu ada la. Berbulu dengan cuaca yang panas terik. Hahaha... Hitam terus aku time tuh. Tapi kalau belah malam, mungkin lain citer la sebab kiri kanan Kellie's Castle ni berhutan. So boleh dikatakan tempat jin bertendang jugak la.


kellie's castle, misteri kellie's castle, koridor misteri, paranormal
[Koridor yang dikatakan salah spot "panas"]


Peristiwa #1

Koridor kat gambar atas ni antara kawasan yang dilaporkan penampakan roh William Kellie Smith (owner Kellie's Castle) selain ada beberapa tempat yang laen. Seorang ahli naturalis saintifik yang datang membuat kajian tentang haiwan yang keluar malam ternampak satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki berbangsa Eropah sedang menjenguk daripada salah satu tingkat di istana berkenaan.


kellie's castle, misteri kellie's castle, koridor misteri
[Misteri sungguh koridor tersebut]


Peristiwa #2

Bilik tidur anak perempuan Kellie yang bernama Helen turut menjadi salah satu kawasan hot spot kerana pernah dilaporkan penampakan roh seorang budak perempuan berbangsa Eropah dalam lingkungan umur 6 tahun. Tapi sejauh mana kesahihan nyer, tak tau la sebab Helen tak mati pun kat Kellie's Castle. Sebaliknya dia dah pulang ke Eropah bersama emaknya. Hanya Anthony yang mati semasa perang meletus. Jadi, roh sape tu agak2?


Peristiwa #3

Bekas pengawal Kellie's Castle pernah melaporkan yang dia ternampak langsuir semasa membuat rondaan. Masa tu dia baru melepasi sebatang pokong angsana.


Peristiwa #4

Peristiwa yang ni pernah keluar News Strait Times, 8 Oktober 2006. Keluar surat khabar 2006, tapi citer ni back-dated tahun 1995. Dikatakan 4 orang sahabat dari Tapah pertama kali datang berkunjung ke Kellie's Castle. Masa mereka sampai tu dah pukul 5 petang.

Seorang lelaki (dipercayai pengawal) datang berjumpa dengan diorang untuk memaklumkan yang waktu melawat dah tamat. Semasa diorang nak balik tu, salah seorang daripada diorang menoleh. Baru diorang sedar yang pengawal tadi TIDAK BERKAKI dan seakan2 melayang ke arah pondok pengawal.


p/s: ada berani nak datang Kellie's Castle waktu senja atau malam?


10 comments:

Mime MF said...

peh ada 3 terowong..ni lagi baru tahu..haha mesteri2..mungkin ada lagi terowong lain kan..curious betul la! hehe

aswadz said...

misteri yg membuatkan kita nak tahu lg kan. hehehe...

Pha Is said...

boleh tahan ceritanya..

Unknown said...

mcm makin geram pulak nak pergi sana. hehe.

Unknown said...

nampaknya tak seuai la untuk bawak budak2 ..kan??

dear anies said...

agak2nya laa kan kalu sy bc opismet sy ke sini mau basah keluar dia sbb terkencing hahahaha dia ni penakut

Jari Manis said...

awal2 lagi dah surrender...meremang bulu teti....mmg x BERANI!!!

aswadz said...

@phais: seram x? hahaha...

@aisya: singgah la on the way balik kedah.

@diana: boleh je. tp bwk siang la. jgn bwk belah malam pulak.

@anies: hehehe... belah siang xde la seram pun.

@jari: berani2 kan la diri...

Pha Is said...

ntah.. nak kena pergi merasa sendiri, baru bleh tau.. heheh.. kat penang ni muzium perang yg org kata muzium paling berhantu pun tak pernah masuk lagi...

aswadz said...

yg tu aku pun x berani nak masuk. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...