Wednesday, February 8, 2012

Journey 2: The Mysterious Island

Korang pernah tengok movie Journey to the Center of the Earth tak? Kalo korang sker citer2 adventure macam ni, mesti korang akan minat muvi Journey 2: The Mysterious Island. Ye. Citer ni merupakan sekuel kepada Journey to the Center of the Earth. Sori la kalo review aku ni dah agak outdated. Lama sangat terperuk, tak publish2.




Citer ni bermula dengan Sean Anderson, seorang remaja yang bermasalah yang mempunyai keinginan untuk mencari pulau misteri yang pernah diceritakan oleh datuk nyer suatu masa dahulu. Dia juga berpendapat datuk nyer telah hilang semasa mencari pulau misteri tersebut. Berpandukan tiga buah buku novel iaitu Treasure Island, Gulliver's Travels dan Mysterious Island, akhir nyer Sean Anderson berjaya menjumpai koordinat pulau misteri tersebut dengan bantuan ayah tiri dia, Hank Parsons.




Pada pendapat aku, citer ni memang best. Especially sebab aku memang minat citer2 macam ni. Jalan citer dia agak menarik gak sebab dia macam combine beberapa elemen fantasi dan juga sejarah. Contoh nyer macam mana pulau tu dihuni haiwan yang sama macam kat tempat laen. Cuma haiwan yang besar bertukar menjadi kecil dan begitu juga sebalik nyer. So bole bayangkan kalo cicak rumah tiba2 bertukar menjadi gergasi? Owh, tapi dalam muvi ni takde cicak ye. Pastu kota yang hilang di lautan, Kota Atlantis juga muncul kat atas pulau ni. Menarik tak?

Barisan pelakon lak, aku rasa watak Sean Andersons tu kurang la. Cik Vanilla pun cakap gitu gak. Watak Kailani lakonan Vanessa Hudgens, watak penyeri je kot. Seksi je lebih. Tapi takpe la. Lelaki sker tengok kot. Hehehe... Eh? (sambil hadang muka, takut kena lempar ngan barang oleh Cik Vanilla) Tapi watak Gabato, ayah kepada Kailani tu memang kelakar. Tergelak2 aku tengok.

Cuma aku rasa setback dalam citer ni adalah jalan citer terlalu direct. Contoh nyer, masa pulau tu nak tenggelam, dan2 je tahu kewujudan kapal lanun yang pernah singgah kat situ pada zaman dahulu. Pastu, dan2 je tahu kena cari journal kapten kapal tersebut untuk tahu kedudukan kapal tersebut. Bila dah macam tu, jalan citer tu macam dah jadi terlalu mudah dan direct. Maybe diorang nak kurangkan masa tayangan kot. Ntah la.



 
p/s: kapal lanun tu bukan kapal layar, tapi kapal selam. kapal selam yang agak canggih lak tu...


Tuesday, February 7, 2012

Profesion Baru Aku - Driver Bas Kilang

Yes. Aku tahu korang tentu terkejut dengan tajuk entri ni. A'ah. Skang aku dah ada new profesion iaitu driver bas kilang. Tapi aku tetap kerja sebagai researcher. Yup. Keje tetap keje. Takde nyer aku nak quit job aku yang skang ni just sebab aku dah tukar profesion baru. Sebab... Sebab...

Profesion baru aku ni cuma wujud di Geng Blogger Sengal je.




Hahaha... Means, profesion ni hanya wujud di alam maya, atau lebih spesifik lagi, di Facebook. Takde wujud kat mana2 dah. Mana nak cari dinosour T-Rex memandu bas kilang? Tak jumpa nyer la. Hanya ada di Kampung Sengal. Tapi honestly, ntah dari mana datang idea driver bas kilang ni pun aku tak tau. Memandai je ketua kampung ni decide. Ingatkan nak bagi aku title hulubalang kampung. Hehehe...

Apa pun, komitmen tetap harus diberikan. So aku tadi telah meninjau kilang2 bas bersama asisstant aku En. Google. Aku telah pun memilih bas yang sesuai untuk membawa minah2 kilang Kampung Sengal dan sape2 jua la yang ada perkataan "kilang" kat title diorang. Tinggal nak tunggu ketua kampung release fund je untuk beli bas ni. Amacam tok ketua? Lepas tak?




p/s: pasni nak amek lesen memandu bas lak. baru real kan.


Saturday, February 4, 2012

Eksperimen - Efek Rokok pada Paru-paru

Malas citer banyak sebab aku dah pernah tulis beberapa entri pasal bahaya rokok ni. Korang bole baca kat SINI, SINI, SINI dan SINI. Kali ni jom layan eksperimen yang dijalankan untuk tengok efek rokok pada paru2. Walaupun mungkin dah lama video ni, tapi takpe. Layan je...


Thursday, February 2, 2012

Agenda Free-guson

Sempena kekalahan Manchester City di tangan Everton.






















p/s: entri suka-suki hari ni. hahaha...


Wednesday, February 1, 2012

Card Pendrive for Corporate Gift

Aku rasa kebanyakan korang mesti ada pendrive kan. Especially bebudak universiti dan ke atas. Paling koman pun mesti ada satu. Maklum la. Pendrive ni agak penting gak la untuk transfer2 file ni. Mudah keje. Nak beli external hard disk, bukan sumer mampu.




Apa yang aku bakal promote ni mungkin tak banyak yang dijual kat kedai. Dan sah2 bukan jenis yang korang selalu nampak orang pakai. Sebenar nyer aku nak promote kat korang card pendrive. Cis aswadz ni. Nak buat saspen2 lak. Sudah terang lagi kan bersuluh terpampang kat tajuk entri. Sebelum aku citer panjang2, apa kata korang baca dlu apa yang tertulis kat poster nih.


[Klik untuk tumbesaran yang sihat]


Macam yang korang bole baca, card pendrive ni ada beberapa advantages berbanding dengan pendrive biasa. Memandangkan pendrive ni dalam bentuk kad, so basically ia nyer nipis, ringan. Mudah dibawa ke mana2 dan juga mudah hilang kat mana2.

Korang bole simpan je dalam dompet atau purse korang and korang bole gi jalan2 dan cucuk pendrive korang kat mana2 pun. I mean, janji ada slot untuk cucuk pendrive korang. Jangan cucuk kat tempat yang takde kaitan. Kang ada yang kena lempang, jangan datang mengadu kat aku lak ye.

Ehem... Bersambung semula kepada topik. Hampir off topic tadi. Card pendrive ni amat laaa sesuai untuk dijadikan corporate gitf sebab keunikan card pendrive itu sendiri. Aku rasa korang mesti rasa best kan kalo dapat simpan card pendrive siap ada logo syarikat korang. Jadi aku rasa card pendrive ni sesuai dijadikan gift semasa dinner syarikat, conference dan exhibition. Baru la nampak eksklusif dan versatile.

 Untuk maklumat bergambar, korang bole rujuk gambar2 sampel card pendrive seperti kat bawah ni.




[Panjang 8.5 cm, lebar 5.4 cm]




[Tebal = 0.15 cm, tebal pendrive = 0.2 cm]


Kenapa aku target untuk corporate gift dan bukan nyer individu? Okay. Sebenar nyer kat sini ada 3 sebab kenapa aku target untuk corporate gift instead of individu. Pertama, card pendrive ni memang sesuai dijadikan corporate gift sebab ia tampak unik dan versatile. Kedua, sebab harga card pendrive ni mungkin agak mahal berbanding dengan pendrive biasa. Ketiga, keperluan individu untuk membeli adalah terhad dan bergantung kepada keadaan.

Tapi ini tak bermakna individu tak leh beli ek. Kami menerima segala jenis pelanggan. Even kalau langsuir nak datang beli untuk buat kenang-kenangan pun, kami mungkin akan pertimbangkan. Janji langsuir tu ada duit la. Duit Malaysia ye. Matawang daripada alam laen tidak akan diterima sama sekali.




Harga asal adalah RM 38. Tetapi buat masa ni, diskaun sebanyak 16% iaitu RM 32 akan diberikan kepada beberapa pelanggan pertama (bergantung kepada stok) yang membuat pembelian 50 unit ke atas. Aku pernah buat survey kat beberapa kedai yang ada jual produk yang lebih kurang sama, kebanyakan diorang letak harga sebanyak RM 35 untuk card pendrive berkapasiti 2 gigabyte. So, aku rasa harga ni agak reasonable jugak la since kapasiti pendrive yang ditawarkan adalah 4 gigabyte.

Untuk pembelian 50 unit ke atas gak, korang diberi kebebasan untuk buat design (logo atau gambar) sendiri untuk dicetak kat atas card pendrive tersebut. Bersembang pasal cetakan design, harga yang ditawarkan hanya tertakluk kepada card pendrive dengan design belah depan je. Belah belakang plain, macam yang ditunjukkan kat dalam gambar di atas. Tapi, kalo nak cetak gambar depan belakang, still bole dirunding.

So, kalo korang ahli committee untuk mana2 dinner syarikat, conference atau exhibition yang berminat untuk jadikan card pendrive ni sebagai corporate gift, korang bole contact je nama2 yang tertera kat dalam poster tu. Or korang bole contact terus aku kat emel aswadz_rex@yahoo.com. Kalo ada sebarang persoalan yang berada di minda, korang juga bole contact aku atau nama2 tersebut. Nak mudah? Komen je kat entri ni. Senang citer.


**********Banner**********
 *************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...