Thursday, July 14, 2011

Kucing tdo kena kacau dengan burung

Assalamualaikum anda2 sekalian.

Hari ni malas nak update panjang2. So aku kongsi video ni ngan korang sumer....

Video yang agak cute untuk ditonton. Especially kalo anda penggemar kucing...




**********************************************************************************


Galakan dan inspirasi daripada DJ Lin untuk ibu tunggal berdiri semula perjalanan yang sukar ini.




********************************************************************************** 

Tuesday, July 12, 2011

10 perkara yang bole kita belajar daripada filem Harry Potter

Seperti yang kebanyakan kita dah tahu, siri terakhir dalam franchise Harry Potter bakal ditayangkan di pawagam Khamis nih. Sudah 14 tahun berlalu sejak buku Harry Potter yang dikarang oleh J. K. Rowling dan lebih kurang 10 tahun sejak movie pertama Harry Potter and the Sorcerer Stone kuar. Daripada pelakon nyer kecik sampai la dah remaja.



Sempena dengan movie terakhir Harry Potter iaitu Harry Potter and the Death Hallow part II, apa kata kita go through 10 perkara yang kita bole pelajari daripada filem/ buku Harry Potter nih.


1. Baek dengan budak yang kurang popular

Kalo korang perasan, diorang2 yang tak popular ni la yang selalu tolong Harry Potter dan Dumbledore. Bole dikatakan golongan ni adalah "the best allies that you can get". Sebab pe? Sebab diorang tak popular. So diorang tak mementingkan diri sendiri.

Tak seperti golongan yang popular yang cenderung untuk menjadi seorang yang mementingkan diri. Selagi dia rasa takde kepentingan atau advantage untuk dia tolong korang, dia tak kan tolong.


 [Luna Lovegood]


Sebagai contoh yang aku bole bagi kat sini, Luna Lovegood bersedia untuk join Dumbledore Army untuk menentang pihak musuh. Neville Longbottom. Walaupun budak ni terkenal dengan kekalutan dia, dia mempunyai inisiatif untuk membantu memulihkan anggota Dumbledore Army dengan bantuan Luna dan Ginny Weasley.

Oleh itu, berbuat baek ler ngan budak yang kurang popular. Maka diorang akan menjadi rakan baek korang yang sedia membantu korang ketika korang susah.


2. Tak salah menjadi student kegemaran cikgu

Macam yang kita tahu, Harry Potter merupakan pelajar kegemaran Dumbledore. Sebab itu ada pelajar yang dengki dengan Harry dan sometimes ada yang sampai nak menyusahkan dia. Walaupun menjadi student kegemaran Dumbledore, Harry tak pernah lak amek advantage tersebut untuk buat sesuka hati mak bapak tiri belah nenek dia.

As a result, Dumbledore selalu membantu Harry, menjaga dia umpama Harry Potter tu anak dia sendiri. Dan even dapat ilmu dan gadget seperti invinsibility cloak.


3. Kalo korang invisible, sumer kesalahan menjadi tak salah

Tak salah curi masuk dalam ofis guru, curik masuk dalam tandas private, mengintip orang. Tak salah... Yela. Sape yang tau korang ada masa tuh kan. So, sape yang nak cakap korang bersalah?


4. Guna buku 2nd hand

Menggunakan buku 2nd hand bukan saje bole jimat duit. Tapi korang gak bole share the same feeling dengan pemilik asal buku tersebut. Korang juga mungkin akan terjumpa rahsia dalam tersembunyi dalam buku 2nd hand tersebut, yang mungkin juga akan membawa korang ke alam pengembaraan yang tak pernah korang terfikir dalam kepala otak korang.


5. Coklat ubat segala penyakit

Slalu nyer kalo awek tengah frust menonggeng-tertonggeng-kau-memang-kena-bom, kebanyakan nyer akan makan coklat untuk mengatasi masalah depression yang diorang alami.

Kalo dalam filem Harry Potter lak, coklat bukan setakat makanan untuk mengatasi depression, malah bole mengatasi chilling, cold effect (sahaja tak translate, sat lagi korang tak paham lak) yang dikenakan oleh Dementors terhadap mangsa2 nyer.


6. Stokin itu penting

Penting sebagai salah satu pakaian dalam kehidupan. Stokin bukan setakat memanaskan kaki korang masa tengah sejuk. Malah memberikan kebebasan kepada Dobby, elf yang menjadi hamba kepada keluarga Malfoy. Dobby yang slalu membantu Harry Potter dalam keadaan susah.


 [Ingat lah yang stokin itu penting]



7. Tak perlu mempunyai pertalian darah untuk dianggap sebagai "keluarga"

Even saudara Harry yang mempunyai pertalian darah dengan dia pun, kurung dia dalam bilik bawah tangga. Walaupun rakan2 Harry tak mempunyai talian darah ngan dia, tapi diorang sanggup menghadapi cabaran bersama2. Berjuang bersama2, melanggar peraturan demi korang, dan sanggup gi camping sama2 korang semata2 nak cari serpihan yang mengandungi roh jahat kepunyaan ahli sihir terkenal.


8. Tak salah ngan ngorat adik kawan korang

Ron relax je Harry Potter ngorat adik dia. Apa ada hal?


 [Ginny Weasley ngan Harry Potter]


9. Pilihan yang korang buat yang menentukan korang tu sape

Yes. Pilihan yang korang buat yang menentukan kehidupan korang. Bukan sebab kebolehan korang. Ini adalah salah satu kata2 daripada Dumbledore terhadap Harry Potter semasa kat Hogwarts. Jadi, kalo korang gagal dalam melakukan sesuatu, korang cakap la, "Sebenar nyer aku yang nak gagal dalam benda nih,".


10. Wartawan memang sker buat citer

Rita Skeeter merupakan wartawan yang terkenal sikap nyer yang sker mensensasikan sesuatu citer yang dia tulis. Dan kadang2 mereka-reka citer untuk menghangatkan lagi keadaan. Jadi, tak semesti nyer apa yang korang baca kat surat khabar adalah betul.


***********************************************************************************
Autographed Jerseys from your favorite Chelsea & Arsenal Players, who wants?



***********************************************************************************

Saturday, July 9, 2011

5 Golongan Lelaki yang Kekal Single

BACA SEKALI LAGI: 5 golongan lelaki yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk kekal single atau kahwin lambat.

Saje je nak tambah ayat "kahwin lambat" tuh sebab aku tau, bape kerat je lelaki yang stay single sampai ke tua. Maklum laa... Negara yang lebih banyak peratusan awek daripada peratusan jejaka kacak. Jadi agak susah untuk para jejaka untuk stay single aka forever alone. Banyak godaan daripada aweks2.

Pasal tu aku tambah ayat "kahwin lambat".


Golongan Workaholic

Golongan pertama yang muncul kat dalam kepala otak aku the moment aku tulis pasal entri ni, adalah golongan workaholic. Bukan shopaholic ek akak2 sekalian. Workaholic. Yang sememang nyer kehidupan nyer revolve around tempat keje. Dokumen2 syarikat. Bilik ofis. Itu adalah life seorang workaholic.


 [Tdo pun kat ofis]


Golongan ni lebih fokus untuk mengembangkan kareer dia berbanding dengan mengembangkan zuriat. Mengembangkan kareer is priority number one. Mengembangkan zuriat... Hhhmmm... Mungkin ke-2 atau ke-3.

Sebab pe stay single? Sebab since diorang ni lebih fokus terhadap keje diorang, diorang tak cukup masa atau tenaga untuk involve dengan relationship bersama aweks2. Yela, bila dah busy, mana ada masa nak berkenalan ngan aweks, nak gi dating, nak gi jalan2, tengok wayang. "I have no time for that gals," kata diorang.


Golongan yang Cerewet

Cerewet daripada segi pemilihan calon kekasih atau isteri. Bukan daripada segi memilih makanan atau pakaian. Bukan pompuan je yang cerewet memilih calon suami. Lelaki pun ada gak.

Bila dah cerewet ni, confirm la sukar nak cari pasangan. Sumer tak kena. Nak yang cantik, tinggi macam model, boobs mesti at least C cup, berkerjaya, pandai memasak, pandai menjahit, mesti mempunyai ijazah daripada Oxford. Antara ciri2 yang diorang cari. Well... Mana nak cari aweks2 yang boleh penuhi sumer kriteria kat atas?

Cantik, tinggi, CEO syarikat bertaraf antarabangsa, graduan Oxford, tapi tak pandai memasak. Reject... Cantik, tinggi, berkerjaya, pandai memasak dan menjahit. Tapi budak UTP je? Reject gak...

So, how la?


Golongan Pemalu

Golongan pemalu pun kadang2 payah gak nak dapat pasangan. Melaenkan si Hawa yang pegi mengorat golongan yang pemalu ala2 kucing nih. So, yang mana skang dah berkahwen/ couple sebab si aweks yang mengorat dlu, berterima kaseh kat diorang skang...


 [Alah alah... I malu la...]


Sebab pe golongan pemalu ni tend to stay single? Sebab sifat pemalu diorang tu menyebabkan diorang jarang nak berkenalan ngan awek2. Sebab tak berani nak bercakap banyak. Tak berani nak bertanya soalan2 yang agak personal seperti "Dah ada yang punya ke?".

Jadi, diorang end up being single unless ada girls yang approach diorang nih...


Golongan yang Berfoya2

Jenis golongan ni, diorang bukan tak bole tak jadi single. Tapi diorang chose not to. Sama ada diorang still fikir "aku masih muda" atau "masih belum tiba masa nyer".


 [Berfoya2 la dlu. Kita kan masih muda...]


Ada juga daripada golongan ni kerap bertukar aweks. Clash ngan awek ni, declare ngan awek tu. Bila dah bosan, carik yang laen. Jenis yang ni, mungkin diorang berfikir, "belum jumpa calon yang sehati berdansa. Eh, I mean, belum jumpa yang calon yang sehati sejiwa".

Bila geng2 diorang yang sekepala aka geng melepak diorang semakin berkurangan, then they realize yang diorang ni patut start cari calon isteri secepat mungkin.


Golongan yang Selesa dengan Keadaan Sekarang

Ni adalah golongan yang tidak berkenaan dengan 4 golongan yang di atas. Diorang bukan workaholic. Diorang bukan pemalu dan bukan cerewet. Diorang juga tidak sker berfoya2. Diorang cuma dah selesa dengan keadaan skang.

Bila dah selesa, diorang ada masalah untuk moving on ke satu stage yang berbeza seperti alam percintaan, alam perkahwinan. Yela... Bila dah bercinta, korang kena spend time untuk awek. Bawak awek gi jalan2 tengok wayang. Kan masa2 seperti tu bole spend untuk maen PS3 kat umah...

Golongan ni gak bersosial macam orang laen gak. Cuma mungkin niat nak cari calon pasangan tu belum terlintas di hati diorang. Unless ada desakan daripada keluarga.


So, itu lah dia beberapa golongan yang mempunyai kecenderungan untuk kekal single atau kahwin lambat. Aku tak tergolong dalam mana2 kategori. Well, mungkin golongan pemalu tu adalah sket2. Tapi bab2 cari awek, tak malu dah. Ahahaha...


**********************************************************************************



Just get the internet prepaid pack and then pay as you use?





********************************************************************************** 

Friday, July 8, 2011

Golongan nerd bila dewasa

Entri ni mungkin susulan daripada entri Skema Itu Nerd. Barangkali jugak bukan. Apa yang aku nak citer ni adalah pasal golongan nerd sekalian. Citer pe? Citer pasal apa yang akan berlaku pada golongan nerd sekalian bila diorang dah bergelar dewasa.




Hahaha... Maaf. Entri ni sebenar nyer bukan nak tilik naseb golongan nerd. Tapi nak cungkil sama ada adakah diorang ni dapat menjadi seorang dewasa yang baek atau tidak. Dan bandingkan dengan golongan yang tidak nerd aka golongan yang lebih bersosial atau outgoing type of person.

Entri ni adalah based on my opinion semata2. Tak semesti nyer pendapat aku btol, ye tak.

Pada pendapat aku, golongan nerd mempunyai high probability untuk menjadi seorang dewasa yang berjaya. Sebab apa aku kata begitu? Mostly golongan nerd ni adalah golongan yang rajin study. MOSTLY. Sebab pe? Sebab diorang ni kurang bersosial, kurang outgoing. Jadi ke mana pegi nyer masa2 yang kebanyakan orang abes kan untuk bersosial dan berjalan2 cuci mata?

Yes. They study.

As a result, kebanyakan golongan nerd ni adalah bijak pandai. Since diorang bijak pandai, their future would be brighter compared to others. Therefore, chances untuk diorang mempunyai kerjaya yang stabil adalah lebih tinggi.



Kebanyakan majikan yang prefer golongan nerd juga adalah tinggi. Even though diorang tak tau orang yang diorang interview tu pernah tergolong dalam golongan nerd, tapi it's the looks that they made the decision. What about the looks?

Kalo korang tengok seseorang yang nerd kan, korang dapat sense dia nyer responsibility level. Since diorang ni sememang nyer jenis yang kurang outgoing dan sosial, diorang dapat tumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja diorang. Bayangkan la. Lepas abes waktu keje, balik rumah bukan buat apa pun.

Jadi, berkemungkinan besar kalo ada keje yang tak siap, diorang akan siapkan dekat rumah. That is what the employer actually want, isn't it? Compare dengan seseorang yang kerap keluar malam, lepak2 ngan member dan style yang sker wat keje maen2. Time keje pun kadang2 bole wat maen. Mengular.

Golongan nerd jugak lebih sistematik dalam menyiapkan sesuatu task. Maybe not all. But mostly. Diorang lebih organized dalam menyelesaikan sesuatu keje, which is good bila dah berada di alam pekerjaan.

Compared ngan golongan yang bersosial dan outgoing, golongan nerd ni kebanyakan diorang dah set target bila diorang dewasa nanti, diorang nak jadi apa. Diorang dah set objektif diorang awal2 lagi.

Orang yang bercinta, orang yang selalu melepak. Diorang ni ada gak objektif diorang sebenar nyer. Tapi disebabkan kegiatan diorang, kadang2 diorang sendiri terbabas daripada objektif asal. Tapi since golongan nerd ni jarang bercinta dan melepak, so diorang lagi fokus terhadap objektif diorang.

Tapi ada je golongan nerd yang bercinta. Tapi bila diorang dating, almost half of their conversation mesti berkisarkan pasal pelajaran. Kan kan? Elehhh... Macam la aku tak tau. Aku pun pernah alami nyer... Kata nerd...

Nerd ni sebenar nyer bukan tak popular. Popular ler jugak sebenar nyer. Ramai je awek yang nak couple ngan nerd tau. At least bole tolong diorang naek kan pointer. Hehehe...




It's true. Diorang sebenar nyer popular. Tapi satu je kelemahan golongan nerd nih. Diorang ni jenis yang pemalu dan confidence level diorang kurang. Sebab tu diorang jarang nak bersosial nih...

So, bila diorang dah dewasa, tarak hal la nak cari awek ke, nak cari pasangan ke. Bila dah keje nanti, insyaAllah, confidence golongan ni akan bertambah2... Akan develop.

Tapi, again, aku nak stress kan yang kat sini, entri ni adalah pendapat aku semata2. Yang menentukan sama ada diorang ni dewasa yang berjaya atau tak, terserah pada individu tersebut. Entri ni juga tak bermaksud golongan yang bukan nerd adalah tidak successful. Tak... I don't mean it like that.

Ramai je golongan yang sosial dan outgoing ni berjaya. Apa yang aku bincangkan dalam entri ni sebenar nyer adalah bersifat subjektif. Secara general. Tak semesti nyer korang nerd, korang dah pasti berjaya bila dewasa kelak. Tak semesti nyer korang ni jenis sosial dan outgoing, korang tak kan berjaya. That is a BIG NO-NO.

Depends kat korang sendiri. Korang yang cipta masa depan sendiri. Kalo rasa ilmu belum cukup nak meneroka alam dewasa (alam pekerjaan dsb), belajar ar rajin2. In the end, it is about knowledge and how you present yourself in the future.

Dengan hati yang tenang... Jiwa yang tenteram... Anda dapat mengharungi sumer cabaran...

Eh, dah macam Fadzilah Kamsah lak. Hehehe...

K la. Sebelum aku merapu lagi banyak, baek aku stop kat sini buat masa skang. Kalo ada sape2 mempunyai pandangan yang tersendiri atau komen, bole kemukakan di ruangan komen yee...


**********************************************************************************

10,000 people are going to GRADUAN ASPIRE 2011 to search for their dream job. RSVP to join them!


********************************************************************************** 

Thursday, July 7, 2011

Kereta yang jarang kita nampak

Apa yang jarang? Sebab pe jarang? Sebab kereta2 nih diperbuat daripada bahan2 yang orang laen sendiri tak pernah terfikir nak pakai. Apekah bahan itu? Actually, benda ni mungkin dah lama. Tapi just for the sake of sharing with you guys.


[Kereta daripada batu-bata]


Ada pernah terfikir nak pakai kereta yang diperbuat daripada batu-bata? Mesti tak pernah kan... Tapi ini model je. Dah tayar pun batu-bata, camno haa nak gerak... Lampu pun batu. Camne nak bagi lampu tinggi kalo kereta depan slow...


[Kereta daripada buluh]


Huduh kereta ni. Hik3... Dipamerkan di Kyoto, Jepun dan merupakan kereta yang dijana menggunakan tenaga elektrik. Kelajuan kereta bole mencecah sehingga 50 km/jam. Jangan lerai time memandu sudah. Apa pun tak boleh...

2 gambar yang kat bawah ni, instead of "orang tak pernah terfikir nak pakai", mungkin korang sebenar nyer "tak mampu nak pakai". Sebab?


[Gold-plated convertible]


[White gold mercedes]


Sebab kedua2 kereta ni diperbuat daripada emas. Gilosss... Yang satu adalah kereta Infiniti yang disalut dengan emas. Yang ke-2 kereta Mercedes yang diperbuat daripada emas putih. Bukan disalut ye adik2... Sememang nyer, body kereta tersebut sendiri adalah diperbuat daripada emas putih.

Sebenar nyer ada banyak je kereta yang diperbuat daripada benda2 yang jarang orang guna. Just cari je kat internet. Confirm berlambak...


***********************************************************************************


Siapa mahu Audi A5?
 
 
 
 
********************************************************************************** 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...