Saturday, December 31, 2011

Nama Anak = Nama Jin, Apa Implikasinya?

Aku mendapat idea nak tulis pasal nama ni hasil daripada perbincangan dalam kereta ketika pulang daripada makan tengah hari. Tu pun dah lama giler kot. Macam biasa la. Sebab malas nyer pasal, baru skang baru aku nak tulis. Even kat Facebook pun orang dah citer2 pasal ni.

Member aku ni dia citer pasal dia tengok/ dengar orang cakap pasal implikasi menamakan anak kita dengan nama yang hampir sama dengan nama jin. Antara contoh2 nama tersebut adalah seperti Syafiqah, Balqis, Zaquan, Qistina dan Najwa. Menerusi apa yang aku faham menerusi pembacaan aku, memberikan nama anak dengan nama yang sama atau hampir sama dengan nama jin memudahkan seseorang itu terkena sampuk atau penyakit misteri.




Let say nama anak korang Balqis. Korang panggil nama anak korang dan pada masa tu anak korang tak dengar korang panggil dia. Kebetulan ada jin yang nama nyer Balqis gak. Dia lak yang tolong sahut korang nyer panggilan. Or lebih kurang gitu la. Aku pun paham lebih kurang je ni. Hahaha...

Ada juga yang mengatakan bahawa nama mempengaruhi kesihatan kita. Konon nyer ada kajian yang dibuat mengatakan orang yang menghidap penyakit yang sama mempunyai nama yang hampir serupa. Begitu juga dengan penyakit misteri, mengikut kata bomoh yang pernah merawat pesakit yang mengalami penyakit misteri.




"Ate teman nengok nama deme lebih kurang sama je. Teman pun kadang2 pikior jugok. Ate bior benor," kata bomoh yang ditemuramah itu. Okay, conversation ni tipu je. Aku yang reka sendiri. Hak3...

Tetapi... Kita jangan cepat sangat percaya. Even aku menulis entri ni pun, aku kaji gak sumber2 yang laen. Kali ni aku amek sumber daripada Ustaz Zaharuddin lak. Korang baca sendiri la apa yang dia komen.






Jadi, kesimpulan nyer nama tidak ada kena mengena dengan penyakit misteri, sampuk atau penyakit2 yang laen. Tu sumer kehendak Allah SWT. Kalo dia nak sesuatu itu berlaku, maka berlaku la ia. Tapi korang digalakkan meletakkan nama yang baek2 kat anak korang la. Jangan maen taruk lak. Sebab harus diingatkan, nama anak korang tu ibarat doa sebab korang akan panggil nama anak korang tiap2 hari.


p/s: tapi trend zaman sekarang, nama anak sampai 4-5 perkataan. nama Ahmad Zafri Ismail Roslan Jasmani. last2 panggil Zafri. tak pun Is je. hahaha...


Sumber:
Anamarza Blog (gambar)


Monday, December 26, 2011

Mat Tune dan Tune Talk

Korang kenal Mat Tune tak? Sebenar nyer aku pun tak berapa kenal sangat dengan Mat Tune ni. Until dia ada keluar iklan kat Churp2 dan Nuffnang tak lama dlu. So, sape kah Mat Tune? Dia ada apa2 kaitan dengan Tune Talk ke?


[Ni watak Mat Tune. Dia bukan manusia ye kawan2]


Sebenar nyer Mat Tune nyer karakter ni tercetus apabila satu kumpulan anonymous yang dikenali sebagai Tropicgang membuat satu video yang melibatkan Mat Tune (masa ni watak dia dipanggil Mat Derrr) sempena dengan ulangtahun Tune Talk yang kedua.

MV Mat Tune yang bertajuk Who Like Confuse telah menarik banyak viewers kat YouTube dan akhir nyer mendapat perhatian daripada CEO Tune Talk, Jason Lo dan Chairman nyer sendiri iaitu Tony Fernandes. Lepas berbincang sesama mereka, kumpulan Tropicgang ni bersetuju untuk menghasilkan lebih banyak MV Mat Tune.

Sejak dari itu, nama Mat Derrr ditukar kepada Mat Tune. Tetapi, kumpulan Tropicgang membuat request supaya diorang remain anonymous. Jadi begitulah citer nyer... Sebagai penamat entri, meh sini aku share satu video Mat Tune interview Hugh Jackman untuk filem Real Steel.




Hugh Jackman: Did you enjoy them fighting though?

Mat Tune: Oh yeah. Top class... Perghhh...

Hugh Jackman: Perrdddd...

Mat Tune: No no. Its perrghhh...

Hugh Jackman: Perrddd...


LOL... Tergelak aku.


p/s: Mat Tune telah pun release dia nyer single ke-2 bertajuk Park It! Untuk tahu dengan lebih lanjut, korang bole klik kat SINI.


Sunday, December 25, 2011

Video Hantu Yang Menyeramkan

Baru2 ni gempar dengan penampakan hantu langsuir di Kulim kan. Even aku sendiri ada buat entri pasal tu. Korang bole baca kat SINI. Tapi entri yang aku buat ni takde kena mengena dengan penampakan hantu langsuir. Tapi video yang bakal aku kongsikan ni bakal membuat korang seram sejuk. Or maybe even worse, korang mungkin akan terjerit sama.

Aku dapat tahu pasal video ni pun lepas aku terbaca entri kat blog Kisah Seram Jam 12. Video ni bukan diambil di Malaysia. Tapi di Jepun. Berdasarkan fesyen reporter dalam video ni, maybe video ni diambil masa 90an kot. Tapi ntah la kan. Aku maen teka je nih. Hehehe...

Be prepare ek. Sebab video ni confirm menyeramkan. Kalo tak caye, korang tengok gambar yang aku dah printscreen nih.


[Sumer orang kata video ni seram/ sangat seram]


Brace yourself. Watch at your own risk. Hahaha (gelak cam setan, bagi korang takut sket)... Ni video seram betul ek. Bukan video bangang yang tiba2 ada orang kejutkan korang. Takde2. Aku tak sker troll orang macam tuh. Ni video seram btol. Jadi, be prepared.




Saturday, December 24, 2011

Giveaway from Korea & Sydney

Dlu aku ada blogwalking kat satu blog ni. Syazanazura nama blog tu. Masa tuh aku terbaca yang tuan empunya blog ni nak buat giveaway sempena dengan kunjungan dia ke Korea ngan Sydney bulan ni. Ntah dah pergi ke blom, aku tak tau la lak kan. Dia tak citer pun. Hehehe...




Masa aku baca entri ni, aku memang ada niat nak join. Tapi masa tu agak bz sket. Jadi aku letak note je kat laptop aku. Lama2 aku lupa. Hehehe... Ni pun naseb baek terbaca balik. Dan memandangkan tarikh tutup dia 25 Disember, naseb baek (lagi skali) masih sempat kalo nak join.

Sebenar nyer Korea dan Sydney ni best gak kan kalo jadi destinasi pelancongan. Tapi antara Korea ngan Sydney, aku prefer gi Korea dlu la. Hehehe... Peminat K-Pop la katakan, walaupun takde la fanatik sangat pun. Setakat rajin layan awek Korea lagu ngan drama Korea je.

Kalo korang rajin datang blog aku, mesti korang tau nyer. Daripada share MV K-Pop sampai buat review drama Korea. Antara entri2 tersebut yang paling latest;


MV K-Pop:


Drama Korea:


Sebenar nyer ada banyak lagi. Tapi tak kan nak letak sumer kan. Aku letak 3 yang latest je k. Yang laen, sila explore sendiri kalo korang berminat. Apa susah. Taip je kat search box belah kiri atas tuh... Tapi aku dengar citer daripada member aku yang pernah pergi Korea, kat sana payah sket nak dapat makanan halal. Betul ke tak cik Syaza?

Anyway, sesape yang berminat nak join giveaway ni, korang bole klik kat SINI. Kat situ ada tulis syarat2 nak join giveaway ni. Tapi korang kena cepat la. Tarikh tutup dia esok...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...