Tuesday, July 30, 2013

Cuti Raya

Hari ni aku baru perasan, entri aku time nak raya tahun lepas tiba2 jadi popular kejap bulan nih. Entri yang INI. Entri ni pun sebab aku join segmen Abang Ensem ngan Zarul Umbrella. Tapi aku buat entri ni bukan sebab nak sembang pasal entri nih. Nak sembang pasal laen sebenar nyer. Maklum lah. Dah lama tak update. Jadi aku update la sket walaupun takde apa sangat nak sembang.

Khamis depan dah Hari Raya. Korang dah amek cuti ke blom? Aku baru je klik button submit untuk permohonan cuti aku. Cuti awal sket sebab kalo cuti lambat2 pun, mood keje confirm hilang ntah ke mana. Jadi lebih baek cuti je kan. Hehehe...

Korang macam mana lak? Dah amek cuti?

 

Tuesday, July 23, 2013

Cara Mudah Tangkap Ayam

Raya lagi lebih kurang 2 minggu je lagi. Ayam kat belakang rumah korang lak banyak. Malam raya nak kena masak rendang ayam dah. Tapi nak tangkap ayam satu hal lak. Hari ni aku share cara mudah nak tangkap ayam. Aku malas nak taip banyak sebab puasa, so korang layankan je la video nih.





p/s: belakang rumah aku takde ayam

Sunday, July 21, 2013

Aku, Puasa dan Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum (wahh, sopan lak aku hari ni). Hari dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Aku hari ni nak bukak topik pasal bazaar Ramadhan. Bukan nak sembang secara umum macam "apa itu bazaar Ramadhan (ada orang sembang pasal topik ni ke?)", "kenapa kena ada bazaar" mahupun "best nyer bazaar Ramadhan". Bukan2.


bazaar ramadhan, puasa, ramadhan


Puasa dan bazaar Ramadhan memang tak boleh dipisahkan. Bila masuk je bulan Ramadhan, sekelip mata banyak khemah terbuka. Juadah makanan pun bermacam2 jenis. Duit dalam poket pun laju je abes. Ingatkan time puasa jimat sket sebab makan sekali je time berbuka. Tapi last2 spend duit macam hari tu makan pagi, tengah hari ngan malam. Siap overspent lagi.

Sape yang slalu pergi bazaar Ramadhan, sila angkat tangan... Hahaha... Kita satu geng. Oleh sebab aku PJJ (bukan Pergi Jauh-Jauh ye) ngan wife aku, aku slalu la pergi bazaar cari makanan berbuka time dia takde kat umah. Slalu lepas abes waktu keje je, aku terus ke bazaar Ramadhan sebab aku lebih selesa pergi time tak ramai orang. Ramai tetap ramai. Tapi tak seramai time pukul 6 ke atas. Rimas aku kalo tempat tu crowded sangat.


bazaar ramadhan, puasa, ramadhan


Tapi mungkin atas faktor dah makin tua, aku rasa macam tak best je makanan kat bazaar Ramadhan nih. Sebab bila aku pergi je, aku selalu tak tahu nak beli apa. Macam tak menarik je lauk2 kat sana. Last2 lauk sama je yang aku beli. Kalo dlu, awal2 puasa, seronok nak cari makanan berbuka. Dah nak hujung2 baru tak tahu nak makan apa. Tapi skang, awal2 lagi dah tak tahu nak makan apa. Kang ada yang berbuka makan maggi je kang.


p/s: rindu masakan isteri...


Saturday, July 20, 2013

Bubur Lambuk

Bubur lambuk ni boleh dikatakan makanan yang popular time bulan puasa. Akan ada banyak masjid2 yang bagi bubur lambuk secara percuma dan akan ada ramai manusia yang berpusu2 nak dapatkan bubur lambuk free. Barang free, sape tak nak kan. Tepuk dada, tanya perut.


bubur lambuk, puasa, Ramadhan


Khamis lepas, tempat keje aku ada buat aktiviti membuat bubur lambuk. Tapi tukang masak utama nyer jemput orang luar je. Kalo staff sendiri yang masak, ada peluang cerah untuk mendapat bubur lambung. Hehehe... Cuma tak banyak gambar yang aku bole share sebab most of the pictures ada gambar awek dan mak budak skali. Nanti diorang lagi famous daripada aku Takut kalo letak nanti, ramai lak stalker diorang.


bubur lambuk, puasa, Ramadhan


Kadang2 lari sket daripada buat keje rutin ni best gak. Buat keje, pastu dapat makanan free. Korang amacam? Tahun ni ada pekena bubur lambuk?


Wednesday, July 17, 2013

Rexylla

Kalo korang selalu berkunjung ke blog aku, mesti korang perasan advertisement yang aku letak bawah header blog tuh. Rexylla ni sebenar nyer blogshop yang baru je bukak. Sebelum ada orang tanya, sebenar nyer blogshop ni kepunyaan wife aku, dengan dibantu oleh aku. Kira nyer aku ni assistant la. Hehehe...

Nama pun blogshop baru kan. So memang baru je nak menapak dalam online business ni. Setakat ni ada 3 jenis baju yang kitorang jual. Antara baju2 yang ada dalam stok. Harga pun murah je. Dalam RM 40, tak termasuk postage.


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


advertisement, blogshop, online shopping, dress, rexylla


Kalo korang berminat, korang bole lawat ke blog Rexylla untuk maklumat lanjut. Boleh jugak follow untuk mendapat update terkini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...